Tuesday, August 14, 2012

Kasut Raya

Salam...

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan pergi, sedih rasanya sebab tidak ada bulan yang boleh melipat gandakan pahala ibadah yang kita lakukan. Tentu rindu dengan suasana bersahur, jika hari2 biasa jarang kita bangun untuk makan pada subuh hari. Itulah kebesaran dibulan Ramadhan semoga ditahun hadapan kita masih diberikan peluang untuk menikmatinya, Amin...


Masa muda dulu kalau berjalan ke mana saja saya sentiasa melengkapkan kaki dengan kasut yang bertumit tinggi. Tak seronok rasanya kalau hanya memakai sandal tambahan pula saya adalah golongan orang yang tak berapa cukup tinggi. rendang hehehe....


gambar dari google

Lepas itu beralih pula ke kasut yang mempunyai tumit yang agak besar. orang sekarang panggil wedges. Lebih selesa jika dibandingkan dengan kasut yang bertumit halus. Kaki taklah melentik sangat sebab tapaknya lebih rata walaupun masih tinggi.


gambar dari google

Itu cerita dulu, sekarang saya langsung tidak dibenarkan memakai kasut yang bertumit. Ini adalah untuk menjaga tulang belakang saya yang membengkok. Rasa2 ok tak kalau memakai selipar dengan baju kurung? Mungkin ok untuk keselesaan tapi kurang menarik jika dibandingkan kalau kita memakai sedikit heels kannn...

Untuk hari raya ini saya beli juga kasut yang sedikit bertumit tapi rasanya selesa sebab sebelum ini saya pernah menggunakan sandal sebegini.

Inilah kasut yang saya beli untuk dipakai pada hari raya nanti. Gambar tak berapa terang.


kasut raya saya

sedikit bertumit

12 comments:

Kakzakie said...

Kakak masih bertumit lagi kakzai. Sambil tu boleh terus buat pergi kerja. Kakak juga suka tumit runcing tapi kalau pergi majlis aje biasa kaka pakai....

Raya ini kakak tak beli lagi dan mungkin guna wedges yg belum lama kakak beli hari itu.

Tengok kakzai punya nampak selesa sangat..

aNIe said...

Salam Kak... anak2 anie pun tak benarkan anie memakai kasut ada tumit... sikit je yang dibenarkan...sebab dia kata nanti ibu jatuh...

Nak bertumit tinggi kalau ada majlis je... tp dlm kereta dah siap sandal...heheh

Pn Kartini said...

Salam mr lovely sis..Kak Zai:)

So far..susah sangat nak pakai yang tak bertumit..walaupun dah tahu..pakai tumit2 ni bukannya elok utk kaki...tapi tulahhh....eeiii..
:)

ibundo said...

Begitulah transformasi diri kita ni ye..
Sekarang pakai yang leper je takut jatuh terjelepok.

Selamat hari raya zai.

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Zai ...

Tak dapat nak di gambarkan dengan kata2 untuk meninggalkan Ramadan ...

Salam aidilfitri Dari kakya sekeluarga
Maaf zahir batin

kasihibu said...

Salam kak
sya tak boleh bertumit tinggi nak kejar abang ariq tak sempat nanti(,")

MulutPayau said...

Saya suka yg bertumit coz tak berapa tnggi...hehehe..
Kak zai, tak kisahlah mcm mana pun janji selesakan....

JunAina said...

Kak Zai...sedihnya tahun ini tak ada kasut raya tak sempat nak beli asik2 sibuk kerja. Pakai sahajalah yang mana ada.

Koleksi kasut Jun ada tumit tinggi runcing, wedges dan sandal biasa je. Tengok keadaan, tengok mood dan tengok majlis kalau nak pakai...hehehee...

azi said...

Salam Kak Zai..
Akak..nampak selesa sangat kasut tu ..bolehlah "jalan' sakan hari raya nanti...:)

Selamat hari raya Aidil Fitri buat akak sekeluarga. Maaf andai ada komen-komen saya yg. menguris hati akak. Semoga akak bergembira dipagi lebaran nanti..

p/s..akak, N3 akak sebelum ni saya tak boleh komen ...tak tahu mengapa..tak boleh publish .

Nieda said...

lawa kasut raya kak zai. tentu mahal harganya kan.

sal said...

Kak Zai..di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya dan nak minta maaf juga jika ada kekasaran dan gurau senda yg berlebihan..yg buruk dari akak, yang baik datang dari ilhamNya..moga ukhuwah berpanjangan dan bermanfaat..

cikmanggis said...

salam Zai.Selamat hari raya maaf zahir dan batin.Raya di mana tahun ni?