Saturday, August 04, 2012

Alhamdulillah...Akhirnya....

Salam...

Bercerita pasal pak arab ini kadang2 naik menyampah pun ada (tak baik mengumpat bulan puasa) tapi ini adalah true story. Ada sorang student berkawan dengan pak arab sama satu uni bertahun2 lamanya. Tapi bila dah habis belajar dan dia balik ke negara dia, budak perempuan tu dia tinggalkan begitu saja tanpa khabar berita. Memang tak guna punya pak arab, kesian pada budak perempuan tu. Mudah2an Allah akan gantikan dengan yang lebih baik, Amin.

Terima kasih buat lemongrass, Acik Erna, Kasihibu, ieda, Lady Lavender, cikmanggis, aNIe, syamimi, Nieda, Sonata anak kancil, azi, JunAina, Kamariah Awang, Kakzakie, Silversarina, saniah dan sal kerana sudi tinggalkan comment. Kita tinggalkan dulu kisah pak arab ni, kali ini saya nak cerita pasal student yang telah berjaya dan sudah pun kembali ke tanah air.

3 tahun yang lalu seorang ibu melepaskan satu2nya anak perempuan beliau belajar ke luar negara untuk mengejar cita2. Dia dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Leicester, Uk dengan tajaan kerajaan sepenuhnya. Kerinduan dan kesunyian terpaksa diketepikan buat ibu yang ditinggalkan ke seorangan. Dengan tabah anak ini belajar di samping berbagai2 dugaan yang dihadapi akhirnya sudah kembali dengan sekeping ijazah yang diidamkan. Kegembiraan seorang anak dan ibu terpancar bila si ibu dapat bersama2 semasa graduation. Gembira kerana anak telah berjaya dan gembira dapat menjejakkan kaki ke London untuk sama2 meraikan si anak.

Orang yang saya maksudkan adalah rakan karib Mimi juga penulis buku 'Oh London' dan dia juga adalah cikgu tusyen adik semasa tingkatan 3 (mengajar semasa bercuti). Orangnya simple tidak pernah meninggi diri dan bangga dengan pencapaian yang sudah dikecapi. Syukur alhamdulillah... aunty turut gembira dan mendoakan semoga Isha dapat mencurahkan segala ilmu yang dipelajari selama menuntut diluar negara kepada anak2 bangsa kita, amin.

p/s:  Hari ini saya berbuka puasa dirumah adik di Shah Alam...saya bawa kuih tepung talam, kuih cucur badak dan juga gulai lemak cili padi udang dengan belimbing.



16 comments:

azieazah said...

Satu kisah
yg menarik utk dihayati dan diteladani. Kita ibubapa ni kadang bimbang
lepaskan anak belajar jauh dari mata, tp anak nak belajar takkan pula
kita nak sekat.
Semoga doa yg baik-baik akan sentiasa mengiringi mereka. Bertuah ibu
ISHA tu dapat anak begitu.

Udang masak lemak dgn belimbing

Kamariah Awang said...

Tak sia2 pengorbanan ibu ditinggalkan sendirian demi mengejar cita2 anak. Alhamdulillah, ma tumpang bangga dan sampaikan salam tahniah padanya, ya Zai...

kasihredha said...

salam kenal :)

makchaq said...

nak lepaskan anak ke mana pun memang rasa berat hati kan kak Zai,
tapi tu la kita tak boleh selfish kan..
tahniah buat anak kawan kak Zai atas kejayaannya..

MulutPayau said...

Syukur Alhmdulillah....tumpang bangga....

saniah said...

Mcm tu la ibu2 ni..mmg sunyi dan penuh kerinduan bila ank2 dah tak tgl dgn kita kan...saya yg ank2 cuma belajar kat msia ni pun dah jd tak tentu hala apatah lg klau yg ada anak yg blajar kat oversea nun...nk pegi jauh..blanja perjlnan pun besar...kena sabar bnyk2 kan

Owhh hari ni saya ke bndr putri klang..nk berbuka dgn adij jgk...saya cuma bawak serawa cempedak...tu je..heheee kesian adik saya dpt kakak yg malas...hahaaa

Nieda said...

kecur air liur melihat menu berbuka kak zai

Zaitun said...

azieazah

Kalau dapat peluang jangan disekat,cuma kita sebagai ibu/bapa doakan keselamatan dan kejayaan mereka.

Zaitun said...

Kamariah Awang

InsyaAllah ma...ibu tunggal begitulah kalau dah tak ada sesiapa,sunyi, rindu dan sebagainya.

Zaitun said...

kasihredha

Salam...terima kasih sudi singgah.

Selamat berpuasa.

Zaitun said...

makchaq

Kita sebagai ibu/bapa tetap risau ke mana pun anak2 kita pergi,tugas kita berdoa untuk kebaikan mereka selebihnya kita serahkan pada yang Maha Esa.

Zaitun said...

MulutPayau

Semoga anak2 kita pun berjaya dalam kehidupan didunia dan diakhirat.

Zaitun said...

saniah

Doa ibu/bapa sebaiknya mengiringi anak2 yang belajar tak kira dalam atau luar negara.

Bukan malas...tentu adik saniah dah sediakan macam2 juadah.

Zaitun said...

Nieda

Hehe...licin semuanya, alhamdulillah.

Kunang-Kunang said...

Demi masa depan dan kejayaan anak kita pendam segala rasa rindu.

Tempat kak ani susah nak dapat belimbing. Belimbing ni kalau masukkan dalam gulai nasi dagang gulainya akan bertambah sedap.

Mesti best adunan gulai udang dgn belimbing tu!!!!

Panglima Muda said...

salam...