Tuesday, September 13, 2011

Singkat tapi Puas n Happy

Cerita ni sebenarnya dah basi tapi saya nak jadikan ia kenangan dimasa akan datang.
Seminggu lagi nak hari raya saya dapat berita menantu dan maknya akan bercuti ke Singapore. Hubby tanya sama ada nak jumpa mereka, saya katakan tak payahlah sebab bulan puasa lagi pun mereka berjanji akan balik awal tahun depan.

Bila hubby dan Mimi balik untuk bercuti hari raya tiba2 hubby nak pergi, menantu dijangka tiba pada hari Ahad. Walau apa saja alasan yang saya berikan hubby tetap nak pergi juga. Kata hubby kalau tak sempat nak buat persiapan untuk hari raya kita beli aje makanan yang dah siap yang penting kita dapat jumpa mereka. Sabtu pagi jenazah arwah opah hubby yang meninggal petang semalamnya dikebumikan awal, balik dari situ sempatlah saya mengemas rumah mana2 yang wajib dilakukan duhulu. Punyalah penatnya hanya tuhan yang tahu sebab semua nak dilakukan dengan pantas sebab kami akan bertolak selepas solat Terawih.

Kami singgah di Melaka sebab passport Mimi tinggal dirumah sewanya. Disebabkan terlalu letih saya menyarankan agar tidur aje dirumah sewa Mimi lagi pun semua housematenya dah balik ke kampung masing2. Pagi2 lagi kami meneruskan perjalanan dan kami sampai di Singapore masih awal. Sebelum mereka sampai kami jalan2 sekitar berdekatan tak sempat nak melawat banyak tempat lepas tu kami ke Marina Hotel. Lepaklah kami dilobby sementara menunggu mereka sampai. Hari terlalu panas lagi pun badan pula terasa letih sangat.

Kami merahsiakan kedatangan ke Singapore tapi disebabkan flight mereka lambat tiba hubby terpaksa menalipon anak di Uk, kemungkinan dia memberitahu isterinya kami sudah menunggu mereka di lobby hotel. Tak lama kami nampak beg dah diusung oleh bellboy diikuti mereka dari belakang. Bila mereka nampak kami seperti biasa adengan salam peluk cium macam bertahun2 tak jumpa berlaku.

Bersembang dilobby hotel sementara menunggu waktu berbuka, kami makan di Restoren ZamZam sebab mereka nak makan nasi. Saya dan Mimi memilih kebab sementara yang lain makan nasi bryani. Lama kami berborak lepas tu jalan2 kat sekitar berdekatan. Esoknya Isnin kami balik awal pagi sebab banyak tugas yang perlu dilakukan lagi pun pengumuman telah pun diketahui iaitu hari raya jatuh pada hari Selasa.
Satu2nya tempat solat di area Orchard Road
show ditepi jalan

Seronok sangat walaupun perjumpaan yang singkat tapi kami gembira, hilang rasa rindu dan menantu berjanji tahun depan akan balik ke M'sia.

25 comments:

Acik Erna said...

Alhamdulillah..lepas jugak rindu walaupun tak dapat beraya sama.

sal said...

alhamdulillah..dapat jumpa menantu..wlupun sekejap tapi cukup bermakna bagi ibu seperti kita yg sentiasa teringin melihat anak menantu..
syukran..

JunAina said...

yang jauh dirindu yang dkat di sayang...alhamdulillah...

cikmanggis said...

dapat bayangkan betapa gembiranya Zai :)Zai seorang mertua yang baik..cm dapat rasa:)

sonata anak kancil said...

sangat seronok dapat berjumpa - tak datang ke M'sia ke...

Pn Kartini said...

Assalamaualaikum kak..:)

Biarpun sekejap..tapi penuh bermakna..
pastinya rasa bahagia tu ada..bila kedatangan mereka dirai:)

Nieda said...

Baik sungguh kak zai dan suami sebagai mertua. Sangguh jauh dtg bertemu menantu yang dirindu.

Nieda said...

Baik sungguh kak zai dan suami sebagai mertua. Sangguh jauh dtg bertemu menantu yang dirindu.

Kamariah Awang said...

Nampaknya Zai dan suami, mertua yang baik. Begitulah, kalau kita sayangkan anak kita, kita juga mesti menghargai dan sayang pada isteri kesayangannya..

Nida n' Hanafi said...

As-salam Kak Zai..

Seronoknya melihat pelbagai bangsa dalam satu keluarga..:)

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...Tahun lepas kami dapat berpuasa dan beraya bersama.Seronok dan meriah sebab semua anak dapat berkumpul.

Zaitun said...

sal

Betul sal... kalau dengar suara pun dah menghiburkan apa lagi kalau dapat berjumpa,hilang rasa rindu.

Zaitun said...

JunAina

Jauh dan dekat tetap dirindu dan disayang,cuma yang jauh lebih ghairahnya sebab setahun sekali jumpa.

Zaitun said...

cm

Salam cm...Tak terkata seronoknya tambah pula pertama kali jumpa besan hehe...

Zaitun said...

Sonata anak kancil

Menantu menemankan maknya holiday ke Singapore.kali ni tak sebab dia mengikut program package.

Zaitun said...

Pn Kartini

Salam Tinie...lepaslah rindu sebab genap setahun tak jumpa.Kalau boleh nak tinggal lebih lama tapi dia ada programnya sendiri dan kita pula nak menyambut raya.

Zaitun said...

Nieda

Kalau mereka sanggup balik setiap tahun tak salah kan kita juga harus berkorban buat mereka,walaupun dibulan puasa dan raya dah nak dekat.

Zaitun said...

Kamariah Awang

Rasanya semua pun mesti sayangkan anak secara otomatik kita juga mesti sayangkan menantu.Apa lagi anak dan menantu yang hanya setahun sekali berjumpa.

Zaitun said...

Nida

Salam Nida...mulanya agak kekok tapi dah lama biasa aje lagi pun menantu kak Zai suka makan nasi,tengoklah badannya hehehe....

azi said...

Salam Kak Zai...
Bertuah menantu akak dapat mentua yg. baik macam akak dan suami....kalau diorang dapat beraya dengan akak..tentu akak lagi gembirakan...:)

MulutPayau said...

walaupun jumpa skejap...pastinya terubat rindu di hati...Bertuah menantu punya mertua sperti kak zai...

ibuintan said...

walaupun sekejap namun rindu setahun dah terlerai... nampak hepi sangat kakzai n keluarga dapat berjumpa menantu dan besan


mereka pun ceria tentunya

Zaitun said...

azi

Salam azi...tahun lepas anak dan menantu beraya disini.Menantu cuma menemankan maknya ke Singpore itu yang anak tak ikut.

Raya tahun lepas memang meriah diorang macam budak2 main bunga api hubby belikan walhal sebelum ni tak pernah beli pun hehehe...

Zaitun said...

MulutPayau

Macamana tak sayang kalau balik kesini asyik berkepit,kalau dengan hubby lagi manja boleh naik motor bersama,kat sana tak jumpa motor.

Zaitun said...

ibuintan

Tentulah happy kan sebab dia pun sayang kami sangat2,kalau boleh nak tinggal lama tapi apa kan daya ada tugas masing2.