Friday, September 23, 2011

Buah Tangan dan.....Tragedi......

Malam tadi hubby balik sampai rumah dekat pukul 12 tengah malam, dia balik menumpang kereta kawan. Sebelum tu hubby dah bagitau nak balik tapi katanya dia agak sibuk sehari dua ni. Saya tak nak ganggu biar saja hubby yang cal kalau dia nak cerita apa2. Sampailah semalam tak juga cal, dah pesan juga sebelum ni kalau dia menumpang kereta kawan selalunya dia yang akan memandu. Dalam hati hairan juga kalau dia balik hari ni selalunya kalau berhenti makan atau solat mesti dia cal tapi kenapa hari ni tak. Kebetulan malam tadi malam Jumaat buatlah ibadah lebih sikit boleh juga menenangkan fikiran.
Tepat jam 12 dengar kereta  berhenti depan gate sahlah hubby yang balik, nampak terbongkok2 dekat booth agak lama, dah selesai kawan hubby pun berlalu. Hubby bawa masuk satu karung guni berisikan durian dan buah macang, tuan rumah bagi katanya, saya jawab banyaknya. Memang beginilah selalu setiap kali balik mesti tuan rumah bagi macam2 buah tangan sama ada buah2an dan sebagainya.

ada 10 biji dalamnya, isinya cukup cantik
gambar google

Nampak muram aje muka hubby dalam hati mungkin ada masaalah ditempat kerja. Dah duduk saya buat air kebetulan petangnya saya ada buat kuih keria tapi versi baru bukan recepinya tapi bentuknya. Selalu kuih keria berbentuk gelang tapi saya punya bulat2. Itu menandakan orang yang membuatnya teramat 'rajin' tapi sebenarnya menjimatkan masa...iyalah tu.

 kuih keria versi baru


Beberapa lama... dah teguk beberapa kali air hubby bersuara....

Hubby: anak tuan rumah meninggal

Saya: innallillah, bila?

Hubby: semalam tapi pagi tadi baru kebumi

Saya: yang umur berapa?

Hubby: 8 tahun, anak bongsu

Saya: sakit apa? tak pernah cerita yang anak tuan rumah sakit.

Hubby: lemas kat sungai

Saya: termenung... walaupun saya tak pernah mengenali arwah tapi hubby selalu cerita.


Al-Fatihah buat Amirul semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan juga takziah buat keluarganya.

Hubby terlalu rapat dengan arwah walaupun dia agak nakal. Selalu main game menggunakan hp hubby tapi dia akan minta izin terlebih dahulu kalau dia nak guna. Suka ambik gambarnya sendiri dan memang banyak gambar dia yang tersimpan dalam hp hubby. Kadang2 hubby tengah baring atau tidur dia akan ambik gambar walaupun dah dipesan jangan. Ada juga beberapa kali dia nak mengikut hubby balik ke Kl tapi ayahnya tak bagi.

Saya sedia maklum hubby memang sayang kat budak2 lagi pun adik, anak kesayangannya tak ada selalu disamping dia. Bila arwah mendekati dirinya terasa rindu kat anak berkurangan. Hubby dah anggap arwah macam anaknya sendiri dan keluarganya juga sangat rapat dengan hubby walaupun baru 4  bulan mereka mengenali antara satu sama lain. Yang paling hubby sedih dia dah terdellete semua gambar2 arwah sebelum dia meninggal dunia tanpa disengajakan.

ALFATIHAH

11 comments:

Nieda said...

AlFatihah...

Kakzakie Purvit said...

Kakak dapat bayangkan betapa sedihnya hubby kak zai. Sebab anak tu dah rapat sangat dgn dia...

Hamizah said...

sedihnya..
syurga dah menantinya di sana..
alfatihah

ibundo said...

selagi suami tak sampai di rumah, selagi tulah hati tak tenang. Macam tulah kpah rasa kalau dia pergi memana dan menunggu dia pulang.

err.. tu cara mudah nak buat kuih keria tu... hehe bukan 'tak rajin'.

alfatihah juga pada aruah.

Kamariah Awang said...

Ma tumpang terasa kehilangannya. Alfatihah..! Syurgalah tempatnya tu..

MulutPayau said...

Al-Fatihah utk amirul...

azieazah said...

Salam takziah juga.

Kehilangan itu seperti dijanji, gambar hilang pergi bersama orangnya. Semoga kerinduan itu akan menjadi peneman kala terkenang...

kpah k-poh Sharifahnor said...

Alfatihah...masanya dah tiba utk ke sana...kita yg tinggal ni masih menunggu giliran..

suri solehah said...

alfatihah...
masih ada lg durian skrg nikak..sedap tu

azi said...

Salam Kak Zai..
Alfatihah buat Arwah Amirul...

p/s..Akak..kuih keria tu nampak sedap...tak pa tak ade bentuknya...janji rasanya sama...he..he..

Amie said...

alfatihah... tentu sedih sangat hubby kak zai..., moga roh Amirul tenang di sisi-Nya...amin.