Thursday, August 11, 2011

Pelbagai dari pisang


Pernah tak sesiapa makan pisang ni, Saya biasa tengok tapi tak pernah makan dan tak tahu pisang apa. Hubby bawa balik minggu lepas katanya tuan rumah dia bagi. Buahnya besar warna kulitnya merah isi dalamnya putih. Saya cuba makan macam tu aje tapi tak berapa sedap mungkin sebab pertama kali makan.

Dari terbiar busuk saya buat cekodok dan selebihnya saya buat lepat dihari berikutnya. Ternyata sedap sebab isinya halus tapi kurang manis kalau dibandingkan dengan pisang berangan. Kena tambah gula baru sedap.

ihsan dari google
gambar dari google juga

Kuih kat bawah ni recipenya saya ambik dari buku 365 recipe hanieliza, terima kasih banyak2 pada yang empunya recipe. Rasanya memang sedap tapi sememeh sikit. Kalau kuih yang lembik2 macam ni saya tak berapa mahir untuk memotongnya.

tepung talam

20 comments:

cikmanggis said...

sedapnya Zai nampak tepung talam ni..sejuk tekak......Cuaca begini panas.hari ni agak kepenatan:(

sekadar satu coretan said...

kami sekeluarga mmg suke mkn buah pisang ni kak zai..tapi bulan posa ni ade beli..tapi tak habis2 pun lagi...

harus pas ni nak buat cokodok pisang jerla...

kasihibu said...

pisang merah tu, rasanya dulu ada kisah dongeng pasal pisang tu kan kak?
sya suka kueh tepung talam tu sedap...tp pandai makan je buat tidaklah pandai pun.

Acik Erna said...

assalam zai..saya kalau kuih berasaskan pisang ni..semua suka..masak la apa pun

Amie said...

pernah nampak pisang gitu di sebelah rumah India, tapi tak tahu pisang apa, ...

cekodok tu kita suka!

sal said...

sedap2 kuih..

klu rajin dan kretif, macam2 boleh buat kuih yee..

janji ada orang makan..
kat rumah kita ni tak rmai..klu masak pun sikit2 je..

Granny Hani said...

pernah dgr pisang kapal tak? kat rumah kami ada sepohon.rendah dan cepat berbuah tapi buahnya tak sedap.

azi said...

Akak..
Pisang tu orang panggil Pisang Udangkan..kalau tak silap le...

Nampak sedap sangat Kuih Talam tu kak...sememeh tak pa kak..janji sedappp...:)

Zaitun said...

cikmanggis

Rasa kuihnya memang sedap tapi tuan yang membuat tak pandai nak potong hehe....

Saya dah mulakan operasi menyelongkar,buang mana2 yang tak berguna,penat sangat.

Zaitun said...

ainnoraini

Pisang memang elok dimakan selain boleh dibuat macam2 juadah ia juga baik untuk melawaskan.

Zaitun said...

Ada cerita dongeng ya,kak Zai tak tahu pun.

Sebelum ni kak Zai pernah buat kuih ni tapi recipe dari hanieliza memang lebih sedap.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...peminat tegar pisanglah ya.Cuaca panas ni kalau buat pengat campur sikit dengan sagu pun sedapkan.

Zaitun said...

Amie

Suka cekodok ya,senanglah kerja kak Zai kalau Amie datang rumah hehe....

Zaitun said...

sal

Rumah kak Zai pun tak ramai cuma ada dua orang,anak lelaki selalu balik lambat dah makan kat luar.

Zaitun said...

hani@debumelukut

Memang tak sedap kalau makan macam tu aje sebab tulah kak Zai buat kuih.

Zaitun said...

azi

Ditempat azi panggil pisang udang ya mungkin sebab bentuknya macam udang.

Malu nak tunjuk tak cantik tapi rasa dia memang sedap.

Nieda said...

kALAU DAPAT PISANG , BYK IDEA NAK MASAK APA. DR COKODOK, LEPAT , SERAWA, KEK PISANG , APAM....PISANG GORENG.

MCM2 BOLEH BUAT DENGAN SESIKAT PISANG.

MulutPayau said...

Kak Zai...sedapnya kuih talam tu...Tapi pisang tu saya prnah tgk pun...kalau kreatif, macam2 boleh buat guna pisang ...

Kakzakie Purvit said...

Kalau rumah kakaklah, kak zai asal kuih yg berasaskan pisang semua tak tolak. Kadang tak habis esoknya pun kami makan lagi...

Ini pisang raja udang kan kak zai...

suri solehah said...

sedapnya kak zai tepung talam tu..kalau hubby surikan..kita buat macam dr pisang ni..tp bab cokodok jugak yg dia paling suka huhu