Hari ni saya dan Mimi pergi menonton wayang cerita Nur Kasih, dah banyak kali dia mengajak saya tengok cerita tu katanya dia nak buat sebagai hadiah Hari Ibu tempohari. Mulanya saya menolak tapi kesian pula dah banyak kali memujuk. Kami tengok tayangan pukul 1 tapi pukul 12 dah sampai kat panggung. Disebabkan masa yang terluang kami ke kedai buku Popular yang bersebelahan dengan panggung.
ihsan dari google
Kalau saya masuk ke kedai buku memang tak boleh nak tahan, ada2 saja buku yang saya minat. Masaalahnya buku2 yang dibeli di Pesta buku tempohari masih banyak yang belum habis dibaca. Pergi kat rak novel melayu nampak satu buku yang ceritanya sambungan dari novel yang pernah saya baca. Hasil tulisan Fauziah Ashari bertajuk Cinta...Tiada Akhirnya, novel sebelum tu bertajuk Ombak Rindu. Disebabkan saya nak tahu cerita selanjutnya akhirnya saya beli juga. Sampai kat kaunter Mimi yang bayar, Hadiah untuk mama... katanya. Nak tergelak rasanya sebab orang yang memberi hadiah tu masih dalam tanggungan.
gambar dari google
Semalam projek ibu dan anak buat kuih tepung talam ikut resepi buku aneka alaf 21. Sedap rasa kuihnya selalu kalau saya buat guna tepung gandum tapi kali ni guna tepung beras. Susun kuih bertingkat2 macam bentuk kapal cruise biar nampak menyelerakan, ada macam kapal cruise tak? Sebenarnya saya belum pun pernah naik cruise, hubby pernah ajak satu ketika dulu dah lama dah tapi menolak sebab terlau mahal.
tepung talam cruise
p/s: Hari ini genap 10 tahun abang saya pergi menemui Ilahi semoga rohnya dicucuri rahmat... Al - Fatihah
26 comments:
Wahh seronoknya orang dapat hadiah. Sekali sekala, ya tak?
Kuih tepung talam tu pun saya minat gak. Naik cruise pun saya minat gak. Memang mahal kak, sekarang.
Saya pernah naik sekali dulu dari Port Klang belayar ke laut kemudian pusing balik. 2 hari 1 malam atas kapal jerrr.. syiokkk!
*Takziah atas pemergian abang Kak Zai.
takut naik kapal..mabuk!
Sama le kita, Zai. Hari ibu.. anak yang masih ditanggung, pinjam rm10. Rupanya nak belikan mak brooch! Hahaha!
Sedap tengok tepung talam tu. Teringin gak nak merasa naik cruise tapi bila??
Sedap tengok tepung talam tu. Teringin gak nak merasa naik cruise tapi bila??
tak dapat naik kapal cruise.. talam ala-ala cruise pun jadilah kakzai kan..
saya suka juga kuih2 jenis talam ni
alfatihah ..untuk arwah abang kakzai
Assalamualaikum Kak Zai..
Kawan2 kata citer Nur kasih tu mmng best..tapi Mp tak brpluang tgk lagi...
Naik cruise...fuhhhh tntu seronokkan..MP berangan dop atas cruise ni...alahaiiii..bila agaknya dapat naik...
P/s..Al-Fatihah utk arwah abang kak Zai..
Salam
Tengok kat IOI Mall ker ??
belum brkesempatan nak nonton 'nur kasih'..dgrnya masa tayangan ditmbah lagi. harap cuti sek ni ada lagi kot.
mmg best novel tulisan fauziah azhari..dgrnya novel tu dijadikan drama kat astro lakunan aaron aziz dgn maya karim.
Assalamualaikum Kak Zai,
Boleh juga bubuh nama tepung talam cruise. Ada kelassss sikit.
Baguslah mimi niat dihati dah ada walau masih under tangggunan tapi niat nak bagi mama dia hadiah ada. Itu yg baik.
Al-Fatihah buat abang Kak Zai.
azieazah
Hahaa... hadiah tapi hubby bank in tiap bulan.
Pernah juga azie naik cruise tak kisahlah 2 hari 1 malam pun janji dah naik.
Terima kasih.
hani@debumelukut
Terima kasih sudi singgah.
Kak Zai pun mabuk laut gak.
Kamariah Awang
Tetap bersyukur kan walaupun duit dari ibubapa tapi anak2 ingat nak bagi hadiah.
Nieda
Boleh saja kalau nak rasa tapi kena tutup mata sebab harganya agak mahal.
ibuintan
Tulah... tak dapat naik cruise makan aje kuih ala-ala cruise jadilah hehehe...
Terima kasih.
MulutPayau
Salam...Pada kak Zai cerita dia ok tak boring. Ada scene kat Mekah dan Jordan lepas tu cinta seorang isteri yang tak pernah luput.
Insyaallah satu hari nanti.
Terima kasih.
pB
Salam...haah kat IOI.
zue
Kalau ada masa elok tengok,seronok ceritanya ia berkisarkan tentang kasih sayang sampai keakhir hayat.
Novel ni kesinambungan novel Ombak Rindu tu sebab kak Zai beli.
kakzakie
Salam kakzakie...haha...talam cruise boleh jugak kan.
Begitulah selalunya kalau ada hari2 tertentu anak2 kumpul duit untuk bagi hadiah.Duit dari poket hubby sebenarnya.
Terima kasih.
amboi lawanya kuih..boleh bukak restoren kuih..
teringin juga nak tengok filem nur kasih..dengar cerita kutipannya mencecah jutaan rm...
assalam zai..walau pun orang yang bagi hadiah tu masih dalam tanggungan..yang penting ingatan dan kasih sayang.
sal
Buka restoren... nak tergelak kak Zai.
Kalau ada masa bolehlah tengok,ceritanya bagus.
Acik Erna
Salam...tu yang buat nak gelak konon bagi hadiah tapi duitnya dari poket hubby.
bila anak anak dah besar, boleh jadi kawan berbual, masak dsbgnya
tak sabar tunggu anak anak dara tu besar
seronok bunyi aktiviti akk dan anak.
ada simpan hajat nak adiahkan mak sesuatu.tp tak tahu nak bg apa?
best tak cite tu?ms tgk drama tu kat you tube.itu yg kita mampu.amat tertarik dgn cite tu.malah timbul keinsafan pada diri kita.insyAllah...
wah menariknya kuih talam tu kak...best tu naik cruise...hehe
Al-fatihah buat arwah abg kak zai...sama lak saya juga kehilangan arwah kakak dah hampir 10thn.
Post a Comment