Thursday, May 05, 2011

Suka-Suka

Pagi tadi cuaca nampak terang saya buka pintu sebab nak jemur kain, bunyi kat depan rumah kring krung krang  kring krung krang bunyi wind cham bila di tiup angin. Dah lama tak dengar wind cham berbunyi kuat. Kalau angin kuat bertambah kuatlah bunyinya. Kegemaran saya bila pergi mana2 nampak wind cham tak kira bentuk apa saya akan beli. Dulu banyak kat atas awning tapi sekarang dah banyak jatuh sebab talinya putus.


 



Masa saya pergi ke Sarawak Cultural Village di Kucing ada nampak benda yang dibuat dari rotan kalau saya tak silap. Orang Iban gunakan benda ni masa pesta Gawai, saya tak tahu namanya. Saya beli sampai 3, masa nak bawa balik terpaksa masukkan dalam plastik sampah hitam. Anak2 gelakkan saya kata mereka mama semua benda nak angkut. Dah minat nak buat macamana tapi ramai yang tanya kat mana saya beli. Kalau sesiapa berminat pergi ke KLCC ada satu kedai yang jual benda ni.

warna asalnya coklat

Lepas tu dulu kat awning saya juga banyak sarang burung tempua macam2 bentuk ada. Sesiapa saja lalu depan rumah tentu bertanya mana saya dapat, mungkin diorang ingat saya pelihara burung tu kot. Sebenarnya saya beli kat Sungai Buluh masa tu rm10 dapat 3. Sarang burung tempua ni ada yang jantan dan betina setahu saya yang ada berbilik tu betina dan yang jantan pula cuma ada lubang dan tempat bertenggek aje, itu yang diberitahu cina penjual pada saya. Sekarang sarang burung tempua ni dah tak ada sebab banyak yang rosak.

gambar dari google

Sangkar burung ni pula saya cuma gantung aje tak ada burung di dalamnya tapi setiap pagi banyak burung2 akan datang, macam2 kaler ada tapi burungnya bersaiz kecil. Walaupun burung2 tu kecil bunyinya sungguh merdu.


Setiap orang pasti ada kegemarannya kan. Rasa bahagia, aman damai bila dengar bunyi2 yang merdu.

26 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

Ngilu auntie, Ngilu! Takde saya nak letak bila ada rumah karang.

cikmanggis said...

kita pun suka tapi dua je.jika lebih bising la pulah zai hehe.

Nieda said...

Kak Zai ni ada value tentang alam.

mcm saya gak, kalu ke mana2 suka beli FM boh kat peti sejuk. Kenangan kita dah sampai kat tmpt tu.

Kakzakie said...

Dulu rumah kakak ada yag buat dari buluh tu. Sekarang dah rosak.

Kak zai punya cantik-cantik....

Zaitun said...

Abdul Munir sanusi

Orang muda mungkin tak suka bunyi2 macam tu.Auntie nak bising2 sikit sebab sorang2 duduk kat rumah.

Zaitun said...

cikmanggis

Memang betul cm kalau angin kuat bertambah kuat bunyinya.

Zaitun said...

Nieda

Dah minat kan... orang lain tak suka tapi kak Zai suka.FM pun kak Zai buat koleksi juga.

Zaitun said...

kakzakie

kakzakie pun minat juga,kita boleh jadi satu geng mana2 pergi mesti mengangkut hehehe....

sal said...

setiap individu, punya sesuatu yg membuatkan dirinya happy...teruskanlah, klu itu mmbahagiakan..

...lama tak nampak burung...

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear sis:)

woww!!memang byk koleksi kat awning tu yaa..
Suka juga dengar sesekali di tiup angin:)

zue said...

assalamualaikum,
klu minat apa2 brg hiasan..mmg teruja klu pergi ketmpt org..semuanya nak belikan.

seronok gak bunyi2 dah mcm lagu 'byk bunyi'

salam ukhwah.

Zaitun said...

sal

Minat seseorang berlainan kan.
Mehlah datang rumah kak Zai tengok burung tapi datang dan pergi.

Zaitun said...

Pn Kartini

Salam Tinie...dulu lagi banyak.Kuat juga bunyinya kalau ditiup angin.

Zaitun said...

zue

Salam zue...semoga sihat2 hendaknya.Lama kak Zai tak tinggalkan jejak tapi sentiasa mengikuti perkembanggan.

Kalau kak Zai pergi mana2 memang banyak barang yang kak Zai beli untuk souvenir,suka sangat.

azi said...

Akak...
Mesti rumah akak meriahkan bila angin datang...sebab semua akan berbunyi serentak...kling2..kling2...bunyi diakan..he.,.he..saya ada tiga kak....tapi bunyi dia tak kuat sangat....

ibuintan said...

saya pun suka dengar bunyinya ... kat rumah pun ada... tapi gantung dua saja

anie,Nagoya said...

byk koleksi tu...nnt kita bawakan yg jpn punya.kat cini musim panas je letak.lam bekas kaca...insyallah...jika kita dizin ketemu...kita bawakan dari jpn nya...

Zaitun said...

azi

Azi ada 3 pun dah bunyi kuat kan.Kak Zai suka bunyi2 tu tak payah pasang lagu hehehe....

Zaitun said...

ibuintan

Ibuintan pun suka juga... bagus2 kak Zai ada geng.

Zaitun said...

anie,Nagoya

Nak belikan untuk kak Zai... suka nyaaa...nak fm boleh? bagi penuh pintu fridge kak Zai lagi pun fm dari japan belum ada...dasar bagi betis nak peha hehehe....Sayang anie,muahahaha.....

Mohd Farid said...

Assalamualaikum,

Ikuti kisah novel bermula bab pertama di http://www.faridrashidi.com/2011/05/06/novel-cinta-dua-benua-bahagian-1/

cikceriacorner said...

wow cantikkan kak..

nampak unik..:)

Zaitun said...

Mohd Farid

Salam...terima kasih sudi singgah.

Zaitun said...

cikceriacorner

Cantik ke?...terima kasih.

Hamizah said...

bestbunyinya..saya suka..

ckLah said...

Dalam kelas ckLah budak2 letak 4 benda ni di empat pintu masuk...memang meriah bunyinya.