Pagi Jumaat selesai solat subuh saya dapat mesaj...mak kat ward immergency... tumbang kat ruang tamu....saya buka telekong terus turun kebawah dan tunjuk kat hubby. Bila hubby dah baca suruh saya bersiap tapi sebelum ke hospital kami terpaksa hantar kawan hubby ke bas station sebab dia nak balik ke Lumut, Perak. 2 hari sebelum tu hubby bersama kawannya pergi ke Kuantan atas urusan kerja dan baru balik pukul 1 pagi hari Jumaat. Kasihan kawan hubby saya cuma sempat buat air saja tanpa sarapan. Lepas tu saya pun terus bersiap dan kami terus bertolak ke bas station. Sampai saja terus beli tiket kebetulan bas yang nak dinaikinya memang nak berlepas. Bila bas kawan hubby dah berlalu saya dan hubby ke restoran yang berdekatan untuk sarapan sebelum ke hospital.
Sampai kat hospital anak buah berada disamping maknya, saya terus ke katil yang ditempatkan dan cium kakak berkali2. Anak buah beritahu blood pressure maknya terlalu tinggi dan kakak di serang stroke. Mulut kakak herot dan badan sebelah kirinya lemah dan doktor beritahu terdapat darah beku kat kepalanya. Disebabkan ia cepat dihantar ke hospital mulutnya dapat disembuhkan walau pun tak sepenuhnya. Selama 2 hari di hospital macam2 proses dilakukan dari pagi sampailah kepetang dan hari Isnin nanti doktor nak ambil air tulang belakang.
Sekarang kakak telah dipindahkan kedalam ward untuk rawatan seterusnya.Pagi ni saya dapat mesaj dari anaknya mengatakan b/p telah turun menjadi normal. Alhamdulillah proses pemulihan begitu memberangsangkan. Kami berharap selepas kejadian ni tak akan cuai lagi dan menjadi pengajaran supaya menjalani pemeriksaan walaupun berada dalam keadaan sihat. Sebenarnya kakak tak pernah mengalami apa2 penyakit kecuali alzheimer's, sebab itulah kami menyangka dia sihat.
25 comments:
Salam kak...
Syukur akak...kakak akak dah sembuh dah....mudah-mudahan selepas ini akan lebih baik seperti sediakala....
memang akak..kita pun kena check selalu...macam saya kolestrol tinggi..hubby bising jugak...makan kena pantang..tapi saya..pantang jumpa....he..he..harap akak akan sihat selalu ye..
azi
Salam azi...Terima kasih atas doa,azi pun kena jaga pemakanan dan kalau boleh pergi buat pemeriksaan berkala.
salam kakzai... moga kakak kakzai makin sembuh
boleh cuba bacakan doa angin akhmar sambil memicit ibu jari kaki kanannya, kita beriktiar Allah jua yg menyembuhkan
Salam, process penyembuhan stroke agak lama juga 2 tiga bulan, kalau serious makan tahun, uncle pernah kena stroke 2 kali.. Alhamdulillah..recoved dengan izin Allah
Ikhtiar auntie adalah berurut setiap pagi selama 3 bulan.
semoga kakak cepat sembuh
sekom kk Zai.semoga cepat sembuh
salam kak
alhamdulillah tekanan darah tu dah turun, bahaya jugak kalau ada darah tinggi kan?
Assalamualaikum kak
Moga kakak akak kan cepat sembuh!
Guru sekolah dulu ada juga yang terkena stroke.. katanya dia cuba berurut berulangkali!...Now..alhamdulillah
Kdg2 terfikir juga..
Bila dah nak kena..kejap jekk kan
Yang ptg..
memang kena jaga pemakanan kan kak
semoga kak zai cepat sembuh ye...
jaga pemakanan insyaallah kak zai akan siaht seperti sedia kala...
ibuintan
Salam ibuintan...kak Zai dah bacakan doa tu harap2 membantu,kita berusaha yang menyembuhkan hanya yang maha yang Esa.
Marina Monroe
Saya pun dengar orang kata kena urut kalau kena sroke.Insyaalah kalau kakak dah keluar dari hospital nanti nak bawa berurut, kita hanya berusaha.
sal
Terima kasih sal.
anie,Nagoya
Salam anie...terima kasih atas doa.
sayangsayangibu
Salam...selalunya stroke memang disebabkan darah tinggi,oxygen tersekat disebabkan terdapat darah beku di saluran.
Penyakit yg paling digeruni Kak Zai. Dia attack tanpa di duga.
Alhamdulillah beransur baik....
Pn Kartini
Salam Tinie...memang ramai yang dah terkena stroke terutamanya orang yang mengidap darah tinggi.Keluarga kak Zai pun ramai juga kena.Harus mengamalkan diet,senaman dan kalau yang mengidap darah tinggi jangan lupa makan ubat sebab kita tak tahu bila masa nak terjadi.
ainnoraini
Terima kasih...kakak kak Zai yang sakit.
kakzakie
Betul kata kakzakie salah satu penyakit yang digeruni selain cancer,jantung dan kencing manis.
Alhamdulillah.
Moga kakak zaitun cepat recover...
Chik Na
Terima kasih.
apa khabar Zai?maaf lah Cm tak sempat nak singgah kat blog zai ni sb balik kg tak de internet.Semoga Kakak zai akan kembali sihat.Insyallah.
harap kakak kak zai cepat baik.sgt risau bila ahli keluarga jatuh sakit
Assalammualaikum Kak Zaitun, syukur alhamdulillah akak kak zai semakin baik didoakan juga semoga bertambah baik...memang kena jaga selalu kalau dah pernah serang stroke kak....thn lepas mak nieza pun sama kena sebelah bdn tapi mujur cepat dibawa ke GH alhamdulillah bertambah baik walaupun kaki sebelah masih kebas...sama-sama kita berdoa kak.
semuga sembuh seperti sediakala.
kita ni jangan anggap diri sehat sentiasa. kena buat check up. kpah baru buat health screening. tu yang dapat tahu ada batu karang sebijik dan uric acid pun tinggi. banyak nak kena pantang makan...
waktu ni lah kita nak kena berhati2..
strok/tekanan darah tinggi tak asing lagi buat keluarga saya.begitu juga serangan jantung. Kalau tgok photo keluarga, org tak terkejut sbb saiz xl semua nya..tau bahaya tapi payah nak ubah gaya hidup yg tak sihat ni..
Post a Comment