Orang selalu kata bapa borek anak rintik tapi kalau mak dan anak perempuan nak panggil apa ya. Tadi bila membaca satu n3 air mata meleleh2 bukan sebab sedih tapi geli hati dengan cerita masa lampau ibu dan anak ni. Kalau sesiapa baca n3 ni jangan gelak tau anggaplah ia satu cerita dongeng.
Satu ketika dulu nama arwah Sudirman cukup popular, dimana saja orang akan bercerita tentang dia. Tambahan pula dia seorang penyanyi yang educated, itu sebab orang gelar dia singing lawyer.Saya juga tak terlepas dari meminati arwah, rasanya minat tu dah sampai kepada cinta bertepuk sebelah tangan, lebih kurang syok sendiri lah. Boleh katakan semua lagu2nya ada dalam simpanan saya dan kebanyakan show dia juga saya tak ketinggalan. Semua cerita dan gambar arwah baik di majalah mahu pun di surat khabar akan saya gunting dan simpan.
Perasaan syok sendiri ni berlanjutan sampailah arwah berkahwin, dalam rasa seronok tapi dalam hati tetap kecewa. Masih lagi minat giler walaupun dah tahu dia kepunyaan orang. Rupanya jodoh arwah tak ber panjangan dan dari saat itu arwah dah mula tak ceria dan tak lama arwah pun jatuh sakit. Masa yang paling sedih bila arwah sakit semua berita tentang dia tak dapat diketahui dan akhirnya berita dia meninggal tersiar di radio dan di surat khabar. Ingat lagi masa mula2 dapat berita saya menangis sampai tak boleh buat kerja, berhari2 saya dalam keadaan bersedih.
Itu cerita dulu masa saya syok sendiri dan ini pula cerita anak perempaan saya. Rupanya dia juga mengikut jejak maknya. Saya baru tahu bila baca n3 dia. Dulu tahulah juga dia minat kat seseorang tapi biasalahkan budak2 minat pada yang handsome. Yang nak tergelak tu orang yang dia minat ialah prince William, mimpi disiang hari kot anak saya ni, kira2 macam cerita kartun lah. Kalau nak tahu cerita dia boleh baca kat sini. Yang membuat saya terkejut bila membaca comment kawan sekolah rendahnya yang dah lama tak bertemu. Itu yang membuat cerita yang diceritakanya adalah soheh, bukan tipu2 minat.
Siang tadi saya berborak dalam talipon denganya, tanya dia masih suka lagi ke, jawabnya dia dah dapat prince yang lebih sepadan dan faham erti perasaan. Saya juga merestui pilihan yang ada sekarang, mudah2an dengan izin Nya mereka menjadi pasangan yang halal .
16 comments:
hahaha... kakzai, biasalah gila bayang dengan pujaan hati sendiri
rasanya semua mengalaminya kot
Hehehe...resam remaja.
KakZai...bayangkan kalau Putera William jadi menantu kakZai..... dengan kakZai2 sekali jadi sasaran buruan papparazi!
:D
Gila bayang masa remaja memang laa..saya dulu sangat gila kat Jamal Abdillah..memang cintun abis...
Jadi anak dara tu dah ada Mr. Right lah ye...?doakan yang terbaik untuk dia...
Kalau ingat kisah dulu2 rasa malu pulak kan.Ibuintan tak ada penyakit angau ke hehehe....
ckLah
Kalau kak Zai sorang tak apa juga dikhuatiri satu Malaya jadi sasaran hahaha...
Cikgu Nurin
Minat pada orang yang popular pulak tu,memang dahsyat kan.
Begitulah nampaknya,terima kasih.
ibu yg spoting lah kk Zai ni.hihihi....tak leh tahan kk Zai ni minah jiwang gak ya.jgn mare.
Wow..sibbaik cepat dapat pengganti, kalau tidak jadi mertua Putera Williamlah nii... Hihi.. Bergurau, jangan marah yeee...!
Silalah singgah digerbah silaturrahim saya...
anie,Nagoya
Haha....tergelak kak Zai anie kata minah jiwang...tu masa muda.
Sekarang anak dah besar2 kenalah sporting tapi masa mereka kecik2 garang weh...
Kamariah Awang
Cukuplah satu menantu omputih tak sanggup berjauhan,kalau price Willian lagi tak sanggup dengan segala protokol mimpi kak Zai ni hehehe...
Hahaha.... kak zai mana nak tumpah kuah kan... Pandai juga puteri kak zai jawab dah jumpa prince yg secocok. Dulu dia masih kecik sekarang dan berakal...
Alhamdulillah moga kekal hendaknya...
hehe..jodoh..
klu jodoh tak ke mana..
ikan di laut..asam di darat,dlm periuk bertemu juga..hehe..
zai,
biasalah tu. kakpah dulu minat dengan david cassidy sebab dia hensem yang teramat sangat. haha.. masa tu lah. sampai hantar poskad lagi tapi dia tak hapek pun haha..
kakzakie
Betul kan mana nak tumpah kuah.Insyaallah berkat dao kakzakie.
sal
Ikan dilaut asam didarat tapi kan kak Zai takut kalau orang tu berdarjat,cukuplah orang biasa2 macam kak Zai.
kakpah
Syok sendiri kakpah,orang popular tentulah ramai peminatnya.
Post a Comment