Lama saya tak menjengok blog agak sibuk sikit sebab mengendalikan kakak, alhamdulillah kakak dah keluar dari wad berehat dirumah dan akan menjalani perubatan traditional pula. kakak dah boleh uruskan diri sendiri cuma dia tak boleh ditinggalkan sorang2 sebab takut terjatuh. Doktor bekalkan ubat2 dan setiap pagi dia perlu melakukan exersice.
Tangan saya pula dah boleh digunakan untuk membuat kerja2 ringan. Tambah seronok lagi anak perempuan saya Mimi sedang bercuti semester. Bila dia dah ada kat rumah kebanyakan kerja2 dan memasak dia akan lakukan dan saya cuma membantu. Semalam kami sama2 memasak dan salah satu menunya pajeri nenas. Dah lama saya teringin nak makan pajeri nenas tapi penghuni tetap dalam rumah ni tak berapa gemar jadinya saya terpaksa menunggu Mimi balik.
ihsan dari goggle
Semalam Mimi menghadiri ujian undang2 jalan raya, bila balik nampak muram aje saya dah tahu keputusannya tapi takpe mungkin besok dia akan mengulangi ujian itu lagi. Dari dulu lagi lepas dia ambik SPM 4 tahun yang lalu saya menyuruh dia ambik lesen katanya dia tak berapa minat dan katanya lagi tak payah susah2 sebab dia akan menggunakan khidmat pemandu bila bekerja nanti. Besar betul angan2 anak saya ni nak tergelak pun ada belum bekerja dah pasang angan2 nak punya driver sendiri. Rupa2nya saya salah tafsir yang dia maksudkan driver persendirian tu adalah driver bas dan teksi.
Setelah dipujuk dan bila dah tengok kepayahan saya untuk memandu baru dia tergerak hati untuk mengambil lesen, alhamdulillah cair juga hatinya. Rasanya jarang budak2 sekarang yang tak mahu atau minat memandu tapi berlainan dengan Mimi. Harap2 besok Mimi lulus dalam ujian undang2 tu supaya proses seterusnya akan dimulakan.
28 comments:
moga anak berjaya dlm ujian memandunya.
Assalamualaikum Kak Zai,
Bestnya anak dah besar dan pandai memasak. Mesti lega kak zai bila Mimi dah sediakan semua. Seronoknya.
Tak ada lesen susah sekarang kerana ada syarikat yg jauh dan tidak ada bas awam. Sebab itu kakak pun dulu masa tunggu spm terus belajar memandu.
Moga Mimi lulus lepas ini sementara cuti sem...
Mak Su
Terima kasih maksu.
kak zakie
Salam...Bestlah juga bila anak2 dah besar banyak membantu.
Susahnya kalau bas tak mengikut jadual perjalanan. Kalau hari2 naik teksi mau gaji habis kesitu aje.
InsyaAllah.
saye dulu en somi yg suruh ambik lesen ni..sebab dia selalu gi outstation...terpaksa la jugak...
kalau sekarang tak de lesen memandu parah..patah kakiku ini...
semoga mimi berjaya ye kak zai..nnt senang kak zai nak gi mane2 dgn dia..ade driver baru..
salam zai,
kakpah suka pajeri nanas ni tapi jarang buat sebab tak berapa laku. kalau makan pun kakpah dengan abah je.
tang lesen tu.. cuba lagi. nanti pas lah tu.
assalam zai..insyaallah..semoga mimi lulus ujiannya..dan merasa seronok memandu..boleh la dia membantu mamanya nanti..
jika demam demam begini sedap makan pajeri nenas ni sb ada rasa masam masam manis..semoga mimi akan lulus ujian tu nnt...dapat lah ambik alih tugas dari mamanya:)
Apakah terjadi kepada sang kakak? Sorry auntie, saya sekarang tengah ribut final exam. Tak sempat nak bertanya khabar.
Kak Zai,
Semoga Mimi segera mendapat lesen. Boleh bawa Kak Zai dan Kak Zai boleh rileks kat sebelah.
;o)
elok Mimi ambik lesen tu kakzai, senang nanti bila dah kerja, harapkan transpot awam pun susah juga
insyaallah mesti lulus nanti.. skarang blajar memandu dah banyak prosesnya makan masa jugak
kena ambil lesen tu. Memandu sekarang dah jadi benda wajib. kalau x ada lesen susah kita nanti.
Tumpang baca...
Sedap pajeri nenas tu... My favorite... slurp...
sekom kk Zai.
dah lama tak buat pajeri nenas.jgn paksa sgt kk Zai.biar dtg keinginan dia.nnt paksa tak berhasil.biar dia jd pemandu yg berilmu.bkn cam pemandu2 yg ada kekadang tak hormat org lain.sama gan kita ni.kekadang je.hihihihi
Salam Kak Zai...
Akak..syukur kakak akak dah keluar hospital dah...semoga beliau akan sihat seperti sediakala.
Akak..memang seronok memasak kalau berteman..bertuah akak ada anak dara...berkongsi pulak selera yang sama...seronoknya masakkk....
ainnoraini
Masa kak Zai ambik lesen dulu sendiri yang nak belajar masa tu tak susah sangat macam sekarang banyak sangat prosesnya.
Dah lulus pun sekarang belajar drive on the road gantung L.
Kakpah
Salam kakpah...Selain pajeri nenas saya suka pajeri terung sedap kan tapi anak2 kurang suka.
Alhamdulillah dah lulus dan sekarang proses seterusnya.
Acik Erna
Salam Erna...Alhamdulillah dah pass,bila dah ada lesen nanti mama dia boleh pencenlah kot.
cikmanggis
Dah lama teringin tu yang ajak Mimi masak.
Dulu kita jadi driver lepas ni anak pula ambik alih.
Abdul Munir Sanusi
Bab undang2 Mimi boleh hafal tapi bila undang2 jalan raya kali kedua baru lepas.
Auntie ok aje.Good luck.
azrina 03.07
Mama dia dah lama jadi driver sekarang nak jadi mem pulak hehehe...
ibuintan
Memang selalu transport awam ni tak ikut jadual perjalanan,kalau naik teksi habis gaji kesitulah jawabnya.Sekarang ni banyak sangat prosesnya tak macam masa kak Zai belajar dulu.
Nieda
Zaman sekarang memang wajib ada lesen senang kalau nak bergerak.
MindaMalay
Terima kasih sudi singgah.
Pajeri nenas sedapkan masam2 manis menambahkan selera.
anie,Nagoya
Salam...anie pun suka pejeri nenas.
Dulu Mimi tak minat sekarang bila dah tengok kak Zai susah nak memandu baru dia ada hati.
Mungkin sebab ramai yang guna lesen terbang.
azi
Salam azi...Alhamdulillah dah bertambah sihat.
Nasib baik anak perempuan kak Zai minat masak bolehlah jadi pembantu dan kadang2 diorang boleh masak sendiri.
Insya Allah, mudah2an cepatlah lulus lesen memandunya... Boleh gilir2 bawa kereta kan?
kak zai..bersabar menempuh cabaran yee..
moga kakak cepat sembuh..
tabah dan kuatkan hati ye..
Post a Comment