Monday, April 25, 2011

Jenjalan Bersama

Dah lama adik bongsu mengajak saya berubat kat Perak, katanya ramai kawan yang dibawanya alhamdulillah semuanya dah ok.Semalam saya bersetuju dengan cadangannya. Selain saya, kakak sulung dan ayah yang kebetulan ada di rumah adik turut serta. Jarang sekali kami menaiki kereta bersama sebab masing2 punya keluarga dan kenderaan sendiri. Lebih kurang pukul 7.30 pagi kami bertolak ke Perak tapi sebelum tu hantar anak kedua adik ke Stadium Subang Jaya untuk latihan badminton. Isterinya pula ada  latihan kuda bersama anak bongsu mereka di Equestrian

Dalam kereta adik mencadangkan  kami ikut jalan lama sebab kami  nak bersembang2 dan melihat suasana jalanraya yang dah lama tak di lalui. Dari Rawang kami lalu beberapa pekan seperti Serendah, Rasa, Kuala Kubu Baru, Kerling, keliang, kelumpang, Tanjung Malim, Slim river dan Trolak. Mungkin ada pekan2 yang saya tertinggal. Dulu masa sebelum kahwin jalan ini lah yang dilalui apabila naik bas untuk pulang kekampung dan sebaliknya. Tak banyak perbezaan cuma adalah  kedai2 baru yang dibina selain kedai2 lama yang masih ujud.

Kami singgah di Kuala Kubu Baru untuk bersarapan, makan nasi lemak berbungkus daun pisang. Kat kedai tu ada jual madu yang dihantar oleh orang kampung sendiri dan adik  membeli satu botol. Selepas tu kami teruskan perjalanan sampailah ke tempat yang di tuju iaitu Felda Besout. Inilah pertama kali saya jejak tempat ni walaupun kampung halaman saya tak jauh dari situ. Sampai kat rumah tu dah ada orang sedang berurut, kami terpaksa menunggu buat seketika. Saya difahamkan tukang urut patah ni memang terkenal dan dia juga adalah tempat rujukan ortorpedik hospital Ipoh dan Kl. Kalau ada sesiapa yang patah memang digalakan kesini dan sememangnya keberkesananya terbukti.

Setelah berhempas pulas menahan kesakitan (yalah tu ) kami rehat sekejap dan tak lama datang lagi pesakit kalau tak silap datang dari Kampar. Kami minta izin untuk pulang setelah urusan selesai. Adik membawa kami jalan2 ke pekan Sungkai lepas tu berpatah balik untuk pulang. Kami singgah sebentar di Slim River rumah kakak yang dah ditinggalkan (sekarang tinggal dengan anaknya), sempat saya ambik daun pandan. Kami meneruskan perjalanan tapi masih lagi ikut jalan lama. Kemudian kami singgah di Behrang Station untuk makan tengahari. Disini terdapat kedai yang menjual cendul yang sedap, saya order cendul pulut. Masa makan nak tergelak pun ada, lucu sangat sebab ayah minum cendul dengan kacang yang banyak sedangkan dia baru aje sihat dari sakit gaout. Boleh dia kata tak perasan sedangkan kacang2nya punyalah besar2.

Siap makan kami sempat memborong petai (kebanyakan keluarga hantu petai) yang di jual di tepi jalan. Lepas tu kami masuk pula ke pekan Tanjung Malim nak membeli kuih pau tapi hampa. Kami meneruskan perjalanan dengan laluan highway sampailah ke Shah Alam. Pukul 3.30 petang kami tiba dirumah adik. Malamnya kami makan beramai2 berlaukan ikan goreng, ikan goreng berlada, sayur, pegedil dan sambal ikan bilis petai. Meriah sungguh sebab kami makan dibawah beramai2, jarang sekali kami lakukan sebab selalunya kami makan berganti2 mengikut kekosongan kerusi. Habis makan kami sembang2 sekejap selepas tu kakak dan anaknya balik ke Setiawangsa. Saya pula terpaksa menunggu hubby sebab siadik ada tusyen pada malam tu. Pukul 11 malam baru mereka datang dan kami terus balik kerumah.

gambar google

17 comments:

Acik Erna said...

Assalam zai..
dulu dimelaka ada jugak orang yang pandai mengubat orang patah ni..tapi dah meninggal.
senang ke nak cari tempat/rumahnya zai..

ibuintan said...

wah... penuh seharian xtvt kakzai bersama adik beradik.. jenjalan jauh pulak tu

kasihibu said...

petai tu gewam.......
sya makan jugak petai tp enpakwe tak makan, jadi kalau nak berpetai2 ni balik kampunglah jawabnya.

kasihibu said...

petai tu gewam.......
sya makan jugak petai tp enpakwe tak makan, jadi kalau nak berpetai2 ni balik kampunglah jawabnya.

Bibu said...
This comment has been removed by the author.
Bibu said...

sekom kk Zai;

cam ne lepas urut?semakin baik?nak bawa abah g urut.tp nak g tmpt yg kk Zai g tu jauh pulak.2thn lepas abah kemalangan.tulang kaki patah.blek nnt nak bawa g urut le.tp tak tahu lagi nak bawa ke mana.

amboiiii....seronok dia.jln2 smbil singgh....

ibundo said...

salam zai,
mahal tak potai tu. kek sini sopapan singgit. osah mahal e kan? tapi memang dah hantu potai, boli gak lah.

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Kak Zai,

Boleh kak zai ke Perak dan balik semula dalam satu hari. Penatnya kakak bayangkan.... Tapi seronok bila berjalan ikut jln kampung. Dapt membeli apa yg terpandang disepanjang jalan...

Moga kak zai betambah sihat kini...

Zaitun said...

Erna

Salam Erna...Taklah susah sangat kalau dari KL keluar tol Slim River Lepas tu ikut jalan lama ada sign board masuk Besauot belum sampai pekan Sungkai.Masuk simpang Felda besaout 1,2,3 belah kiri,nampak rumah orang boleh bertanya.

Zaitun said...

ibuintan

Sesekali jalan dengan adik beradik seronok boleh bercerita masa lampau,berbeza kalau jalan dengan keluarga sendiri.

Zaitun said...

sayangsayangibu

Kat rumah kak Zai pun macam tu juga hubby tak berapa anak2 langsung tak makan.Itu sebabnya kalau nak makan petai kena joint adik beradik.

Zaitun said...

anie,Nagoya

Alhamdulillah ada kurang,jari dah boleh bengkokan.

Tempat tu tak jauh lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kl.Bila anie balik nanti cubalah bawa,ramai yang pergi dah pulih.

Zaitun said...

kakpah

Kalau belum musim petai harga memang mahal.Adik beli satu ikat besar harganya rm50.

Zaitun said...

kakzakie

Salam...tempat tu taklah jauh sangat 2 jam perjalanan aje.Kalau tak mengejar masa bolehlah ikut jalan lama boleh beli macam2 yang dijual kat tepi jalan.

Terima kasih atas doa.

Unknown said...

bagusla ada org pandai urut patah tu kan..sebab bukan sebarang org yg boleh kita pi urut takut mudarat pula...harap akak cepat baik yer..:)

Cikgu Nurin said...

Wahhh..sedap sambal petai tuhh... nanti, kalau ke perak, cuba terus ke Ipoh ( town ) makan mee rebus ramlee......aduhhh meleleh ayaq liuq...

Dr K7 GUGUR said...

Try bomoh tok keramat handal
+60174334165