Friday, April 15, 2011

Aktiviti Kuarantin

Salam semua, pagi tadi pergi jumpa doktor alhamdulillah dah buka bandage dan jahitnya. Lukanya pun dah beransur pulih. Terima kasih pada rakan2 yang medoakan saya cepat sembuh semoga kita semua dalam peliharaan yang maha Esa.

Nak cerita sikit semasa saya dalam kurantin. Masa balik dari hospital sakitnya masih tak terasa sebab bius masih berbaki tapi bila malamnya baru terasa sakit. Mulanya tahankan aje sebab tak nak makan ubat tapi lama kelamaan tak boleh akhirnya makan juga. Besoknya bila bangun terasa macam ok tapi tak lama dia berdenyut lagi, makan ubat lagi tapi bila makan ubat kesannya pening kepala dan rasa macam nak muntah, akhirnya paksa diri tidur sepanjang hari.

Sepanjang tangan saya berbandage semua kerja2 rumah hubby dan siadik yang lakukan termasuklah memandikan dan memakaikan baju saya. Yang membuat saya tergelak bila siadik memandikan( lebih selesa anak lakukan dari hubby) akan bercerita dan bertanya macam2. Katanya masa dia kecik mama mandikan macamana sabun macamana sampoo rambut macamana dan macam2 lagi sampailah pakaikan baju dan sikat rambut. Saya pun bagitaulah  setiap apa yang dilakukan oleh ibu pastinya lahir dari hati yang ikhlas tanpa ada paksaan dan tunggu untuk disuruh. Konon2nya macam ibu mithali lah tapi dia tak tahu kadang2 terpaksa juga dan kadang2 merungut juga hehehe...

Selain dari kerja2 yang diatas siadik tolong kemas rumah tapi dia pun agak sibuk dengan kerja2 sekolah bila malam ada tusyen pula, manakala hubby pula merangkap semua kerja rumah kecuali memasak. Kalau nak tahu kami hari2 makan nasi dari kedai samada dibeli atau pun keluar makan. Rasa jemu juga sebab tak dapat rasa makanan yang dimasak sendiri, habislah semua kedai yang ada berhampiran kami jelajah. Nasib berpihak selepas 5 hari sikakak cuti seminggu dapatlah dia membuat kerja2 yang lebih sempurna termasuk memasak. Untung katanya sebab dia tahu lebih banyak cara memasak sebab saya jadi supervisor sedangkan selama ini bila dia balik mama dia yang sediakan, sebut saja apa nak makan mama dia akan masak. Kata my hubby pula kakak dah boleh kahwin sebab boleh masak macam mama masak hehehe.

Lepas seminggu cuti kakak pun habis mulalah menjenguk kekedai makan semula. Sebenarnya my hubby memang tak biasa buat kerja2 rumah termasuklah memasak. Masa saya dalam pantang anak ke 4 dulu pun sebulan lebih kami makan nasi luar sebab masa tu pembantu rumah saya balik kampungnya diseberang. Mak dan mak mertua pula dah tak ada kadang2 adalah kakak, adik dan ipar duai membantu. Pernah juga hubby goreng telur dan sausage tapi anak2 ketawakan sebab terlebih masak, hangus hehehe. Sebab tu bila saya on leave anak2 dah tahu cara yang paling bagus import makanan atau makan saja kat luar. Satu yang special tentang my hubby dia tak kedekut duit bila ada lebih dia suka berbelanja untuk isteri dan anak2.

Hari ini pun kakak ada balik cuti weekend dapatlah dia sambung kerja2 rumah sementara sehari dua lagi tangan saya dah boleh melakukan kerja2 yang diperlukan. Syukur alhamdulillah ini semua berkat doa dari keluarga dan rakan2. Terima kasih semua....

13 comments:

Pn Kartini said...

assalamualaikum:):)

Aduhaii...baca citer akak bab berdenyut tuu..cam terasa sakitnya juga..huhuu..
Pe2..akak banyak rehat2 yaa..biar betul2 pulih dulu ekk..:)

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Kak Zai,

Barulah adik tahu macam mana dulu mama mandikan adik. Kakak rasa sayu bila adik boleh buat itu. Alhamdulillah berkat didikan kakak juga.

Hubby kakak pun sama macam hubby kak zai. Kalau kakak tak sihat dia pakai beli je. Kak Zai untung anak-anak dah besar.... Kakak suka cara kak zai didik anak kak zai (kakak yg bercuti utk masak).

Sabar ye kak zai, kakak doakan moga kak zai cepat sembuh. Makan kena jagalah sikit kan....

sonata anak kancil said...

semoga cepat sembuh....

sal said...

saya dpt rasakan kesusahannya dengan 1 tangan..

akak pun pernah jatuh..dan tangan tak boleh angkat berhari2..payahnya..semua minta belas ihsan family..

harap2 agar cepat sembuh....

Zaitun said...

Pn kartini

Salam Tinie...Sekarang dah tak sakit cuma tunggu tangan kuat sikit.

Terima kasih ambik berat pada kak Zai.

Zaitun said...

Kakzakie

Salam kakzakie...syukur alhamdulillah setakat hari ni anak2 kak Zai masih lagi menurut kata,masih lagi merujuk kepada ibubapa kalau apa pun mereka nak lakukan.InsyaAllah kakzakie pun boleh mendidik anak2 dengan sempurna.

Banyak juga makanan yang tak boleh di makan terutamanya seafood.

Terima kasih atas doa.

Zaitun said...

sonata anak kancil

Terima kasih atas doa.

Zaitun said...

sal

Kalau boleh semuanya kak Zai nak lakukan sendiri tapi ada setengah tu terpaksa juga minta ihsan.

Terima kasih sal.

Abdul Munir Sanusi said...

Alamak nak nangisnya bila dengar adik sama si kakak tolong auntie uruskan hal diri dan rumah.


Bukan senang nak cari anak yang solehah yang sekarang ni.


Semoga cepat sembuh auntie.

Actually, saya pandai masak. Tapi, jauhlah pulok nak post dari Jordan. Huhu!

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Tanggung jawab kan kalau tak anak2 yang tolong siapa lagi.Terima kasih atas doa.

Kalau Munir nak pos makanan auntie nak rasa nasi yang paling sedap kat Jordan hehehe....

Good luck untuk exam dan bila balik Malaysia nanti dah pakai title doktor.

kak Erna said...

assalam zai..alhamdulillah dah beransur baik.
oleh dibayangkan bagaimana sakit berdenyut kesan luka pembedahan tu zai.

Zaitun said...

kak Erna

Salam Erna...kalau sebut pasal berdeyut tak boleh nak cerita memang sakit tapi sekarang dah ok cuma nak tunggu lukanya baik dan tangan kuat sikit.

Nieza said...

assalam kak Zai...maaflah kak saya ni ketinggalan sikit...baru jer tau ni...akak sakit yer. harap cepat baik yer...jgn buat keja berat ok take care..