Kadang2 bila ada air beras saya siramkan juga sebab dah lama sangat tak bagi baja. Pernah cakap dengan hubby dan anak2 minta diorang bajakan, semua kata ok tapi tak buat juga. Kalau siadik jawapannya mama boleh suruh buat kerja apa saja tapi bukan berkebun. Nampaknya kedua2 anak perempuan saya memang tak minat langsung pada pokok. Kalau anak lelaki sibuk memanjang hari tak bekerja pun macam sibuk aje. Kalau ikutkan hati nak buat aje kerja2 tu tapi kalau dibuatnya sakit nanti siapa yang susah. Baiklah pendamkan aje perasaan tu dulu sampai dah pulih betul barulah beroperasi.
walaupun tak dibaja dia tetap berbunga
batangnya kering
anggerik ni kalau berbunga baunya wangi
ekor kucing tetap subur
limau kasturi ni dah banyak kali mengeluarkan buah
36 comments:
salam zai..apa khabar hari ni?jangan lasak-lasak Zai.nanti sakit tangan tu susah pulak.Tak pe pejam mata je..jika hujan kira rezeki tu zai:)Banyak jugak Zai tanam orkid,Orkid dapar bertahan jika tak disiram beberapa hari.
alahai kak zai, tak cukup baja pun dah nampak ok..apalagi kalau dah dibaja nanti..pokok2 tu nak belaian tangan kak zai, nak dengar suara kak zai..
Kak...cantik2 pokok bunga akak... kalau berjaga lagik cantik kan...
ambai...masih cantik dan subur menghijau..
byk pokok yg kk Zai tanam ya.kita suka bunga.kalo tanam selalu terbiar.
tp kk Zai masih tak berapa pulih sgt.buat mana yg mampu le.kang lebih teruk lak yg jadinya....
Salam Kak ZAI.
Betul lah, 2 pic yang awal tu, nampak kering dan suram jer pokok pokoknya. Kesian. Kena belai semula tu.
Tapi yang lain2 tu nampak segar dan elok menghijau.
Bestnyaaaaa!
pokok okid kpah pun dah bezaman taak taruk baja. Ada beberapa pokok je yang berbunga. yang lain macam segan je nak idup. alahai..
Walau tak berjaga masih ok lagi tu kak zai. Pokok bunga orkid kakak yg kena belai selalu pun tak nak berbunga.
kat umah saye tu semua tanam pokok yg tak berbunga...tanam pokok yg berdaun jer...
tu pun en somi yg suke tanam...saye ni ade la jugak tanam tapi tu la mcm mati segan hidup tak mau jer rupenye...
sayangnya orkid tu... kakzai pos kat saya je, biar saya jaga
cantiknya bunga2 tu....tapi kenapa saya tanam orkid tak prnah berbunga???..macam2 baja dah dibubuh......mungkin tak serasi..
rajin akak nih
sya tanam pokok cili pun mati
alahai camno nak bertanam2 cam tu.
kadang tak sempatlah kak , balik kerja dah bersilat di dapur
Kak Zai,
teringat pokok2 saya dulu..
dari 30 pasu, sekarang tinggal 6 aje yang terjaga..
sedih betul.
assalam zai..pokok2 tu pun turut mendoakan zai cepat sembuh..sebab pokok2 tu menantikan belaian tangan zai..
kak zai...
betulkan kata org pokok jugak perlukan belaian dan perhatian barulah subur dan menghijau...
tangan panas macam aina ni hanya sesuai bela pokok plastik!
saya jugak yg malas berkebun
Saya suka berkebun tapi allergic to plants and herbs...huhuhu...nanti kulit gatai...
sangat cantik...suka tengok...kat rumah ni hubby tukang layan pokok2...
cikmanggis
Salam cm...Saya sihat2 aje.Betul kata cm pejam aje mata buat2 tak nampak tapi kan hati tu berkata2 juga kesian tengok pokok2 hehehe...
DAMAI IMPIAN D'BANGI
Pokok macam manusia juga perlukan belaian tambah lagi kalau dibaja memang menjadi suburnya.
aNIe
Sejak tangan kak Zai tak boleh digunakan buat sementara waktu pokok tu kurang sihat.
sal
Kalau kak Zai jaga dengan baik lagi cantik.
anie,Nagoya
Dulu lagi banyak,seronok kalau kat rumah dipenuhi dengan pokok2 yang subur.Itulah kak Zai tengok aje dalam hati bila nak baik tangan ni.
azieazah
Kalau kak Zai sihat poko2k tu lagi subur menghijau daun2nya.Azie pun suka pokok juga?
kakpah
Pokok orkid kalau dijaga dengan betul dia banyak berbunga,cantik dan tahan lama.
kakzakie
Kalau dibaja lagi banyak yang berbunga.Kak Zai pun tak pakar sangat dengan orkid tapi cuba masukan serbuk teh kedalam pasu mana tahu kalau mahu berbunga.
ainnoraini
Pokok berdaun tak susah menjaganya cuma bagi dia baja daun saja tapi tetap cantik.
ibuintan
Best ya kalau kita berjiran kalau kak Zai tak sihat boleh tumpang orkid2 tu kat ibuintan hehehe....
MulutPayau
Salam...terima kasih sudi singgah.
Mungkin tak cukup kena matahari kot.Selain baja kak Zai selalu taruh serbuk teh yang dah digunakan lepas tu siram dengan air beras, cubalah.
sayangsayangibu
Dah sibuk nak buat macamana kan.Pokok juga macam manusia bukan setakat tanam tapi kena tengok dan belai selalu.
azrina 0307
Sayangnya tentu dulu rumah Reen penuh dengan pokok2 kan.Rumah kalau tak de pokok kurang berseri,itu pendapat kak Zai lah.
kak Erna
Salam Erna...kata orang pokok memang berzikir,kalau betul apa yang dikatakan Erna syukur alhamdulillah.
JunAina
Memang betul pokok perlukan belaian macam manusia juga.
Bunga plastik pun cantik tak susah nak menyiram dan membaja.
Mak Su
Mungkin maksu punya kepakaran lain.
mamawana
Sama macam anak bongsu kak Zai,dia cukup sensitive dengan pokok sekejap aje kulit jadi merah dan gatal.
sonata anak kancil
Seronoknya kalau hubby rajin berkebun,lelaki lagi kuat tenaganya macam2 boleh tanam.
Post a Comment