Saturday, April 23, 2011

Borong & Pertemuan

Pagi tadi selepas sarapan saya, hubby dan siadik menuju ke PWTC untuk memancing tapi bukan memancing ikan ya. Semua orang tahu disana ada pesta buku kan. Dalam kereta saya dah cakap kalau nak beli buku pilihlah yang betul2 perlu. Tapi sebelum tu kami singgah di kompleks dulu sebab nak membeli hadiah untuk seseorang. Bila dah dapat kami pun teruskan perjalanan. Sampai saja disana orang dah ramai begitu juga bas berderet2 panjangnya, nasib baik dapat parking tak jauh dari bangunan.

Mula sampai terus menuju ke booth PTS sebab dah berjanji nak jumpa seseorang, nasib menyebelahi kami sebab tak lama mencari dah jumpa. Nak tahu siapa...siapa lagi kalau bukan penulis buku kegemaran siadik...ABDUL LATIP TALIB. Dapat berborak dan sesi bergambar dan siadik menyerahkan hadiah buat Pak latip. 3 buah buku karya  Pak Latip dibelinya dan satu buku bertajuk IMAM2 YANG BENAR hadiah dari Pak Latip pula. Saya pun beli 7 buku edisi jimat karya Pak Latip yang ada gambar pedang kalau disusun. Buku2 ni dah ada dalam simpanan tapi saya pekenan sebab ada gambar pedang.



hadiah untuk Pak Latip


hadiah dari Pak Latip




Saya dah lama nak beli buku YAKJUJ & MAKJUJ tapi selalu kehabisan, bila nampak ada kat sini tak lepaskan peluang, dapat diskaun 15% lagi., Rasa macam seronok aje bila dah dapat yang dicari, nak balik cepat tapi siadik nak mencari buku2 rujukan untuk PMR pula. Kami ke booth PELANGI dan SASBADI. Lepas tu hubby pula  mencari Quran kecil. Bila semuanya selesai saya duduk diruang legar sementara menunggu hubby solat.


 Tengah duduk terfikir nak mencari seseorang, cakap dengan siadik kalau ada rezeki jumpa kalau tak  tak apalah. Pergi kat Creative Enterprise bertanya ada tak orang yang bernama ...jawab salah seorang petugas dia pergi solat. Saya pun tunggu hampir setengah jam baru muncul. Saya beranikan diri bertanya dan perkenalkan diri, sesi peluk2 pun berlaku.Nak tahu juga siapa yang saya jumpa... AZIEAZAH, Peramah orangnya walaupun hanya sebentar tapi mesra sekali. Lepas salam2 saya pun balik.
Mulanya gambar ni tak nak masuk dalam blog tapi fikir balik apa salahnya nanti boleh di jadikan kenangan, Azie jangan marah ya.

                           
Hari ini seronok sangat dahlah dapat pancing banyak buku dapat pula jumpa kawan alam maya. Best sesangat...

15 comments:

sal said...

sesekali merehatkan minda dengan pancing buku2 ilmiah..seronok yee..dpt juga ilmu dan semangat motivasi islamik..huhu..selt membaca

azieazah said...

Salam KAK ZAI,
sungguhlah berbesar hati saya Kak ZAI sudi datang singgah, menyapa dan siap ada cenderahati lak lagi.

Terharu saya tauuu.... Terimakasih ya

Maaf jika layanan tak begitu memuaskan kerana masa yang begitu terhad.

Acik Erna said...

zai..memang seronok sangat kalau dapat berjumpa macam tu kan..
rasanya tahun ni tak dapat nak kesana..
sabtu ahad dah ada perancangan yang diatur lebih awal bersama adik beradik..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

hu..hu.. k.zai dah sampai ke pesta buku sedangkan saya tengah mencongak2 nak pergi ke sana.
Jemputan kawin di hujung minggu banyak betul ni sampai minggu depan, cadangnya lepas ke majlis kawin hari ni nak ajak suami menjenguk sekejap ke sana.

Sabtu depan nak ke sana lagi sebab nak ke majlis pelancaran buku Prof Kamil dan isteri Pn Roza di Dewan Johor PWTC sambil menerima hadiah buku beliau serta tandatgnnya sekali bagi mereka (60 org)yg terpilih sebagai pengikut setia blog Prof.

ibuintan said...

saya belum berkesempatan ke sana, ada saja xtvt hujung minggu

banyak kak zai pancing...

kasihibu said...

seronok berada di lautan buku kan kak
sya nasib baik enpakwe dah take note both2 yg hendak pergi.

kasihibu said...

seronok berada di lautan buku kan kak
sya nasib baik enpakwe dah note both2 yg hendak di tuju, tp sya memang tak sempat nak jumpa kak azie sbb penat melayan si kecik tu.

Kakzakie Purvit said...

Kak Zai.... Pak Latip juga merupakan pengarang yg kakak suka. Kakak pun mengikuti blognya. Buku himpunan 4 imam itu idaman kakak juga. Tapi belum sampai ke JB lagi....

Zaitun said...

sal

Bila dah dapat buku2 ni jawabnya banyaklah kerja2 yang terbengkalai,asyik dan kusyuk.

Zaitun said...

azieazah

Salam azie...sama2,kecik aje tu.Kak Zai pun rasa terharu dapat jumpa azie.

Zaitun said...

Erna

Memang seronok selama ni cuma di alam maya tapi ini pertemuan reality.
Takpe kat kedai buku pun boleh beli.

Zaitun said...

DAMAI IMPIAN D'BANGI

Musim kenduri sepanjang tahun,Kalau ada kesempatan elok juga pergi.

Bestnya dapat pergi ke pelancaran buku dan tahniah dapat novel.Kak Zai pun suka baca buku beliau.

Zaitun said...

ibuintan

Masih ada lagi waktu untuk ke sana.Nanti ibuintan boleh pancing banyak2 buku.

Zaitun said...

sayangsayangibu

Beli banyak2 untuk setahun.
Elok juga kalau take note tak membazir masa.

Zaitun said...

kakzakie

Bestkan buku2 beliau,banyak tentang sejarah islam kita tahu.
Marilah turun Kl boleh beli terus.