Rasa lama sangat tak pergi berkelah, bawa makanan dari rumah, makan ramai2 macam masa anak2 kecik dulu. Sekarang bila anak2 dah besar jarang sekali benda ni berlaku kalau ada pun bawa makanan yang dibeli atau pun makan saja ditempat yang dituju.
Kelmarin saya bagi tau dengan anak2 saya nak pergi berkelah bawa bekal dari rumah tapi malangnya hujan dari pagi tak berhenti2 jadinya terbatallah cadangan. Hari ahad pula tak boleh pergi sebab kakak dah nak balik ke kampus.Tak menghampakan hati saya anak2 mengajak saya berkelah aje dilaman rumah. Pagi tadi hubby beli roti canai dan roti boy pula saya beli semalam semasa pergi ke Alammanda. Rasa terhibur jugalah sebab ada suasana berkelah sambil makan2 berborak. Gambar dibawah ni makanan kami masa berkelah. Tengaharinya kakak masak rendang ayam untuk di bawa balik sebahagian daripadanya.
sarapan pagi masa berkelah
Petang ni baru aje balik dari menghantar kakak ke perhentian bas Bandar Tasik Selatan yang baru aje beroperasi. Bangunanya cukup luas dan cantik dan banyak terdapat kedai2 makan. Kalau pergi kesana macam nak naik kapal terbang siap ada lobi, balai arrival dan balai departure. Kalau nak hantar pun hanya dipintu departure aje lepas tu bye2 dah tak nampak. Perjalanan bas2 ada terdapat pada screen yang besar dan trolley yang ada disana pun macam ala2 trolley KLIA. Modern dan canggih betul, itulah bandaraya kita. Kalau sesiapa naik bas yang nak pergi kearah selatan bolehlah kesana untuk merasai macam nak naik kapal terbang.
24 comments:
dah lama suami ajak nak lihat hentian bas bandar tasik selatan tapi belum ada masa ladi:)
saye dh lame tak naik bas...
dulu2 naik kat pudu raya jer...
nnt kalau anak2 dah besar2 saye pun mcm kak zai jugakkan...kene antar anak naik bas...
sekom kk Zai.dah semakin pulih?lama tak sggh sini.
nak cuba tgk hentian bas tu.tp bilalah....
Bantailah auntie. Asalkan ada tempat nak bersiar-siar.
selamat berkelah..
anak saya pun cerita pek yg sama, perhentian bas bandar tasik selatan macam airport..wah macam nk gi tengok jugak
Salam Kak Zai...memang seronok kak kalau berkelah bersama keluarga...tak kira le kat mana...janji kita suka..betuk tak?..
Akak...saya folo akak ...sudilah jenguk ke blog saya ye...
assalam zai..sesekali daapt berkelah memang seronok kan..
dulu2 memang selalau pi berkelah ni
cikmanggis
Kalau cm ada masa pergilah melawat memang canggih macam di airport.
ainnoraini
Betul kata ain kak Zai pun dah lama tak naik bas.kakak akan naik bas bila dia balik cuti weekend cuma kalau cuti panjang aje kak Zai hantar.
anie,Nagoya
Salam anie...alhamdulillah beransur pulih.
Bila balik nanti pergilah melawat.
Abdul Munir Sanusi
Kat mana pun boleh kan asalkan ada kawasan sikit.
sal
Memang betul sal,cantik dan modern dah tu banyak kedai2 makan.
azi
Salam azi...terima kasih sudi singgah.Best kan pergi berkelah nak pulak bawa makanan dari rumah.
Nice blog.
kak Erna
Salam Erna...Masa anak2 kecik diorang ikut aje kemana kita bawa tapi bila dah besar mereka pula yang bagi cadangan.
kak zai lamanya tak singgah sini...perubahan positif, utk keselesaan rakyat. rasanya kalau naik public transport pun senang ke situ...
junAina
Salam Jun...terima kasih masih ingat.Memang banyak perubahan kan bagus juga biar orang luar nampak negara kita maju.
cklah pun dah lama tak naik bas. Minggu depan terpaksa naik bas ekspress ke KL hantar anak temuduga di Lembah Pantai. Terpaksa, kerana ayahnya ada urusan penting. Adiknya pula periksa, tak dapat semua hantar...
ckLah
Kalau dulu mak dan ayah selalu bawa anak2 naik bas kalau nak pergi mana2 tapi sekarang semua dah punya kenderaan sendiri.
Kak Zai pula takut naik bas kalau sorang2 mesti nak berteman itu pun tak pernah lagi jalan jauh.
best tu berkelah tu kak..dgn family pula tu..:)
klu perkhidmatan bas kat malaysia cekap mcm sini, sy sanggup tak beli kereta...
jgn hentian bas canggih tp perkhidmatan tak berubah2 udah ler... kan? kan?
Nieza
Sesekali memang seronok berkelah dengan keluarga.Lagi ramai lagi seronok,meriah.
fa10
Betul kata fa10 jangan perhentian aje yang canggih tapi perhidmatan basnya hampeh.
bekelah kat laman rumah pun sodap. Kok dapek, buek bbq lagi... kok nak mandi2, pasang jo kolam plastik tu haha..
Bagus juga kalau kak zai dah boleh berkelah walau kat halaman.
Itu tanda kak zai dah bertambah sihat... Anak-anak pulak dah kian membesar dah pandai berdikari ....
Post a Comment