Kalau dulu dirumah lama, saya punya jiran2 yang amat baik dan sampai sekarang masih kekal bersahabat. Kami seperti adik beradik tolong menolong, sentiasa bergelak ketawa, bersembang isu semasa yang kadang2 gelak sampai nak pecah perut dan keluar air mata. kalau masak makanan pula mesti sampai kerumah masing2. Anak2 pula hormat dan alhamdulillah sampai sekarang walau ada yang sudah berkeluarga dan berjawatan tinggi bila berjumpa tak sombong dan masih datang berkunjung kalau ada yang sakit atau kenduri kendara. Itu jiran2 lama saya.
Sekarang bila berpindah kesini saya punya jiran yang mesra tapi ada maksud. Kalau jiran tu tak banyak sangat menyibuk hal orang lain mungkin tak jadi masaalah buat kita tapi yang masaalahnya saya punya 2 orang jiran yang ada sifat PHD. Seorang dah 2 kali ke Mekah dan seorang lagi bolehlah dikatakan kubur kata mari. Mereka tak habis2 menyakitkan hati saya, ada saja kesalahan saya dimata mereka. Kalau dulu saya banyak bersabar dan mulut saya masih boleh menegur sapa walaupun macam2 mereka lakukan terhadap saya tapi sekarang kalau berjumpa dengan mereka saya hanya senyum kambing, itu pun rasanya senyum kambing lebih cantik kalau dibandingkan dengan senyuman saya sebab senyuman kambing tu lebih ikhlas. Ada ke kambing senyum?
Dulu masa anak saya kahwin dengan omputih sibuk pukul canang, macam2 cerita sampai ketelinga saya. Kononnya was2 dengan pegangan menantu saya, sembahyang ke, puasa ke, tahu ke hukum hakam, tahu ke halal haram. Lagi pula menantu saya masih berpakaian seperti yang dia pakai sebelum masuk Islam, senang cakap tak menutup aurat. Kalau dia bangsa omputih pakai pakaian yang terdedah sedap juga mata memandang, kulit putih, rambut blonde, mata pula biru macamana kalau bangsa melayu beragama Islam yang memakai pakaian melampau.Islam hanya agama keturunan, bila azan berkumandang masih lagi berpeleseran kesana kemari. Itu cerita menantu saya.
Cerita terbaru isu rumah saya, tak tahu apalah sangat nak di cemburukan bukannya saya bina banglo bertingkat2. Dinding rumah saya pun bukannya kristal, paip air saya pun bukan disalut dengan emas. Saya cuma touch up apa yang diperlukan untuk dipandang lebih kemas. Ada2 saja yang tak kena, kalau rumah orang lain tak berapa nak dibetulkan dikata mereka sakit mata memandang. Mengapalah ada manusia yang begini rupa. Kadang2 rasa nak pindah semula kerumah lama atau beli saja rumah lain tapi hubby cakap biarlah mereka nak cakap dan buat apa. Lagi pun yang bersifat PHD melampau cuma 2 orang manakala jiran yang lain semuanya ok aje.
20 comments:
Assalam zai..PHD memang ada dimana2..dirumah jiran tetangga..diopis pun ada..kawan sekerja..tak boleh nak elak..
cuma kita kena la bersabar..biar orang buat kita jangan kita yang buat orang.. walau pun hati kita disakiti.
As Sal kak Zai,
Kesian Kak Zai...harap2 jiran tu akan berubah suatu hari nanti, insyaAllah.
Mcm mana dgn renovation dah siap ke, kalau siap bolehlah tunjukkan pic. hehehe
Salam Kak Zai,
Memang pedih hati kalau dapat jiran PhD ni kan. Apa aje yang kita buat, mesti tak kena di mata dia. Memang orang macam ni tak pernah bahagia hidupnya Kak Zai.
Asalkan Kak Zai n hubby n family hidup bahagia, buat tak dengar aje lah cakap diaorang tu. Makin kita senyum dan bahagia, makin diaorang sakit hati :-). Itu aje cara nak bagi sedas ke orang PhD ni.
Sambil tu dapat Kak Zai kutip pahala dr umpatan diaorang tu kan :-)
Setuju dgn pendapat suami KAK ZAI.
Tak ke mana kita ni kalu asyik nak dengar cakap orang. Tak berasas. Biar kita bahagia dgn cara kita...
Hari Wanita Sedunia ke-100: Aku Bangga Bermula Sebagai “Nor”...
sakit hati..benci...menyampahkan kak zai...tapi kite kene sabarrrr...
manusia ni mmg mcm2 ragamnye...
sabar ye kak zai...biar dia org tu PHD kat kite...mudah-mudahan lagi murah rezeki kitekan...
Assalammualaikum kak zai, sabarlah kak...kat mana-mana pun ada org yg PHD ni kak....memang tak leh tgk org senang...semua tak bersyukur dgn rezeki yg Allah bg...org yg senang pun bkn ambik duit dia kan dan masa kita sng dia nampak kalau susah tak nampak pula..memang tak leh layan kak org mcm tu btw bykkan sabar yer.
kak Erna
Salam Erna...kalau ikutkan hati memang nak bermusuh tapi fikirkan jiran tak elok pulak tahan sajalah dengan kerenahnya.
Ibu Sayang
Salam ibu sayang...harap2 macam tu lah tapi kalau ikut umur dah susah nak berubah.
Rumah dah siap,bukannya buat tambahan cuma besarkan bilik,betulkan bilik air dan dapur.
lemongrass
Salam lg...memang dari dulu lagi banyak perkara yang mereka cemburukan.Kak Zai jenis kaki jalan,kaki shopping,kaki makan2 .Kak Zai tak cerita apa2 pun tapi kalau ditanya kak Zai jawab dengan ikhlas lepas tu bawa cerita kita berlagak dan menunjuk2.Apa sangatlah nak dibanggakan bukannya kak Zai orang kaya pun.
Betul kata lg kita kutip pahala dari umpatan mereka.
salam zai..banyakkan bersabar ya.Semua ini merupakan ujian agar kita lebih tabah dan lebih bersabar..orang seperti ini ada dimana mana.buat buat tak tahu je zai:)
kak zai,
kat mana2 pun ada spesis org begini kak..bkn kat kejiranan je..sabarlah..mudah2an berganda2 pahala yg kak zai dpt..bkn senang nak dpt free camtu hihih..lgpun jiran yg xcukup seposen ni cuma 2 org je..xpe, biarkan! be strong!!
Terasa hati saya kak.. saya pun tgh buat phd nie hehehe ;)
Assalamualaikum my dear Kak Zai..:)
Tak suka PHD!!
kdg kala ....manis mulut di depan..di belakang...lain pula ceritanya....
Semoga kita dipeliharaNya dari segala gejala phd ...
azieazah
Seingat kak Zai belum pernah dapat jiran yang sebegini sifatnya.Memanglah ada yang depan pura2 baik tapi taklah sejahat dan sebusuk hati macam yang 2 orang ni.
ainnoraini
Dah tak tahu nak cakap kadang2 kak Zai nangis sebab rasa tertekan,malu pada jiran lain.Nasib baik kak Zai selalu keluar kalau weekend.
Nieza
Salam Nieza...Mungkin dia tak dapat apa yang kita ada sebab tu buat macam2 cerita.Kak Zai tak pernah bangga dan cerita apa2 cuma kalau kak Zai pergi jalan2 adalah sedikit buah tangan untuk diagih2kan.
sekom kk zai.
sabar kk zai.adat berjiran.kita buat hal sendiri pun dikata.mesra alam pun diperkatakan..ssh manusia ni.
yg ptg kk zai msh hormat mereka sebg jiran.w/pun dia org suka skit ati kk zai.ada balasannya...
Kak Zai, meh pindah jadi jiran saya. Jiran tetangga saya pulak kurang amik tau hal org..awak beli ape, masak ape..setakat ini, selalu berbaik sangka...belum terkena kata org.. tapi jiran-jiran masa di rumah lama dulu tak jauh beza mcm jiran k.zai juga.
Berkat banyak bersabar belum pernah kami bertelingkah atau tak bertegur sapa.. tapi mmg diakui, boleh sakit jiwa klu berjiran dgn mereka yg kaki kepoh dan penyibuk mcm nyamuk.. banyak2 sabar ye k.zai.
biasalah begitu zai..PHD ada di mana2..
kita buat cara kita jeelah..
senyum, bercakap bila perlu..
sabar jelah ye zai...
cikmanggis
hnyhar
iina
Pn Kartini
anie,Nagoya
DAMAI IMPIAN D'BANGI
sal
Salam semua...terima kasih atas sokongan dan keperihatinan kawan2 semua,bahagia rasanya kalau dapat jiran2 yang berhati mulia kan.
Post a Comment