Hari Jumaat lepas saya pergi ke MATTA fair di PWTC, dari pagi hujan tak berhenti2 sampai kat tengah jalan kawan hubby call kata jalan jem sesangat lepas tu susah nak dapat parking. Bila dah tahu macam tu kami pun terus ke LRT dan parking kereta kat situ. Naik LRT sampai terus ke station PWTC. Masa sampai tu ramai juga orang tapi rasanya lebih ramai jika dibandingkan dari tahun2 sebelumnya.
Saya, hubby dan 2 orang anak jalan2 dari satu dewan kesatu dewan. Kesemuanya ada 3 dewan, ada tempat2 melancong yang dah dalam list tapi belum beli tiket sebab nak fikir dulu mana yang terbaik untuk dibeli. Pergi kat satu kaunter dapat pula tiket ke UK yang agak murah siap bagi no pasport lagi tapi beritahu kat jurujual kami nak cari yang lain dulu sebelum comfirm. Cadangan lain pula bulan Jun nanti saya sekeluarga ingin bercuti ke Beijing atau ke Bandung sebab cuti hujung tahun nanti kakak dan adik nak ke rumah abang mereka di Portsmouth,Uk.
Hubby mengajak pergi makan dulu sambil tu bolehlah fikir2 package mana yang nak diambik. Kami pun ke food court dekat mall yang berdekatan. Saya dan hubby makan nasi dan anak2 pula masing2 makan mee goreng. Tengah sedap makan tetiba hp saya berbunyi, mulanya ignore saja sebab tengah menyuap tapi dah 2 kali berbunyi siadik tolong ambikkan. Dia baca lepas tu bagi tau... abang Tam sms ada berita kurang baik berlaku. Saya capai hp terus baca mesej lepas tu cakap dengan hubby kita cancel ajelah semua holiday buat masa ini sebab hati pun dah tak berapa sedap bila dapat berita macam ni. Anak2 pun setuju lagi pun masih banyak waktu untuk mencari tiket buat mereka. Bila semuanya setuju kami kekaunter yang dibooking tadi semula untuk memberitahu kami tak jadi beli tiket.
Saya terfikir apalah jadi pada agent2 yang buat jualan untuk pergi ke Japan dan yang lebih malang lagi bagi orang2 yang dah beli tiket. Tentu merosot jualannya, siapa berani nak pergi holiday kalau dah bandarayanya dilanda bencana kan.
18 comments:
takut juga kan kak, bencana datang tanpa diduga
Kak Zai...kesian pada mereka kan kak...macam2 bencana melanda dtg dlm satu masa...tu yang dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga...
Tgk video2 tsunami yang melanda Jepun...takut ... ngeri... ALHAMDULILLAH kita berada di sini..... dan berharap semoga Malaysia tidak akan dilanda bencana seperti itu...
zai..bencana datang tanpa diduga..semuanya dah ditentukan..harap2 rakyat kita semua selamat disana..
apb jadi sesuatu bencana di ng org..nak melancong pun trfikir2 sekali lagi ..yelah memikirkan faktor2 keselamatan..
moga kita semua sentiasa dlm perlindungan Allah..ameen
Assalamualaikum..:)
Moga akak sihat2 di sana:)
Alhamdulilah,,.kita masih aman di sini..Semmgnya tidak bisa kita menjangka bencana yang mendtg..
bgus jg kk zai cancel tuk melancong.kesian sgh pada mereka yg malang bencana ni
rancang nak poi mano zai..
betul kak semua yg terjadi tak disangka kan...mcm tu la juga kehidupan dok merantau tempat org ni takut juga berlaku musibah tapi kena bersedia dgn ujian Allah.selalu murah juga ticket kat matta fair tu kan kak.
Saya ada dua anak saudara yang menetap di sana..belum dapat apa-apa berita lagi...
ibuintan
Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Kalau dia nak jadikan maka jadilah ia.
aNIe
Itu sebabnya kita disuruh bersedia setiap masa,kalau dah takdir kita hanya berserah.
Syukur negara kita masih aman semoga ianya berkekalan
kak Erna
Harap2 begitulah tapi masih ramai lagi yang belum ditemui.
sal
Tujuan melancong nak berseronok tapi kalau dah terjadi bencana hati dah mula risau.
Mudah2an kita dipelihara oleh Allah SWT.
Pn Kartini
Salam Tinie...Moga Tinie juga sihat2 hendaknya.
Ia datang tanpa amaran oleh itu kita seharusnya selalu berjaga2.
anie,Nagoya
Hati dah tak seronok walaupun bukan tempat yang kak Zai nak pergi dilanda bencana.
Memang kasihan melihat penderitaan mereka.
kakpah
Rancang nak ke Beijing atau ke Bandung.
Nieza
Kerja Allah kita tak dapat nak tentukan,bila nak terjadi sekelip mata ranap.
Kalau dinegara sendiri pun terasa takutnya apatah lagi hidup merantau.
Ada juga tiket yang murah.
Cikgu Nurin
Berdoalah semoga mereka selamat dan dalam peliharaan Allah yang maha Esa.
Post a Comment