Wednesday, November 16, 2016

Hagia Sophia

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya dan keluarga selamat kembali ke tanah air selepas bercuti ke Turkey selama dua minggu.  Apa yang boleh saya katakan amazing. Turkey adalah sebuah negara yang sangat indah dan mendamaikan.  Dimana2 ada masjid sampai Istanbul dikenali sebagai kota seribu masjid.  Ditambah pula dengan negara peninggalan Islam yang terlalu banyak sejarah.

Alhamdulillah kami semua sihat cuma kepenatan tu masih terasa. Percutian agak mencabar dari cuti2 sebelumnya. Sebanyak 6 kali turun naik kapal terbang dalam masa dua minggu. Ambik keputusan naik flight ke Cappadocia dan Pamukkale. Kalau naik bas mengambil masa 10 ke 12 jam perjalanan. Saya tak dapat nak update secara berperingkat cuma dapat buat setakat yang mampu.

Hari ini nak cerita berkenaan Hagia Sophia yang asalnya gereja ditukar ke masjid semasa al-Fateh menawan kota Konstantinopel.  Sekarang pula dijadikan muzeum sejak zaman pemerintahan Mustafa Kemal Attaturk. Tiket masuk adalah 40 lira.  Dibelakang bangunannya ada beberapa makam sultan dan ahli keluarganya. Didalamnya pula tergantung lukisan Mary,  Jesus dan diapit dengan nama Allah s.w.t dan Nabi Muhamad s.a.w. Terdapat juga nama 4 khalifah dan 2 cucunda kesayangan Rasulullah s.a.w. Kami amat kagum dengan keindahan Hagia Sofia ini. Jom kita tengok gambar di bawah...

Berlatar belakangkan Masjid Sultanahmet.  Hagia Sofia terletak di hadapan masjid ini. 








Sesuatu berlaku tanpa diduga... Hubby membeli cincin yang menyerupai cincin isteri sultan di bahagian atas Hagia Sophia dan menyarungkan ke jari saya didepan pintu masuk.  Speechless dan air mata.








14 comments:

saniah ibrahim said...

Selamat kembali ke tanah air kak zai....Walaupun saya sedang mengalami situasi sukar,ada kesempatan tetap saya baca dan tngk ig kak zai di Turki...indahnya suasana di sana ya kak zai.

saniah ibrahim said...

Selamat kembali ke tanah air kak zai....Walaupun saya sedang mengalami situasi sukar,ada kesempatan tetap saya baca dan tngk ig kak zai di Turki...indahnya suasana di sana ya kak zai.

Normala Saad said...

Amboi Zai...romantik sungguh hubby beli cincin yang cantik begitu dan disarungkan terus kejari..a time to remember..

Acik Erna said...

Alhamdulillah dah selamat kembali zai

Raihanah Ahmad said...

cantiknya hagia, untuk kak dapat ke sana

hainom OKje said...

Wah seronoknya Kak Zai.... senyap senyap rupanya dah dekat Turki ye hihi...part gambar bawah tu mmg bestlah kak Zai...terasa mcm cinderella kan sekejap...

Nieda ramly said...

wah romantiknya hubby kak zai

LadyBird said...

Salam kenal akk. Iza rs ni bru kli pertama kot iza dtg ke sini. 😍😍😍😍

Seronoknye dpt ke turki. Andaikata diberi peluang, teringin nk tgk myzium kamal attarturk.

Bunda_nora said...

Selamat kembali Kak Zai...dah tentu bawa pulang kenangan manis semasa bercuti kan.

E'in said...

bestnyeeeee.. doa2 e'in pulak dpt sampai sane.. hihi

Kakzakie Purvit said...

Terpukau pastilah bila jejak kaki di masjid-masjid di Turkey kan Kak Zai
Nampak sangat menawan.

Tapi lagi menawan cincin yg tak diduga ye Kakzai:)

Wa said...

Romantiknyaa suami k zai...:)

hainom OKje said...

Kenapa Kak Zai admitted ni?

Bunda_nora said...

Selamat kembali K.Zai... seronoknyer... cantik2 pemandangan dan reka bentuk bsngunan2 disana.. Mesti K.Zai enjoy dan rindu nak pergi lagi kan...

Selamat Tahun Baharu 2017 yg bakal menjelma tak lama lagi...