Wednesday, November 09, 2016

Topkapi Palace

Assalamualaikum..

Salam dari Turkey buat semua rakan2 blogger.

Hari ini nak cerita berkenaan Topkapi Palace.  Ianya terletak dipinggir Selat Bosphorus dan tidak jauh dari Hagia Sophia. Merupakan istana dan pusat pemerintahan dizaman Uthmaniah. Bangunannya dikelilingi tembok2 besar dan didalam pula ada beberapa lagi bangunan. Terdapat taman yang luas dan pokok2 yang sudah sekian lama masih lagi ada disana.

Berbagai barangan tersimpan disini termasuk barang2 kepunyaan Rasulullah s.a w dan juga para nabi yang lain. Selain dari barang kepunyaan nabi kita Rasulullah iaitu janggut, telapak kaki, pedang, mangkuk minuman terdapat juga tongkat Nabi Musa a.s, serban Nabi Yusof a.s dan Nabi Ibrahima a.s, pedang Khalid al Walid  juga pakaian Fatimah az Zahra dan kunci2 kaabah. Bumbung dan dinding disini dihiasi dengan khaligrafi dan warna yang sungguh mengkagumkan. Disini juga ada dipamerkan  perhiasan batu2 permata yang sungguh indah.

Disebelah kanan bangunan pula ada bahagian peralatan masakkan yang didalamnya banyak periuk2 besar dan pinggan mangkuk. Mungkin pada ketika itu bangunan ini dikhaskan untuk dapur memasak.

Kalau masuk ke Topkapi Palace ini memakan masa yang agak lama sebab terlalu banyak yang harus dilawati termasklah taman2 yang indah didalamnya. Tiket dikenakan sebanyak 40 lira setiap seorang.













8 comments:

Acik Erna said...

Selamat bercuti zai..

azi said...

Selamat bercuti dan menghabiskan masa bernilai bersama keluarga Kak Zai...

NEKCIK said...

Turki aku datang..iya mmg cantik dan bersih kan..nekcik pergi masa winter dah hujung..mmg sejuk giler kat situ

Nooriah Abdullah said...

happy holiday kakzai
wah best nye tengok gambar sana sini kannn
garam Ai lah

Kak Yon said...

turki salah satu negara yg tak puas dilawati.banyak tempat menarik dan cantik..

Mummydearie said...

Seronoknya tengok Kak Zai berholidaying ^_^ Semoga perjalanan holiday kali ni menyeronokkan dan jangan lupa ambil gambar di tempat-tempat menarik!

Adam said...

insyaallah, manalah tau kalau ada rezki saya untuk kesana.

from:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

hainom OKje said...

Cantiknya pemandangan tempat kak Zai bergambar tu