Friday, November 04, 2016

Barang Peninggalan Rasullullah s.a.w

Assalamualaikum...

Semalam saya melawat Topkapi salah satu tempat yang wajib dilawati jika datang ke Istanbul, Turkey.  Terus terang saya katakan kalaulah saya tahu begini indahnya tempat ini saya tidak akan ke negara lain sebelum menjejaki Turkey.  Apa yang boleh saya katakan speechles terutamanya bila masuk ke salah satu bangunan penyimpanan barang2 Rasullullah.  Mengalir air mata bila melihat dengan mata sendiri janggut, gigi, tapak kaki, pedang dan macam2 lagi barang2 kepunyaan Nabi Muhamad s.a.w. Begitu juga dengan senjata dan barang2 kepunyaan para sahabat juga nabi2 yang lain.

Bila masuk aje ke dalam bangunan ini baunya sungguh wangi. Bacaan quran secara live berkumandang disalah satu sudut bangunan.  Ya Allah saya tak dapat nak gambarkan bila melihat segala yang ada didepan mata.



Ini adalah pintu masuk ke bangunan penyimpanan barang2 nabi. Tidak dibenarkan mengambil gambar didalam bangunan.





10 comments:

Nieda ramly said...

kak zai , best nya

Sweetie said...

Beruntunglah kak Zai dapat melihat sendiri barang2 milik junjungan kita Rasulullah s.a.w

paridah said...

PENGALAMAN YG SGT MENGUJAKAN TU..MMG BEST

makchaq said...

Seronoknya kak Zai dpt pi turki..
Tengok gambar kawan2 pegi sana memang nampak cantik sangat...

Teringin jugak nak pi... tapi entah bila la...

anajingga said...

Alhamdulillah direzekikanNya Kak Zai melihat sendiri barang-barang tinggalan Baginda Rasulullah ,seronoknya.

Normala Saad said...

memang Turki sebuah negara yang indahkan Zai....rasanya smua orang teringin nak kesana.

azi said...

Semoga perjalanan akak dipermudahkan semuanya. Akak antara insan pilihan dapat menikmati keindahan bumi ciptaan Allah s.w.t ini.

NEKCIK said...

Kalau tak kenangkn flight yg 12 jam tu..mmg teringin juga nak merepeat istanbul ni

NEKCIK said...
This comment has been removed by the author.
hainom OKje said...

Pengalaman melihat sendiri sesuatu tempat tu memang tak boleh dijual belikan Kak Zai