Monday, October 31, 2016

Turki Aku Datang

Assalamualaikum...

Apa khabar rakan2 blogger. Agak lama saya menghilangkan diri tapi tak pergi mana2 pun cuma agak malas untuk mengupdate blog.

Esok saya, hubby dan 2 orang anak akan pergi ke Turkey selama 2 minggu. Boleh tak nak minta pada kawan2 semua mendoakan yang baik2 ketika kami disana. Mudah2an perjalanan kami selamat pergi dan balik dan segalanya dipermudahkan.

Tinggal di Istanbul 5 hari kemudian ke Cappadocia, Pamukkale dan Bursa. Bermalam disetiap tempat kemudian kembali ke Istanbul dan tinggal 2 malam lagi sebelum pulang ke Malaysia. Disebabkan perjalanan mengambil masa 12 jam nak ke Cappadocia dengan menaiki bas kami mengambil keputusan untuk menaiki kapal terbang domestik yang hanya mengambil masa satu jam saja.

Sebenarnya saya dah beli tiket masa di Matta Fair bulan March lalu.  Disebabkan anak bongsu tidak ada cuti yang panjang makanya percutian kami ditangguhkan ke hujung tahun. Cuaca disana pula agak sejuk dan suhu sekarang 10 degree. Melalui apa yang saya baca banyak tempat2 yang menarik untuk dikunjungi. Saya juga ingin menziarahi pusara Ahmad Ammar penuntut Malaysia yang meninggal dunia ketika masih belajar disana. In Syaa Allah apa yang pernah saya angankan sebelum ini menjadi kenyataan. Saya pernah beritahu pada hubby setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang saya sudah jejaki saya angankan pula Masjid Biru (Masjid Sultanahmet).

Kami menaiki Qartar Airways transit di Doha selama 2 jam sebelum meneruskan perjalanan 4 atau 5 jam lagi ke Mustapha Kamal Attaturk Airport, Istanbul. In syaa Allah kembalinya saya dari sana nanti bolehlah berkongsi pengalaman ketika berada disana.






11 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Semoga dipermudahkan perjalanan kak zai sekeluarga..
Selamat pergi dan balik..
Happy holiday kak zai :)

Kakzakie Purvit said...

Waahhh! bestnya KakZai makan angin dgn keluarga
Salah satu destinasi yg kakak teringin juga tu.
Semoga selamat pergi dan balik..

anajingga said...

semoga selamat pergi dan kembali ke tanahair buat kak zai sekeluarga, selamat bercuti juga, enjoy your holidays kak :) nanti update kay ..

Qhaifa Nur said...

Wahhh...bestnya jenjalan...jauh ni
Semoga selamat pergi n balik...

NEKCIK said...

Oh selamat bercuti Zai semuga dipermudahkan..dilindungi perjalanan ..amin
Happy holiday Zai...mmg seronok jalan jalan Turki ni..csntik pemandangan

Normala Saad said...

Selamat bercuti Zai...

Adam said...

Alhamdulillah. Saya doa terbaik untuk keluarga puan. Doa pergi balik.

Saya pun bersedia nak travel ni.
Bulan ni saya ke jepun.
December ke korea. January ke china.

Raihanah Ahmad said...

semoga selamat semuanya puan.

Sweetie said...

Selamat berlibur kak Zai, di doakan selamat dalam perjalanan pergi dan balik juga ketika di sana. Pasti, kami di dunia blog tetap menanti cerita kak Zai.

Nieda ramly said...

semoga kak zai selamat pergi dan kembali ke tanah air..happy selalu kak zai

hainom OKje said...

Selamat jalan Kak Zai...moga selamat bermusafir pergi dan balik. Letih bila dengar Kak Zai cerita pasal perjalanan ni