Tuesday, August 02, 2016

Big Brother.

Assalamualaikum...

I'm going to be a big brother. Mummy is having a baby in her tummy.

Itulah ayat yg diucapkan cucu yang berada diUK. Betapa seronoknya kami seisi keluarga. Tiada kata2 selain alhamdulillah yang dapat diucapkan. Kalau boleh kali ini biarlah perempuan. Kata hubby tahun depan in syaa Allah kami akan ke sana. Rindu sangat rasanya lagi pun pada masa itu baby sudah pun lahir. Agak lama mereka tidak balik ke Malaysia gara2 membeli sebuah rumah baru yang agak selesa. Mereka membuat keputusan untuk menjual rumah teres yang sedia ada untuk menokok tambah ke rumah baru.

Awal tahun masa Matta Fair kami sudah membeli ticket untuk percutian ke satu destinasi pada hujung tahun nanti. Sebelum ini pun kami sudah bercadang untuk ke UK setelah pergi dulu ke tempat yang sudah lama saya angankan. Ke mana? bila dah dekat tarikh nak pergi nanti bolehlah saya beritahu.

Seorang lagi anak saya belum ada rezeki mendapat anak walaupun sudah berkahwin selama 3 tahun. Semoga dalam masa terdekat biarlah dia juga mengikut jejak abangnya in syaa Allah.




16 comments:

Nooriah Abdullah said...

assalamualaikum kakzai
wah kakzai pun tak lama lagi bakal menerima cucu ya tahniahhh
saya pun insya allah soon jugak akan menerima cucu hehee
bestnya kakzai akan ke UK tahun depan ke bulan bila tu kakzai

Kakzakie Purvit said...

Rezeki org tak sama KakZai
Moga si adiknya pun akan dikurniakan zuriat juga
KakZai dgn abg tu mesti senyum tak sudah menanti cucu baru
Apa lagi nak ke sana tahun depan. Mesti rasa lambatnya masa berlalu ye KakZai:)

saniah ibrahim said...

Tahniah kak zai dan suami bakal terima cucu comel lagi....semoga dapat apa yg diimpikan .

saniah ibrahim said...

Tahniah kak zai dan suami bakal terima cucu comel lagi....semoga dapat apa yg diimpikan .

hainom OKje said...

Tahniah Kak Zai.....tambah sorang lagi cucu ye Kak Zai. Sure tak sabar Nek mommy nak kesana tahun depan kan....
Moga yg sorang lagi anak Kak Zai tu pun diberi peluang utk merasai menjadi ibu jugak. Mana tau menjangkit

Nieda ramly said...

tahniah kak zai, bertambahlah cucu kak zai .
dah 3 tahun anak kedua kak zai berumahtangga . ...belum rezeki lagi .. kak zai , mudahan ada la tu nanti.insyaallah

paridah said...

TAHNIAH...BERTAMBAH MERIAH KELUARGA ZAI...

Bunda_nora said...

Alhamdulillah, akan bertambah lah cucu Kak Zai... mesti comel macam big brother nyer juga nanti.

Mummydearie said...

Alhamdulillah! Bertambah lagi ahli keluarga. Tahniah buat Kak Zai sekeluarga!

Normala Saad said...

Tahniah Zai..nak dapat cucu baru. Tumpang happy..

NEKCIK said...

Wah Zai jauh terbang nak jumpa cucu..tapi yg pastinya keseronokan berganda

NEKCIK said...

Wah Zai jauh terbang nak jumpa cucu..tapi yg pastinya keseronokan berganda

kakyon said...

kemana tu Zai..seronok dah rancang percutian awal2..

Husna Rahman said...

Insyaallah.. moga murah rezeki si adik untuk timang permata hati pulak..amin!

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

che mid said...

Tahniah untuk anak sulung. Dan teruskan mencuba pada siadik yang belum beroleh rezeki zuriat. Semalam CM ke hospital bertemu pakar O&G. Terdengar pesakit yang dirawat untuk mendapat zuriat. Sedih pun ada, namun nampak keazaman wanita itu untuk terus berusaha. Semoga Allah perkenankan doa-doa bakal ibu2 diluar sana ya kak. Aamiin.