Monday, August 15, 2016

Kesinambungan Kisah Passport

Assalamualaikum...


True story...

Kali kedua datang baru dapat buat. Sampai lokasi pukul 6.30 pagi. Punyalah panjang orang sudah berbaris. Bersembang sesama sendiri masa dalam barisan. Pejabat buka pukul 7.30 pagi.

Seorang wanita cina menunggu dari pukul 5 pagi dan dia dapat number 50. Kami sempat berborak macam mana dia datang sebegitu cepat. Kalau nak tahu number yang lebih awal dah tentu datangnya waktu malam lagi. Ini bukan cerita dari orang atau dengar dari orang lain tapi dari mulut yang empunya badan. Pukul 9 kaunter untuk ambil number sudah ditutup.

Saya ikut warga emas punya line sebab buat dengan hubby sekali.

Ada ternampak di instagram Hairulazreen suami kepada Hanis Zalika buat passport untuk anaknya Yusof. Mungkin awal sehari dari saya atau sama hari. Tak payah berbaris dan ambil number terus masuk bilik ambil gambar pun dalam bilik. Siap bergambar2 lagi dengan orang dalam tu. Cuma seorang artis sudah dapat layanan istimewa. Apa lagi kalau anak orang besar bukan gemuk ya.

MALAYSIA BOLEH.

Kepada sesiapa yang nak buat passport jangan lupa bawa bangku. Kaki jadi kematu menunggu nak dapatkan number.




10 comments:

Kakzakie Purvit said...

Membayangkan kelak mendapat 'passport' utk penentuan syurga/neraka lagi menakutkan KakZai
Di dunia bolehlah tengok siapa besar siapa kecik
Di 'sana' kelak menyesal sebab tak 'lurus' ketika menjalankan tugas tapi dah tak guna lagi.

Nooriah Abdullah said...

Ya Allah kakzai kenapa lama sngt kena tunggu
Kesian nye, kalau di Brunei tklah sampai mcm tu apa lagi buat passport rasanya kalau berbaris hanya dua tiga org je

anajingga said...

Banyak juga ana baca di fb rungutan orang ramai tentang proses membuat pasport ni, semoga da langkah penambahbaikan yang lebih memudahkan kelak..

Nieda ramly said...

ramainya orang nak ke luar negara.
dengan pelbagai alasan dan sebab .
rakyat malaysia dari usia bayi dah nak merasa naik kapalterbang fly ke luar negara .
makmurnya malaysia tanahairku

saniah ibrahim said...

awalnya dia orang datang ....kesian kan pada yang tak sehat tentunya tak upaya nak berbaris lelama.
kenapa lah ada pilih kasih ...sepatutnya tak mengira siapa .

Norhayati Mohd Isa said...

Tu yg kekadang pergi ke luar bandar punya Imegresen ni kak zai..
Tak mampu utk bersesak macam ni..

aizamia 3 said...

Kalau berdua dengan en. hb takpe lagi.. kalau berangkut dengan anak2.. alahai.. :(

hainom OKje said...

Dekat semua kaunter ke tempat Kak Zai aje ek?
Mana boleh macam tu kan....Double standard tu namanya. Memang rasa nak marah jugak ni....Mentang mentang lah artis dan org besar mereka didahulukan, kena komplen ni Kak Zai

Mummydearie said...

La ya ke masih susah lagi nak buat passport? Katanya sekarang dah improve banyak! Saya dulu pernah juga tumpang kakak saya yang dah senior citizen katanya. Bukan saya minta tapi kakak saya merayu pada pegawai imigresen tu kerana dia sebenarnya ikut saya dan saya pulak demi nak datang awal pagi buat passport, terpaksa tinggalkan anak-anak dengan emak yang tak berapa sihat. Jeling-jeling pegawai tu tak suka tapi dia benarkan juga saya mengendeng sama dengan kakak saya ^_^

Kalau saya tak silap, budak bawah 2 tahun, tak perlu beratur panjang. Sama macam warga emas dan ibu mengandung juga!

NEKCIK said...

salam Zai..laa ni semua dah jadi lagu tu nak buat pasport..apa masalahnya sebenarnya..dulu sama jer prosidurnya..tak faham