Thursday, January 16, 2014

Tiga Hari Lagi.

Salam...


 bubur caca


Saya buat 2 hari lepas...

lepat labu

Pagi2 lagi saya sudah masak bubur caca salah satu makanan kegemaran adik. Setakat ini apa saja makanan yang dia suka saya cuba sediakan. Nak bagi dia makan puas2 sebelum berangkat. Hari Ahad ini adik akan terbang ke UK untuk bercuti selama 2 bulan. Disana dia akan tinggal dengan anak menantu. Boleh juga dia improve bahasa Inggeris bila tinggal dengan mereka.

Adik pergi berseorangan tanpa ditemani sesiapa. Risau juga sebab pergi tak berkawan tapi adik sudah biasa naik kapal terbang. Saya menempah tiket direct flight ke London untuk dia. Hantar ke KLIA bila sampai di Airport Heathrow abang dia sudah ada menunggu. Tarikh pemergian adik ke sana dia masih dibawah umur banyak urusan yang tak dapat dilakukan dengan mudah. Mudah2an semuanya  selamat dan berjalan dengan lancar In Sha Allah.

Soalan adik paling lucu...selain shopping di London adik akan ke Paris, mama nak kirim apa2 tak? hahaha...


7 comments:

pB said...

salam

seronoknya dapat jalan makan angin

Kakzakie Purvit said...

Adik ni macam dah kerja pulak ye. Tak apa kalau mama kirim mama kenalah bagi duit. Ala... tak apa nanti di sana abang akan belanja semua adik jgn bimbang.

Peluang adik ke sana Kak Zai sementara ada waktu. Bila dah sambung belajar nanti tak ada masa lagi dah..

Nieda Ramly said...

adik belajar berdikari nanti kut2 nak sambung belajar kat sana.


kak zai , saya beli 4 helai kain sutera thai tapi dah habis kawan2 dah beli.

harga di sana mmg murahlah.

Unknown said...

salam kunjung balas, best nya adik kan dpt jenjalan makan angin jauh lagi tu, akak pun maybe ujung tahun kot baru ke UK insyaallah kalau panjang umur

ummiross said...

Kakzai..nanti mesti rindu kat adik kan, bestnya masak2 untuk adik tu, lepat labu, rasa nak terbang pergi rumah Kakzai,nak makan lepat labu juga.

NEKCIK said...

waa kecik kecik dah jalan sensorang...mana tau esok esok dapat belajar di luar negara takde susah kan

Acik Erna said...

Seronoknya adik bercuti kesana..dapatla adik bermain dengan anak buah yang comel tu