Sunday, January 19, 2014

Penerbangan Adik ke London

Salam...

Kalau sebelum ini saya sangat risau untuk melepaskan adik pergi jalan jauh sorang2 tapi bila sudah sampai masanya semua berjalan dengan baik. Alhamdulillah pagi tadi saya sudah menghantar adik ke KLIA untuk terbang ke UK. Walaupun  dia  juga agak risau tapi akhirnya kami semua amat gembira sebab dia di escort sampai masuk ke dalam kapal terbang macam VIP. Masa boarding adik diminta menunggu dibahagian hadapan sekali dan adik juga orang yang pertama masuk ke dalam kapal terbang.

Syukur alhamdulillah semua telah selamat dan In sha Allah adik akan sampai pada pukul 4.15 petang waktu London. Saya harap adik akan selesa tinggal disana dan dia dapat menafaatkan waktu selama 2 bulan lebih dengan sebaik mungkin.

Saya baru tahu kalau naik MAS penumpang yang dibawah umur petugas dikehendaki mengiringi sampai tiba ke destinasi dengan selamat. Ibu bapa tak payah risau sebab itu sudah menjadi tanggung jawab mereka. Saya tak berapa pasti pula kalau penerbangan lain menyediakan servis yang sama.




bersama kakak


7 comments:

Nieda ramly said...

seronoknya adik nak duduk kat LOndon.

Saya pun ada dengar kalau anak2 bawah umur naik pesawat mereka akan dijaga oleh petugas.
macam VVIP pula.

pB said...

rezki rezki tu

BUNDA a.k.a KN said...

selamat jalan...seronoknyer nak duduk kat tempat orang...

Kakzakie said...

Dah sampailah ni adik di sana Kak Zai. Ada abang dan SIL dia menanti apa nak risau...

Cuma Kak Zai sunyilah sikit ye..

Acik Erna said...

assalam zai...dulu masa keje diklia..memang selalu juga nampak..budak bawah umur..memang ada pengiringnya...
kalau dah sampai tu..sampai jumpa yang menunggu baru dilepaskan

Irfa said...

mmg itu prosedur dlm penerbangan kami(mas), rasanya semua penerbangan ada kot (tak pasti bab ni).sbb tu kalau sesapa nak pos anak ke kg, tak risau. suh je sdara tunggu kat destinasi ;)

ummiross said...

ooh macam tu ye, ummi pun tak tau pasal ada petugas tu, bagus lah kalau macam tu kan Kak Zai, taklah kita risau sangat kan.
Semoga adik enjoy disana.