Tuesday, January 28, 2014

Kelantan & Terengganu.

Salam...

Rabu lepas saya ke Kelantan jalan2 bersama hubby. Tinggal tiga hari disana lepas itu ke Terengganu pulak selama dua hari sebab hubby ada meeting. Kalau pergi ke negeri Kelantan tak sah kalau tak masuk Pasar Siti Khadijah. Banyak kain ela batik yang cantik2 untuk dibuat baju kurung. Tak lupa juga beli baju kaftan dan kain batik sarung walaupun jarang2 digunakan sebab tak pandai nak ikat hihihi...

Malamnya pergi ke Wakaf che Yeh beli seluar untuk basahan dan beli juga serunding, kekacang yang banyak dijual. Kali ini tak pergi ke Rantau panjang sebab hubby kata pasarnya baru terbakar dan ditenggelami banjir. Jadinya kami ke Pengkalan Kubur tapi disini kedainya tak banyak, barang2 pula tak banyak pilihan macam di Rantau Panjang. Saya masuk ke kedai pinggan mangkuk tapi harga tak jauh beza dari harga yang dijual diKL. Begitu juga bahagian coklat harganya lebih kurang sama aje. Tidak menghampakan saya beli coklat Daim dan Nougat.


nougat famous di Australia

Masa nak ke Terengganu hubby ikut jalan laut, dekat Setiu singgah cuci mata sebab nampak ada satu nursery yang banyak menjual pasu. Bukan nak beli pun sebab dalam booth sudah penuh dengan barang2 yang dibeli di Kelantan. Sebaik masuk banyak sangat bunga orkid, bila ditanya harganya  tersangatlah murah. Apa lagi saya borang sepuloh pokok, nasib baik tidak ada penumpang untuk seat belakang. Saya balut batang orkid dengan surat khabar lepas itu masukkan dalam plastik kemudian siram dengan air. Minta izin untuk membawa semua pokok orkid masuk ke dalam hotel dan letakkan dalam bilik air. Alhamdulillah bila sampai dirumah semua pokok orkid segar setelah saya siram berkali2.

Gambar ini diambil setelah sampai di rumah.





Bertambah lagi koleksi orkid saya huhu...


p/s; Adik sudah seminggu berada di UK, nampaknya dia sangat gembira. Ahad lepas pergi jalan2 ke Southampton dan minggu depan pula nak ke Madame Tussauds, London.




6 comments:

MulutPayau said...

Wahhh cantiknya orkid2 tu..semuanya mengeluarkan bunga...
Kalau dah murah, yg tak nak beli pun akan terbeli jugakkan kak Zai...
Seronok nampaknya adik kat sana...yg di sini pulak akak rindu-rinduan..hihi..

makchaq said...

Ingatkan pi langkawi ja beli coklat, rupanya ke kelantan pun ada..makchaq suka coklat daim tu..

Cantik2 bunga orkid yang kak zai beli.. makchaq belum pernah lagi tanam bunga kat rumah.. tanam sayuq/serai kunyit tu adala... teringin jugak nak cuba.. tapi tak cuba2 pun lagi..

Untung adik.. kecik2 dah dapat pi uk.. duduk sana pulak tu..

ummiross said...

Kak zai..seronoknya dapat beli orkid cantik2 tu.

Waa bestlah adik, muda lagi dah jauh berjalan, ummi ni dah tua-tua baru dapat berjalan jauh sikit. Tak rindu adik ke kak Zai?

lady lavender said...

K.zaaiiii...pekabar?; lama tak bertandang sini.

Makin berseri la laman k.zai lps ni :-)

Nieda ramly said...

seronoknya kak zai bercuti bersama suami.
orkid tu mmg murahlah kak zai.nanti bila dah beranak pinak dapat kebang ke pasu yg lain pula

Kakzakie said...

Bestnya Kak Zai. Mata kakak kalau tengok pokok bunga memanglah tak berkelip. Geramnya. kalau tengok gaya macam itu memang boleh terus hidup Kak Zai...