Friday, October 25, 2013

Bukan Rezeki.

Salam...

Debaran bertambah kencang bagi murid tingkatan lima sebab tak lama lagi mereka akan menghadapi peperiksaan SPM. Kalau saya tak silap exam bermula pada 6hb Nov ini, hanya beberapa hari saja lagi. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

..............

Semalam adik balik dari sekolah nampak muram aje. Bila masuk rumah saya tanya... kenapa?

Adik: manalah adik tak marah dan kecik hati ma...orang lain yang bersusah payah tapi orang lain yang dapat anugerah dan hadiah.

Saya: Anugerah...hadiah?

Adik: Adik dan 3 orang lagi kawan yang pergi dalam pertandingan tu...last2 kita orang tak dapat apa2 pun.

Ceritanya begini...

 Adik dan 3 orang kawannya menggantikan murid (bidan terjun) yang sepatutnya pergi ke sebuah sekolah untuk pertandingan dalam satu persatuan. Sampai ke sekolah yang ditempatkan terdapat ramai murid dari luar daerah yang turut menyetai. Sangkaan mereka cuma biasa2 aje tanpa ada persiapan. Disana mereka dikehendaki masuk ke dalam dewan seolah2 menghadapi peperiksaan. Kerusi dan meja disusun satu2 dan murid yang datang dari satu sekolah diasingkan duduk jauh2. Kata adik ada 60 soalan untuk dijawab. Dengan ilmu yang samar2 dia menjawab ke semua soalan.

Rezeki berpihak kepada mereka dengan mendapat naib juara. Kata adik pemenang juara cuma menang tipis dari mereka. Tersangatlah seronok sebab tidak disangka boleh mendapat markah yang agak bagus berbanding dengan murid2 yang membuat persiapan rapi.

Part yang paling sedih bila penyampaian hadiah (di buat selepas beberapa lama berlalu) murid yang terdahulu dipilih untuk mewakili sekolahnya yang naik ke pentas untuk mengambil piala dan sijil. Hati siapalah yang tak sedih kalau terjadi macam ini. Sekurang2nya hargailah murid yang telah bersusuah payah untuk menaikkan nama sekolah.

Harap cikgu atau pengetua lebih prihatin.

Kalau terjadi macam ini agaknya siapalah yang patut diberikan anugerah.



8 comments:

IndaMarya said...

mana boleh mcm tu, kalau nama A masuk tapi yang brtanding B maka B la yg mesti dpt hadiah tu...tak adil ! kesian anak you.

Ummialyaanas said...

alahai..kesiannya..camanala cikgu blh telepas pandang benda2 mcm ni..sgt xadil kan..

*salam kenal*

Nieda ramly said...

Cikgu dia tak updet nama pelajar sebenarlah tu.
mungkin nama pelajar yg lama dah dihantar terlebih dahulu dan tidak dikemas kini .
kesian adik.

Nieda ramly said...

Cikgu dia tak updet nama pelajar sebenarlah tu.
mungkin nama pelajar yg lama dah dihantar terlebih dahulu dan tidak dikemas kini .
kesian adik.

che mid said...

Cikgu tak buat homework.. kena buat semula tu.. habeh tu, hadiah tu kenalah bagi pada pemenang sebenar kok ya pun budak yang asal tu yang menerimanya atas pentas!!

sal said...

ciannya dia....mudah2an anak ada rezki juga klu tidak masa ni.di masa-masa akan dtg..

Acik Erna said...

cik gu tak ingat ke yang murid tu telah diganti..tak pe..dik..yang penting adik tau adik yang menjawab soalan2 tu semua dan berjaya..tahniah dik

ummiross said...

Salam bertamu dan bertemu kembali Kakzai..

Kesian kat adik dan kawan2nya, cikgu patut lebih prihatin ni, yang tak pergi pula dapat hadiah, tak patut kan..!