Thursday, October 24, 2013

Aku Melayu di Kota Inggeris

Salam...


gambar dari google


Saya baru habis baca buku diatas, penulisnya Muhaimin Sulam. Berasal dari Teluk Intan, Perak dan pernah tinggal di UK untuk meneruskan pengajian  PHD.

Buku ini banyak menceritakan sikap dan budaya orang barat yang elok kita jadikan contoh atau panduan. Buku ini juga ada menceritakan perbandingan sikap orang melayu dan orang barat. Ada sikap baik dan buruk orang barat mahu pun orang timur atau orang melayu.

Kebanyakkannya orang barat agak peramah dan berbudi bahasa berbanding orang melayu. Salah satu contoh mereka akan beratur dan mendahulukan orang tua, wanita dan kanak2 kalau naik kenderaan awam. Murah dengan senyuman, suka bertanya khabar dan juga suka menghulurkan bantuan jika ada yang memerlukan.

Orang barat amat mengambil berat tentang masa. Selalu kita dengar orang cakap janji melayu, kenapa adanya perumpamaan sedemikaan rupa. Ini menandakan masa orang melayu tidak pernah tepat. Sikap orang barat yang juga suka mengamalkan kebersihan tak kiralah dirumah mahu pun diluar. Contohnya tandas kalau di negara kita agak memalukan bila bercerita tentang tandas terutamanya tandas awam.

Orang barat juga suka menggunakan kenderaan awam atau hanya menggunakan basikal untuk ke destinasi yang mereka mahu pergi. Ini bermakna jalan raya yang terdapat dinegara mereka tidak sesak dan tidak susah untuk mendapatkan parking. Laluan lorong khas untuk berbasikal juga disediakan untuk membolehkan mereka tidak bersaing dengan kenderaan lain.

Ada rakan2 kita yang tinggal diluar negara selalu menceritakan bagaimana mereka boleh makan buah2an percuma dari ladang yang diusahakan oleh orang barat. Kadang2 buah2an yang dimakan lebih banyak dari yang dibeli untuk dibawa balik. Kalau di negara kita ada nampak buah2an masak ranum bergayut diatas pokok tuan punya tidak akan mempelawa untuk menikmatinya selain dari ahli keluarga atau kenalan.

Jenayah dinegara kita sekarang agak menakutkan. Perompak dimana2 saja ada berkeliaran, mencari mangsa bila ada kesempatan. Jangan sesekali berjalan seorang diri ditempat yang sunyi atau diwaktu malam. Memakai barangan yang berharga contohnya memakai barang kemas perlulah berhati2. Orang barat selalunya bila keluar akan memakai pakaian yang agak mahal terutamanya wanita yang suka memperagakan handbag yang puluhan ribu harganya. Rumah mereka juga tidak menggunakan jeriji untuk cermin tingkap. Agak susah untuk mentafsir, bukan bermakna tidak ada perompak dibarat.

Perpustakaan dinegara mereka ada menyediakan bahagian untuk warga emas. Mereka boleh melayari internet, membaca buku atau sekadar membaca surat khabar. Boleh juga berkumpul dan berbincang sesama mereka berkenaan isu semasa atau topik2 yang boleh buat mereka gembira. Cara yang mereka lakukan boleh menghilangkan rasa jemu kalau hanya duduk dirumah atau hanya berbaring diatas katil bila sudah mencapai usia yang agak lanjut.

Ada satu sikap mereka kalau boleh saya ingin amalkan bila sudah menjadi warga emas nanti. Ingin terus menjadi merpati dua sejoli bersama hubby, romantik, berpegangan tangan bila berjalan. Masaalahnya boleh ke dipraktikkan dinegara kita yang lebih kepada budaya hormat dan tidak menunjuk2.

Saya cuma ambik sedikit contoh dari buku diatas untuk kita renungkan, kalau nak tahu lebih lanjut beli dan bacalah untuk panduan masing2. Saya juga harap jangan ada yang menganggap saya terlebih puji orang barat sebab saya mempunyai menantu omputih. Sekiranya terdapat kesilapan ampun dan maaf dari saya.


6 comments:

JunAina said...

Apa salahnya ambik sahaja yg baik2nya kak, berpegangan tangan di usia emas macam Untie Nanie...

makchaq said...

Mesti la ada betuinya apa yang ditulis tu kak Zai..penulisnya dah berpengalaman di sana

IndaMarya said...

nak kena cari buku ni macam best saja.saya suka buku2 jenis ni, dari pengalaman sebenar.novel rekaan saya tk brapa suka..

Nieda ramly said...

berangan masa tua nanti nak travel berdua mcm wargamas barat.
sempat ke ?

Nieda ramly said...

berangan masa tua nanti nak travel berdua mcm wargamas barat.
sempat ke ?

Kakzakie said...

Tak payah jauh Kak Zai, S'pore tu kalau warga tua tambang bas separuh, tiket masuk eye of S'pore pun separuh harga. Banyak dah buat tempat kita pelan-pelanlah.. tapi kalau tak dibuat dari sekarang makin tak ada harapanlah masa akan datang..