Monday, June 10, 2013

Tuah Atuk....

Salam...

Sibuk semula...sekolah sudah mula dibuka...bagi anak2 yang akan menghadapi peperiksaan besar kena merempit sebab bulan depan kita sudah mula berpuasa...lepas itu hari raya. Bulan puasa kena pergi Terawikh...bila hari raya pula kena menziarahi keluarga dan tetamu datang bertandang....so syudy awal2 supaya nanti tidak terlambat untuk mengulangi setiap mata pelajaran.

............................

Cerita atuk...

Buat masa ini ayah tinggal dengan saya...kami adik beradik bergilir menjaga ayah. Umurnya sudah mencecah 86 tahun. Selepas arwah mak meninggal dunia ayah tinggal bersendirian sampailah dia mengalami 2 kali accident motor. Bukan dilanggar tapi dia sendiri yang jatuh gara2 dipukul angin kenderaan yang bersebelahan. Selepas kejadian itu kami adik beradik mengambil keputusan bergilir menjaga ayah.

Anak dan menantu saya juga ada dirumah...meriahlah sedikit...bertambah penghuni...pagi tadi ayah complaint... katanya lutut dia sakit...hubby suruh saya bawa pergi klinik selepas sarapan...Anak dan menantu cuba tengok...nampak bengkak. Si abang suruh isterinya ambik minyak bam... sapu dan urut lutut atuk. Anak tanya kalau dekat luar ada batu sungai...saya jawab buat apa? dia terus mencari dan bawa satu biji masuk rumah. Dibakarnya kat dapur...lepas itu minta kain untuk pembalut batu yang sudah dibakar. Abang menghampiri atuk lalu dituamkan batu panas diatas lutut. Agak lama dia suami isteri merawat atuk....

Bila azan berkumandang atuk sudah boleh berjalan dan lututnya sudah tidak sakit lagi. Atuk juga sudah boleh solat berdiri. Alhamdulillah dengan kerjasama anak dan menantu membuatkan atuk merasa seronok dan disayangi...Betapa bertuahnya atuk dapat layanan sebegitu rupa. Pernah dulu atuk sakit...anak, menantu dan cucu2nya berebut nak jaga sampai ada yang ambik cuti khas nak jaga atuk.

Saya tanya pada hubby mungkin kah esok kalau kita sudah ada cucu mereka juga akan melakukan benda yang sama.... jawab hubby... setiap benda baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran, In Shaa Allah...




10 comments:

cikmanggis said...

masyallah beruntungnya atuk dan zai kerana ada anak anak dan menantu yang perihatin.Tersentuh di hati.Selalunya bila membaca kisah yang begini pastinya terfikir diri sendiri.semoga kebaikan akan memperolehi gaanjaran dengan beribu kebaikan juga.Insyallah.

Nieda ramly said...

semoga hari tua kak zai juga dibalas baik oleh anak cucu sendiri. Buat baik dibalas baik . In sya allah

Kakzakie said...

Betul apa yg hubby Kak Zai kata. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Bagaiman atuk didik kak Zai, begitulah anak-anak Kak Zai lakukan dan seterusnya cucu Kak Zai juga melihat ibu-ayah mereka. Moga semuanya baik-baik belaka.

saniah said...

Bagi saya mnjaga ibu bapa yg uzur ada lah anugerah pahala yg besar Allah berikan kpd sesiapa yg dpt melaksanakan tugas tersebut...bagi yg berpeluang mnjaga mereka mmg sgt2 beruntung....bukan semua anak mampu/sanggup mnjaga mereka
Kak zai termasuk dlm golongan tersebut :)
Moga bertmbah berkat hidup kak zai

azi said...

Bertuah kakak dapat anak menantu yang prihatin..semoga kasih sayang berkekalan selamnya...:)

JunAina said...

Alhamdulillah ayah akak masih sihat walaupun dah brumur macam tu. saya doakan dia akan sentiasa sihat hendaknya.

Insyaallah kak, kita telah didik anak2 sebaik mungkin. Kita menjadi contoh terbaik, Allah tetap akan membalas kebaikan kita.

Acik Erna said...

bertuah atuk..bertuah jugak anak2 yang masih dapat bermanja dan memanjakan atuk

sal said...

Seronoknya msih ada ayah...beruntug juga ayah disayangi oleh anak,menantu n cucu...hrp2 kta juga brtuah pd.msa akn dtg krna disayangi kluarga

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Alhamdulillah dapat anak-anak yang berbudi tinggi begitu.

Mudah2an kasih sayang mereka berkekalan kepada Zai suami isteri dan adik beradiknya.

makchaq said...

InsyaAllah kalau kita buat baik balasannya pun baik..

Untung ayah kak Zai dapat cucu2 yang menyayanginya.. makchaq yakin masa muda ayah kakZai jugak menjaga ibu ayah dan datuk neneknya dengan baik...