Tuesday, June 18, 2013

Khasiat Madu & Goodies

Salam...

Apa khabar buat semua rakan2 blogger saya semoga semuanya sihat2 belaka. Buat yang kurang sihat rajin2lah makan ubat dan dengar nasihat doktor supaya cepat sembuh.

Pagi tadi tengok siaran tanyalah ustaz... tajuknya berkenaan dengan madu....banyak khasiatnya kalau diamalkan. Minggu lepas anak saya bawa balik dari Johor...katanya madu Tualang yang dibeli dari kawannya. Saya mengamalkan makan madu sejak saya beli semasa pergi umrah beberapa tahun yang lalu...alhamdulillah bagus sangat...jarang sekali dapat demam dan selsema.



 Goodies2 ini saya dapat masa menghadiri majlis kenduri cukur jambul cucu jiran.


biskut, bunga telor dan potpuri

biskut berbentuk botol susu

bunga telor

mufin, bunga telor dan potpuri


p/s: Masih belum terlambat saya nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA buat semua yang bergelar bapa.


10 comments:

Acik Erna said...

asssalam zai..kreatif tu..tak sangka yang rupa botol susu tu boleh dimakan

JunAina said...

Sekarang ni macam2kan org buat goodies. Kalau mampu tak salah memberi.

Kakzakie said...

Dah ramai yg guna bears dan babydoll jadi bunga telur dan pahar di pelamin sekarang ni Kak Zai... kalau budak-budak memang suka bear tu:)

Kakak pun consume madu juga kak zai

Cikda said...

salam kak zai, abang cikda selalu pesan jilat madu dari tapak tangan itu sunnah katanya.. cikda perasan semua yg disebutkan dalam Quran ada khasiatnya tersendiri.. :)

Nieda ramly said...

mesti mahal nak sedia goodies yg cantik macam tu

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,
berapalah agaknye bajet nak buat goodies yg cantik cmtukan...

azi said...

Suka saya kalau dapat goodies macam tu.....

p/s Madu sentiasa ada kat rumah akak, cik Abang suka beli tapi sayang ni yang selalu lupa nak makan...

zulaikha megat said...

sampai 2 jenis madu kat rumah saya..tpi sayang selalu lups nk makan..

saya rasa berbaloi klu bagi goodies yg boleh dimakansemuanya..taklah membazir ..

nea lopah said...

salam perkenalan juga... tq sudi jenguk blog sy. sweet nya goodies. jarang dapat yg mcm tu, biasa2 surah yassin. follow sini juga.

makchaq said...

Kenduri naik buai/akikah sekarang cenderahati comei2 kan.. biskutnya comei2 tu sayang nak makan, tapi selalu Nafisah la suka nak rasa...

Madu tualang mahal betul harganya...