Thursday, November 01, 2012

Ke Mana...Tumpah Kuah...

Salam...

Terima kasih buat semua rakan2 yang menitipkan doa pada my hubby khasnya Acik Erna, Lemongrass, saniah, Korukord Jagau's, Nieda, azieazah, kakzakie, Marina Monroe@Nanie dan azi. Terima kasih banyak2 semoga semua doa2 akan mendapat rahmat dari Allah swt, amin.

........................................

Kalau ada anak2 yang mengikut jejak atau perlakuan kedua ibu bapa, orang akan kata ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Contohnya saya mungkin mengikut jejak arwah mak yang suka berkebun. Masa arwah mak masih hidup rumah kami di kelilingi pokok2 bunga manakala laman pula dipagari dengan pokok2 puding. Tentu ramai yang tahu dan kenal dengan pokok puding, ianya ada bermacam2 warna dan berbagai bentuk daun. Bila pokoknya dipotong sama rata ia menjadikan bentuk pagar yang cantik. Dulu2 mana mampu nak buat pagar sekeliling rumah.

Anak2 saya tak ada yang meminati pokok tapi ada karektor lain saya yang mereka ikut. Contohnya Mimi dia suka melancong dan makan2 macam saya juga. Suka mencuba makanan dan kalau dapat tahu ada tempat makan yang sedap mesti pergi. Bab berjalan selalunya kalau ada cuti jarang ada kat rumah tak kira dekat atau pun jauh.

Berlainan dengan adik, dia lebih suka pada shopping, sifat mama dia yang sampai sekarang masih belum berubah. Pantang dengar ada sale atau ada shopping komplek baru. Tujuan asal window shopping tapi bila balik mesti ada yang tersangkut. Susah sangat nak hilangkan tabiat buruk ini tambahan pula hubby jarang melarang. Kadang2 bila tengok adik berbelanja macam nak marah tapi diri sendiri pun susah nak kawal. Tapi walau bagaimana pun saya berbelanja tidaklah berlebihan sampai ada pembaziran

Sebaik2nya kita didik anak2 supaya pandai berjimat cermat sebab dimasa akan datang kalau ada keperluan tak payah susah2 nak mencari duit untuk kegunaan. Sifat berjimat cermat juga memang dituntut sebab tidak digalakkan pembaziran. Selalu buat contoh orang2 yang kurang berkemampuan dan orang2 yang mempunyai anak ramai. Kalau didikan atau asuhan dari kecil sudah disemai insyaAllah ianya akan berhasil. Bak kata pepatah... lentur buluh biarlah dari rebungnya.


Cantik kan kotak kat bawah ini... bertingkat2...dalamnya ada tali pinggang, ada pen dan ada wallet.





Lari dari cerita hehehe...............................


13 comments:

Acik Erna said...

assalam zai..kotak tu dah tentu hadiah adik buat ayahanda nya kan..pandai adik...kotak pun cantik

saniah said...

Cantik nya kotak...bagi isi pada tuan punya pastu kotak minta balik...boleh tak buat mcm tu? Hehehee

Nieda said...

mesti hadiah utk suami kAK zai.lkotak, isi di dalam tentu lebih istimewa

azieazah said...

3 in 1. Barangan yang sangat sesuai untuk lelaki pengasih macam si ayah!

Kuah tak tumpah ke saya, bila bab menanam bunga ni. Saya tangan panas.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...selain kotak tu adik belikan sehelai baju lagi...jeles saya dibuatnya hehehe....

Zaitun said...

saniah

Barang dalam kotak tu hubby yang punya manakala kotaknya kak Zai ambik nak buat tempat accesory.

Zaitun said...

Nieda

Ha'ah anak kak Zai bagi sempena ulang tahun baba dia.

Zaitun said...

azieazah

Kalau lelaki tak banyak barang yang boleh dibuat hadiah,Kalau ada pun harganya agak mahal.

Mungkin ada benda lain yang azie warisi.

ibuintan said...

kak zai... pokok puding yg boleh dimasak daunnya ada tanam tak... daunnya berwarna dark pepel...sedap masak dengan rendang ayam atau daging

Nur-nba said...

Salam.. Kak Zai, cantik hadiah pemberian adik utk suami akak..

Nur tangan panas kak. Ikutkan abah Nur memang suka bercucuk tanam.. Apa saje yg ditanam pasti hidup subur.. Tapi hanya abang sulung Nur je yang mewarisi kemahiran tu.

Nanti Kak Zai tunjukkan gambar2 pokok2 bunga yg akak tanam ye..

Granny Hani said...

Cantik kotak tu..Suka entri ni..Berbingkai bahagia di setiap perkataan yg di guna..

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Zai..

Lama sungguh kakya tak datang ziarah. Maaf. Harap2 Zai Dan keluarga sentiasa sehat sejahtera.

Anak2 kebanyakannya Akan mewarisi kegemaran Ibu bapa. Tak banyak sikit tu mesti Ada. Ada juga baiknya jika anak2 mesra alam.

Berjimat cermat sudah sepatutnya di tanamkan pada anak2 Dari awal usia berakal. Untuk masa sakit pening Dan keperluan lain yang di luar jangkaan.

Cantik kotak itu Zai.. Dan hepi belated besday to ur hubby.. :)

azi said...

Cantiknya kotak hadiah tu....saya belum pernah dapat hadiah macam tu.....nanti suruh adik belikan untuk saya ye, akak...:)(gurau aje akak)