Tuesday, November 20, 2012

Percutian Sabah...1

Salam...

Alhamdulillah... saya sekeluarga dah selamat sampai ke rumah, masih penat dan sibuk dengan mengerjakan kain baju yang menggunung untuk dibasuh begitu juga sibuk dengan mengemas rumah dan pokok2.

Saya bercuti ke Sabah untuk 5 hari,  rasa tak puas sebab banyak lagi tempat2 yang menarik yang kami tak sempat nak singgah terutamanya Pulau Manukan untuk snokling sebab masa tak mengizinkan lagi pun terasa  takut pulak sebab cuaca kurang baik. Walau bagaimana pun percutian tetap seronok dan enjoy sekali.

Sampai di Kota Kinabalu dah tengahari terus chek in hotel lepas tu kami makan dan rehat sekejap. Dah hilang penat kami jalan2 kat pasar orang jual ikan sementara menunggu nak ke Tanjung Aru. Laut kat Tanjung Aru cukup cantik dan terdapat banyak restoren sayangnya kami sampai disini dah agak gelap. Ada ambik gambar laut tapi tak berapa terang sebab di Sabah waktu malam cepat berbeza waktu di Semenanjung.





salah satu restoren di Tanjung Aru


Kami makan di Todak salah satu tempat terkenal makanan laut. Ikan, udang, sotong dan ketam semuanya fresh dan besar2. Nafsu tamak melanda menyebabkan ter order terlalu banyak makanan dan berlaku pembaziran. Disebabkan terlalu gairah tengok makanan langsung lupa nak snap gambar makanan yang diorder.


lobster



Masakakan disini lebih kurang sama macam yang kita order kat Semenanjung cuma rasa dia agak berbeza. Semuanya sedap2 dan fresh maklumlah baru ditangkap dari laut.

Bersambung..................

17 comments:

Kunang-Kunang said...

Salam Zai,

Semoga gembira semasa cugi ni.

Kunang-Kunang said...

Salam Zai,

Semoga gembira semasa cugi ni.

makchaq said...

Salam kak zai,

Seronok kalau cuti sekeluarga..
Tak pi pulau manukan jangan sedih.. Sebab kakau kak zai pi lagi sedih.. Pulau tu tak secantik dulu... Keadaannya kotor sampai ikan pun berkurangan.. Makchaq pernah buat entri pasai ni awai tahun hari tu..tak spesifik la gamaq pun 1 sajs..

Acik Erna said...

assalam zai..tengok gambar makanan laut yang besar2 tu..geramya..mesti sedap ye zai

azi said...

Seronoknya akak cuti-cuti Malaysia. Saya yang tengok gambar pun rasa seronok. Bilalah agaknya boleh sampai kesana tu..? Yang geramnya bila tengok makanan laut tu..

Zaitun said...

Kunang-Kunang

Salam kak ani...terima kasih... memang seronok sangat.

Zaitun said...

makchak

Salam makchak...nasib baik tak pergi kalau tidak dah buang masa. Nanti kalau nak pergi snokling kena cari pulau yang lain.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...memang geram, rasa dia pun manis itu yang terorder banyak hehehe...

Zaitun said...

azi

InsyaAllah...Jika ada rezeki lebih bolehlah bawa anak2 ke sana nanti.

Makanan laut dia memang best sampai tak tahu nak pilih.

saniah said...

Wahh g kk...mmg best kann

ibuintan said...

wah kakzai... bestnye dah balik bercuti... geram jugak tengok makanan laut tu, besar2 dan segar

Nieda said...

tak sabar nak dengar citer kak zai bercuti di sabah.
mmg seronok ke sabah rasa rindu nak pergi lagi.

Zaitun said...

saniah

Sabah memang best...pemandangan yang cantik dan makanan laut yang banyak.

Zaitun said...

ibuintan

Kalau kat sana seronok tengok makanan laut, macam2 rupa dan bentuk ada, semuanya fresh dari laut.

Zaitun said...

Nieda

Tentu Nieda dah banyak kali pergi kan.

Tunggu ya...insyaAllah akan kak Zai masukkan banyak gambar lagi.

suri solehah said...

sedapnya tengok makanan laut yang segar2 tu kak zai...bila nak bercuti ka langkawi pulak ni...teringin jumpa kak zai

Zaitun said...

suri solehah

Kalau ada masa nanti insyaAllah kak Zai akan ke sana.

Tahniah dapat baby comey.