Tuesday, November 06, 2012

Hujan...Ohhh...Hujan....

Salam...

Selamat sejahtera buat rakan2 blogger yang saya kasihi khasnya yang singgah dan meninggalkan comment di blog saya, terima kasih buat semua.
Buat ibubapa yang anak2nya menghadapi peperiksaan SPM semoga calon2nya menjawab semua soalan dengan tenang dan beroleh kejayaan dengan cemerlang.

....................................................

Sekarang ini musim hujan, setiap hari hujan, pagi, petang, malam dan ada masanya hujan petang lepas tu tengah malam hujan lagi. Jemur kain baju tak pernah kering satu hari nasib baiklah penghuni rumah tak ramai kalau tidak tentu menimbun kain yang tak kering. Teringat pulak masa saya ada kedai dobi dulu kalau musim hujan ramai yang hantar kain, ada tu cuma hantar untuk keringkan saja.

Pokok2 kat luar pun tak berapa nak sihat sebab terlalu banyak air. Untungnya kalau musim hujan tak payah siram pokok, boleh jimat air hehehe...  Bila dah terlampau banyak air ada pokok yang batangnya jadi lembik lama2 mati. Kalau yang jenis berbunga pula tak berapa nak berbunga sebab tak ada matahari. Dua minggu lepas saya ada beli pokok pudina di Sungai Buloh, pokoknya subur dan daunnya pula besar2 tapi sekarang daunnya dah mula gugur dan tak berapa sihat. Cemburu saya tengok pokok2 yang ditanam lemongrass semuanya sihat2 dan menjadi, ada tu pokok buah2an, lebat aje buahnya.

Ada jugalah pokok2 bunga jenis daun nampak sihat walaupun saya tak bubuh baja, rasa rugi pulak bubuh baja sebab hujan terlalu banyak, belum sempat baja tu meresap ke dalam tanah dah dibawa air. Walau apa pun cuaca diluar sebaik2nya kita harus bersyukur, bagaimana kalau tak ada hujan berhari2 dah tentu rasa gelisah sebab terlalu panas. Jangan sesekali kita bersungut diatas apa yang Allah anugerahkan.


pokok pudina

banyak daun dah gugur

bunga orkid pun tak berapa menjadi



hanya satu pasu bunga orkid yang elok

limau kasturi

dah banyak dipetik

9 comments:

Acik Erna said...

assalam zai..memang setiap hari hujan..kalau tak pagi petang macam tu la setiap hari kan..sampai dah tak cukup penyidai.

Kakzakie said...

Kak Zai, apasal bunga orkid kak zai caaaannnnttiiikkk sangat!! kakak jeles betul. Pokok orkid kakak ni semua kakak usung masuk porch sebab hujan lebat sekarang nie. Dahlah bunga secoet je kena hujan langsung macam segan-segan dah jadinya.

lemongrass said...

Assalam Kak Zai,
Kat Perth ni pun dah beberapa hari asyik hujan lebat aje. But we all suka hujan sbb tak payah siram pokok, hehehe.
Actually banyak jugak benda2 yg we all tanam tak menjadi, cuma tak tunjuk kat blog aje, heeee :-)

saniah said...

Walau kak zai kata tak mnjadi tapi tetap cantiklaa...jelesss ni...:-D

Kamariah Awang said...

Huuuiii, cantiknya bunga2an yang zai tanam... sejuk tangan zai yer..!

azi said...

Salam akak..
kat Sp nipun, tiap2 petang hujan...bukan saja pokok bunga hidup subur...rumput kat laman rumah pun , subur jugak....nak potong tak boleh, tiap-tiap petang hujan.....


cantik bunga orkid akak tu...sejuk betul tangan akak..semuanya menjadi.

NEKCIK said...

Salam kenal Zai..oo kita sama suker berkebun lah ye..Nekcik pun seronok sangat tengok pokok pokok meriah dek mendapat rahmat hujan..kelmarin petik kedondong dapat 2 kilos..tanam dalam pasu je!!!alhamdulilah

MulutPayau said...

cantiknya bunga orkid tu kak zai...saya tanam jugak tapi tak berbunga...

sal said...

suka tengok limau tuh..
musim hujan sekarang yee..