Monday, October 29, 2012

Hubby's Big Day

Salam...

Sambutan Hari Raya Haji biasa2 aje, saya masak nasi kurma, kek dan agar2. Seharian duduk rumah, makan2 dengan anak2. malamnya mengadap tv, tak ada sesiapa yang datang. Esoknya pergi Alamanda jalan2 cuci mata. Tak beli apa pun cuma beli roti boy, roti kegemaran lepas tu makan kat food court.

Adik yang sibuk membeli belah, dia ke Parkson dengan hubby, saya dan Mimi pula ke Habib Jewel cuci mata juga. Agak lama menunggu tak muncul2, cal hubby katanya dia ada kat Carrefour tapi adik masih di Parkson. Saya tunggu mereka kat food court, agak lama baru muncul. Adik dengan bungkusan ditangan tak tahu apa yang dia beli. Hari Sabtu tak ada plastik so barangnya di isi ke dalam beg kertas.

Masa makan saya tanya apa yang dia beli, katanya rahsia, tengok macam banyak sebab begnya agak besar. Tak kan beli baju lagi sebab masa pergi Melaka Prade tempohari dah beli 2 helai baju. Sampai kat rumah begnya masih tak dibuka. Bila jam mencecah ke pukul 12 tengah malam ramai2 wish my hubby. 28th October birthday hubby yang ke 57th, semoga baba panjang umur, dimewahkan rezeki dan yang paling penting sihat sampai bila2.

Bila dah habis sesi peluk2 baru adik serahkan beg ke tangan hubby. Owhh...hadiah untuk hubby rupanya. Pakai duit sendiri...iyalah dulu masa birthday saya dia belikan blood presure machine, tentulah nak adil katanya. Nak tahu apa yang dia belikan kat baba dia... sehelai baju Jeep, tali pinggang, sebatang pen dan wallet. Senyum kambing baba dia...senyum perli agaknya sebab saya tak beli apa2 hadiah. Bukan tak nak beli cuma bertangguh sebab nak cari kat tempat lain. Apa2 pun bukan hadiah yang penting tapi kasih sayang yang tak pernah berbelah bagi sampai bila2, insyaAllah.


10 comments:

Acik Erna said...

assalam zai..selamat hari lahir buat suami zai..
pandai adik ambik hati ayah dan mak kan..

lemongrass said...

Assalam Kak Zai,
Selamat hari jadi untuk hubby kak Zai. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

saniah said...

Selamat hari lahir utk hsbnd kak zai...
Baiknya adik..ingat birthday parents dia dan tak lokek nk beli present...tu blum kerja..dah kerja esok..tiap bulan mama babah dpt present...:-)
Tumpang seronok :-D

Karukord Jagau's said...

ye betuuulll...yg penting kasih sayang yang tak pernah berbelah bagi :)

Nieda said...

banyaknya hadiah yg adik beli.

Selamat hari ulang tahun utk suami kak zai semoga panjang umur dan murah rezeki

azieazah said...

Saling memberi dan menerima. Bukan nilai yg nampak, tapi yang dirasa di hati...

Selamat Ulangtahun Kelahiran to suami Kak ZAI...

Kakzakie said...

Selamat ulangthaun kelahiran buat en hubby kak zai. Anak-anak biasa ingat kejap tarikh-tarikh macam ini kak zai. Kalau kakak tak hirau sangat. Tapi pada mereka bagai satu tanda kasih sayangnya buat ibu-bapa.

Marina Monroe @Nanie said...

Salam Zai,

Selamat Hari Lahir pada suami, moga Allah anugerah kesihatan yang sihat, umur yg panjang, rezeki yg halal dan kebahagian disisi keluarga. Aamiin

azi said...

Selamat Ualngtahun kelahiran buat suami akak...sama bulan dengan saya ye...semoga terus diberikan kesihatan yang baik, berbahagia disamping akak dan keluarga dan dirahmati Allah selalu....

Nur-nba said...

Selamat Hari Lahir buat suami akak.. Moga akak dan suami bahagia hingga ke syurga.. Betul tu kak, yang paling penting ialah kasih sayang..