Tuesday, October 16, 2012

Adam & Hawa

Salam...

Selamat sejahtera buat rakan2 blogger saya semoga semuanya sihat2 belaka. Mungkin ibu2 sibuk dengan anak2 yang menghadapi exam hujung tahun dan mungkin ada juga yang dah mula sibuk buat perancangan untuk bercuti hujung tahun. Tak kiralah bercuti dalam atau luar negara asal dapat meluaskan pandangan, betul tak? hehehe...


.................................................






Tentu ramai yang dah baca novel Adam & Hawa kan...termasuklah diri saya sendiri. Kalau saya tak silap novel ini saya baca pada tahun 2006, Mimi yang beli saya tumpang baca, memang selalu macam itu kalau saya beli dia pula tumpang baca. Saya bukan nak cerita pasal novel tapi nak cerita pasal drama yang ditayangkan di Astro Mustika. Dah banyak episod ditayangkan tapi saya tonton di laptop sahaja selepas Mimi mendownloadnya.

Saya lebih seronok menonton cerita ini berbanding membaca novelnya. Banyak drama yang saya tonton yang diadaptasi dari novel tapi cerita Adam & Hawa lebih menarik dan banyak mengeluarkan air mata. Sedih sangat masa episod dia terpaksa dan dipaksa bernikah untuk menjaga maruah. Saya rasa air mata saya mencurah2 tak tahu sama ada ceritanya terlalu sedih atau saya yang lebih feel dan boleh jadi pelakon air mata hehehe....

Pelakon utama dalam watak Adam ialah Aaron Aziz (artis pujaan ramai) dan pasangannya Nadiaa Nisaa. Lagunya pula memang syok gila nyanyian Hafiz berduet dengan Siti Nurhaliza. Kalau sesiapa nak tengok cubalah memang mengasyikkan tapi taklah leka sampai lalai semuanya. Tak salahkan kita berhibur asal jangan  lalai diri sebagai hambaNya, lalai sebagai isteri dan lalai sebagai ibu.

Episod yang paling saya suka semasa di Madinah dan di Mekah, ianya membuatkan saya rindu pada tempat suci ini. Scene yang paling menyetuh hati saya pula ialah apabila Ain dan Am terserempak ketika mengambil kasut mereka yang kebetulan bertindih di Masjidil Haram. Disini juga bermulanya pertemuan demi pertemuan antara Ain dan Am setelah 8 tahun berpisah. Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut ceritanya silalah tonton di Astro Mustika atau download sahaja.



sweet couple



.
.
.
.
.
.
.
.
.
,
,
,
,
,

adengan yang menyayat hati ketika Ain dipaksa bernikah



Semua gambar2 adalah ihsan dari google.


Selamat menonton :)


10 comments:

Nieda said...

dah baca novel ni.

Acik Erna said...

assalam zai..memang dah lama saya baca novel ni zai..dah daram juga saya tengok sedih kan..masa baca dulu lagi banyak air maat keluar he he.
ada dua lagi novel aisya sofea yang saya minat sangat..harap2 ada la yng nak buat drama..jendela hati dan kau untuk ku.

♥MAMASYAZA♥ said...

betul tu, part dia dipaksa kawin tu mmg part paling sedih, saya pun menangis gak. part kat mekah tu saya suka waktu ain tengah berdoa, lepas berdoa dia ternampak am kat depan dia, best sgt...hehehehe

saniah said...

Mmang best sgt2 lah...sy ikuti siri ni kat fb aisya sofea...senang je kak zai..cuba masuk fb aisya sofea ...blh tgk after 12 tghmlm...hemm sy ni sanggup tggu sampai tgh mlm nk tgk smbgan cerita..tp pakai earphone tk bg husbnd tahu... sbb segan nnt husbnd perli..dulu sy jgak yg tak suka cerita bersiri mcm ni..tp skrg dah addicted hahaaa

marinahunny said...

Sy x bava lg novel ni sbb x minat novel cinta tp tgk jg drama psl semua org kata best kan. Scene yg paling sy suka kan kak ms am ngorat ain kat tadika tu hehehe

Kamariah Awang said...

Alamak, Zai... ma tak sempat baca dan tak sempat juga tengok drama... Syoknya kalau ma dapat kongsi sama kan?

JunAina said...

Aina pun ada baca novel ni tapi belum pernah menonton coz rumah tak ada astro tapi nanti nak soh anak download jugaklah...

Nur-nba said...

Nur tak sempat tengok drama ni.. Nak cari novel ni..Memang dengar ramai dah addicted..

Kakzakie Purvit said...

Kakak novelnya tak ada, tonton tv memang taklah Kak Zai. Tapi kakak ada tonton via blog kawan beberapa episod... nampak memang asyik juga...

MulutPayau said...

saya tak sempat tgk drama tu...novel pun masih belum baca...teruja jugak nak baca novel tu....