Friday, May 11, 2012

Sayangilah....IBU

Salam Jumaat...

Malam tadi saya menonton rancangan Forum Perdana di TV1. Kali ini tajuknya 'Wajah Terindah' yang dikendalikan oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah dan 3 orang panel yang lain. Dari mula ianya berlangsung sampailah ke akhir rancangan air mata saya mengalir tanpa henti. Melihat tajuknya saja sudah membuatkan hati ini hiba dan sebak.

Rindu...terlalu rindu untuk menatap wajah orang yang melahirkan dan membesarkan kita didunia ini. Tapi malangnya orang tu sudah tidak ada, sudah pergi buat selama2nya. Menurut penceramah selain memandang kitab suci Al Quran, memandang laut dan memandang wajah ibu kita saja sudah mendapat pahala yang besar. Alangkah bertuahnya orang2 yang masih lagi mempunyai wajah terindah dimuka bumi ini.

Saya juga amat tersentuh dengan kata2 Dr Ridhuan... ketika maknya meninggal dia hanya dapat melihat maknya dari jauh tanpa boleh berbuat apa2 dan katanya lagi betapa beruntung dan bertuahnya kalau kita dapat seagama dengan orang yang kita sayangi. Sebagai anak sekurang2nya kita dapat membacakan Al-Fatihah untuk orang yang kita sayang ketika dia sudah tiada.

 Pagi tadi saya menonton pula rancangan Selamat Pagi Malaysia, sekali lagi air mata saya tumpah apabila melihat ibu2 yang dihantar ke rumah orang2 tua. Mengapalah anak2 sanggup menghantar mak yang membawa mereka ke dunia ini ke tempah sebegini rupa. Tempat tinggal yang kurang selesa (bagi saya) sebab terlalu ramai, katil disusun rapat diantara satu sama lain, makan pula menggunakan pinggan plastik. Sesusah2 orang dulu masih mampu menyediakan pinggan kaca untuk digunakan ketika hendak makan.

Kebanyakkan orang sekarang sudah mempunyai rumah sendiri, ada bilik persendirian dan ada juga yang mempunyai bilik yang luas dan dilengkapi dengan segala kemudahan didalam bilik itu sendiri. Tak payah nak keluar atau berjalan jauh untuk ke tandas sebab didalam bilik itu sendiri sudah ada tandas yang canggih. Tapi bagaimana tandas2 yang digunakan penghuni di rumah orang2 tua itu. Sudah semestinya agak jauh dari katil mereka dan berkongsi dengan ramai orang. Tidakkah masaalah jika ibu itu kakinya tidak sekuat dulu untuk berjalan.

Saya serulah pada mereka2 yang masih mempunyai ibu...sayangilah ibu kalian sementara masih ada. Nanti kalau dia sudah pergi tidak ada penyesalan di lubuk hati yang tak akan dapat dilupakan. Kasihnya ibu membawa ke syurga. Sempena hari ibu ini raikanlah mereka, bawa makan ditempat2 yang dia suka atau belikanlah dia hadiah untuk dikenang. Sempena hari ibu ini juga saya ingin mengucapkan pada semua mereka2 yang bergelar ibu...

SELAMAT HARI IBU................

ihsan dari google


11 comments:

kasihibu said...

segalanya galanya tentang ibu,mak, ummi dan seangkatan dengan tarafnya

memang menusuk ke dalam kalbu
selamat hari ibu juga buat kak zai.

Zaitun said...

kasihibu

Terkenang pada yang tiada.

Al- Fatihah buat yang dah pergi menemui PenciptaNya.

Nama kasih ibu pun dah sejuk hati mendengarnya.

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Zai..

Mak kakya dah lama takde..

Selamat Hari Ibu pada Zai Dan semua wanita yang di panggil ibu. :)

saniah said...

Ya Allah...rasa nak lari ke rmh adik skrg juga dan peluk mak saya...:) sayu baca entry ni
Tp esok mak dan adik2 akan brkumpul di rmh saya sini dan raikan mak..saya nk masak laksa utk mak....:)
Selamat hari ibu utk kak zai...:)

Unknown said...

selamat hari ibu kak Zai...rindu pada ibu yg jauh memang tak pernah luput diingatan saya setiap hari..memang sedih tgk kalau org yg dekat dgn ibu tak tahu nk hargai.

Acik Erna said...

assalam zai..selamat hari ibu pada kita semua yang bergelar ibu

Anonymous said...

Salam Zai,

Memang beruntung mereka yg masih mempunyai ayah dan ibu. Pandang wajah mereka saja pun Allah dah berikan pahala. Apa lagi kalau kita melayan mereka dgn baik dan penuh kasih sayang seperti kasih sayang ibubapa kpd kita.

Semoga semua ibu2 sentiasa gembira dan diberikan Allah kesihatan yg baik.

MulutPayau said...

sayu jer baca ntry ni....

Selamat hari ibu utk semua yg bergelar ibu...tanpa mereka, siapalah kita.....

sal said...

Menghargai ibu yg melahirkan kita..KLULAH Masa boleh diputar, rasa nak melayani ibu nak habiskan masa berkualiti bersamanya..

malangnya ianya tak akan berulang..

Hanya alfatihah dan yasin yg jadi peneman setia untuk Hadiah untuknya Moga Allah terima doa kita KHAS utk ibu ayah..

Pn Kartini said...

Salam Kak Zai:)
MOga akak sihat2 di sana dan diberkatiNya selalu..:)

Sayu baca n3 akak..
teringat pada makbonda ..

Selamat hari Ibu..

Kamariah Awang said...

Sentiasa ingat pesan ibu... SELAMAT HARI IBU, Zai...