Wednesday, November 16, 2011

Hajjah Dan Tuah

Salam...

Selepas solat subuh saya, hubby dan adik sudah menyusuri jalan raya untuk ke KLIA, tujuannya untuk menjemput sepupu yang rapat dengan saya balik dari mengerjakan haji. Malam tadi dapat mesaj dari anaknya mengatakan flight ibunya akan tiba pukul 7 pagi tapi sampai kat airport tengok kat screen flightnya delay.

Punyalah ramai orang, yang kesian tu budak2 kecil pun ramai duduk kat lantai mungkin masih mengantuk agaknya dan datang dengan baju tidur pun ada. Biasalah kalau orang balik haji sanak saudara ramai yang datang menjemput walhal yang balik tu kadang2 cuma 2 orang aje.

Nak cerita sedikit tentang sepupu saya ni, saya anggap dia wanita yang cekal menempuhi hidup yang bermacam warna. Sejak berumur 7 tahun maknya telah meninggal dunia semasa melahirkan adik yang ke2, Inai masih merah dijari satu2nya adik lelaki meninggal dunia pula dan selepas itu anaknya yang berumur 20 tahun pergi pula untuk selama2nya.

Dari kecil tanggung jawab punyalah besar menjaga adik2 sementara ayah pergi bekerja. Ayahnya membujang sampai ke akhir hayat, tak nak kahwin lagi mungkin sebab terlalu kecewa dengan kematian isteri. Kadang2 adik yang masih bayi dijaga saudara mara yang berdekatan, tapi hanya sementara saja. Berhenti sekolah setelah tamat darjah 6 dan semenjak itu tanggung jawab sepenuhnya dipikul sendirian.

Waktu malam setelah adik dijaga ayah masa tulah dia belajar sendiri kerana tak mahu cicir dalam pelajaran. Baca buku Inggeris yang mudah dibaca dan difahami dan tak kurang juga buku ilmuan yang kadang2 dipinjam dari sepupu atau dari kawan2 sekampung.

Setelah berumur 19 tahun berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga dan mendapat 4 orang cahaya mata. Rezekinya begitu murah, sekarang duduk dirumah besar dan dia juga punya beberapa buah rumah yang lain. Pandai bawa kereta sendirian kemana saja dan agak terkejut kalau saya katakan dia pandai berbahasa Inggeris.


Siapa sangka orang yang tak tinggi sekolahnya tapi boleh setanding dengan orang2 yang berpelajaran dan inilah yang dikatakan ...Tuah ayam nampak dikaki...tuah manusia tiada siapa yang tahu.


Tuesday, November 15, 2011

Ogawa

Salam....

Sebelum ni saya menggunakan urut kaki jenama Gintel, kalau saya tak silap dah 6 tahun saya gunakan. Masa beli dulu ada satu set urut kaki berserta dengan pengurut macam bentuk dolfin, urut pinggang dan ada beberapa yang lain (dah tak ingat). Boleh katakan (yang urut kaki )setiap hari saya gunakan, mungkin dah terlalu lama akhirnya ia rosak.

Selepas balik dari Bandung kaki saya bermasaalah semula, sakit macam ada duri bila dipijakkan, mungkin sebab semasa disana terlalu banyak berjalan. Pergi urut kat reflexology (dulu selalu buat ) terasa lega sedikit. Memang terasa selesa dan kurang sakit tapi kalau buat berkali2 tentu banyak menggunakan duit.

Saya ke shopping complex meninjau kalau2 ada barang promotion yang sesuai untuk digunakan. Mula ke Gintel, macam2 dicuba, dengar penerangan.  Lepas tu saya ke Ogawa, sama juga cuba yang berbagai. Kalau ikutkan hati teringin nak dapatkan satu kerusi yang lengkap segalanya tapi bila fikirkan harganya yang mencecah $$$$$$$$$ banyak sangat, padamkan niat.

Akhinya saya memilih yang 2 ini, brand Ogawa cukuplah buat sementara....manalah tahu kalau ada rezeki nanti ada orang yang nak sponsor kerusi gedebak tu huhuhu......


 Kedua2 gambar adalah ihsan dari mr google.

Saturday, November 12, 2011

Hampa... Tapi Ada Rezeki Lain

Salam....

Kalau bukan rezeki  barang yang dah ke tangan pun boleh terlepas. Semua beg dah diselongkar, semua barang yang di bawa balik dah di punggah tapi hampa. Dah sah2 tinggal kat hotel sebab kelalalian. Baju adik yang di beli di Rumah Mode besar kemungkinan tinggal dihotel. Dapat pakai sekali sahaja masa pergi ke Safari lepas tu tak tahu mana diletakkan. Saya ada hantar baju2 yang dah dipakai untuk di dobi tapi sebelum adik pakai baju tu.

Sayangnya baju tu brand Zara yang sebelum ni adik belum punya, agak mahal kalau kat M'sia. Mimi kata dia dah cek wardrobe dan bathroom sebelum chec out tapi tak ada barang yang tertinggal. kemungkinan baju tu diletak atas katil  dan bergulung dengan selimut.

Kebiasaannya kalau tinggal dihotel bila nak chek out sayalah orang yang paling sibuk menyelongkar segala tempat takut ada barang yang tertinggal tapi pada hari tu saya agak kelam kabut sebab dah agak lewat nak ke airport,  ini gara2 masih lagi shopping last minit. Kebetulan pula masa pergi shopping kat kedai tu jumpa baju2 yang pekenan dihati sampaikan seluar pun tak sempat nak potong kakinya.

Dah bukan rezeki,  nasib baik ada yang lain sebagai pengganti, hubby cakap banyak sangat sebab tu sampai ada baju yang tak masuk dalam beg. Rasanya tak salah kan kalau beli lebih sikit sebab harganya amat murah.

Yang ini pula rezeki saya dan hubby, tuan rumah hubby kirimkan kain batik dan kain pelekat. Saya suka sangat sebab coraknya cantik. Sebagai balasan saya kirimkan pula sehelai kain pelekat dan sehelai telekong yang saya beli di Bandung. Terima kasih buat encik Daud dan puan Fatimah sebab hadiahkan saya kain yang cantik.

bahagian hadapan


bahagian belakang

Friday, November 11, 2011

Istimewakah ?

Salam...

Tarikh hari ini 11.11.11....Tak ada apa yang special cuma tarikh biasa saja tapi mungkin tak ada lagi dimasa akan datang.

Tarikh ini jatuh pada hari Jumaat....bermakna solat zohor cuma 2 rakaat bersama khutbah (solat Jumaat)....wajib bagi orang laki2.

Bila azan mula berkumandang (ditempat saya) ... saya terpandang di screen lappy saya waktunya tepat...1.11 petang...

Unik Tak......?  Wallahualam....

Thursday, November 10, 2011

Singgang Dari Ganu

Salam....

Tulang daging lembu yang hubby bawa dari surau saya buat masak singgang. Dah banyak kali buat singgang tapi yang ini rasanya lain sikit dari yang biasa saya makan. Recepi ni datangnya dari tuan rumah hubby di Terengganu. Hubby suka masakan ni bila dijamu oleh tuan rumahnya. Disebabkan dah mesra hubby berani minta recepinya untuk kegunaan saya bila nak masak singgang.



sememehlah pulak
Terima kasih buat encik Daud dan isterinya Fatimah  kerana sudi memberikan  recepi singgang ni pada saya  dan disini saya kongsikan bersama rakan2 semua.


Singgang Tulang

Bahan2nya...

1.  1 kilo tulang
2.  10 biji  bawang merah
3.  1/2 labu  bawang putih
4.  2 sudu  teh ketumbar (tumbuk)
5.  1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
6.  1 inci  lengkuas (tumbuk)
7.  3 keping  asam
8.  1/2 inci  kunyit hidup (hiris halus)
9.  sedikit gula melaka
10.  garam
11.  cili kering atau cili padi (potong)

Caranya...Rebus tulang kemudian masukkan semua bahan. Masak hingga tulang lembut. Boleh dimakan begitu saja atau dengan nasi panas.

Tuesday, November 08, 2011

Cerita Raya

Salam....

Dah 3 hari berlalu Hari Raya Korban ini bermakna tak lama lagi ramailah jemaah haji kita yang akan pulang ke tanah air, mudah2an mereka mendapat haji mabrur, amin.

Hari raya tempohari saya tak pergi mana2 pun, kumpul dengan anak2 menu pagi kami makan pancake (permintaan anak2) dengan sambal sardin. Saya tak bubuh gula dalam pancake sebab tu boleh dimakan dengan sambal. Menu tengahari saya masak nasi tomato, ayam masak merah dan kari dalca. Buat sebiji kek dan rebus kacang kuda untuk buat kudap2an.

Kali ini raya kami agak berbeza  tak ada lemang, nasi impit atau rendang. Saja nak tukar selera buat yang simple saja. Hubby sibuk di surau sebab kami ada buat korban, lepas zohor dia bawa balik daging fresh dan daging masak kurma yang dimasak ajk surau. Hari kedua saya masak daging blackpepper atas permintaan Mimi sebab petangnya dia nak bawa balik ke Melaka.

Hari ni rumah dah sunyi macam biasa, siadik pula keluar dengan kawan2 sekolahnya pergi menengok wayang. Tinggallah saya sorang2 guling2 dengan bantal hehehe....

Nak tunjuk kek yang saya buat tempohari ambik dari recepi cikmanggis tapi saya tukar ke buah orange sebab sebelum ni saya guna lemon, rasanya masam. Terima kasih pada cm, saya c/p dan jangan marah saya derhaka tukar recepi.

orange butter cake
 rasanya memang sedap
 kacang kuda
pancake without sugar 


Tuesday, November 01, 2011

Bandung Part 3

Salam....terlebih dahulu saya minta maaf sebab tak dapat membalas comment2, masa mengejar saya insyaAllah bila waktunya dah tak ribut akan saya balas. walau macamana pun semua comment saya baca dan terima kasih buat semua.

Sambungan cerita percutian saya....kali ni nak cerita tempat yang sangat saya suka, tempatnya kawasan  tinggi udaranya bersih, ada hutan2 teringatlah pula suasana dikampong. Saya ke Bogor ( dah dekat Jakarta )  untuk ke Taman Safari, perjalanan memakan masa dekat 3 jam. Tak ada highway untuk kesana, jalan sempit dan agak sibuk. Banyak pekan dan kampong di sepanjang jalan, itu yang membuatkan perjalanan agak lambat, rasanya kalau highway lebih cepat sampai.

Tiket nak masuk kesini sebanyak rp85,000 seorang, kawasannya luas tak boleh keluar dari kereta tapi dihujung taman ini ada disediakan sebuah lagi taman binatang, disini kita boleh keluar dari kereta dan bergambar dengan binatang2 yang disediakan tapi kena bayar tau. Sebelum sampai ke taman ni kat tepi jalan ada ramai orang menjual pisang dan karot untuk diberi makan pada binatang kat dalam nanti. Kalau nak murah suruh aje pemandu yang beli. Sebelum masuk juga kalau rasa nak buang singgahlah ke tandasnya simple aje tapi cantik dan bersih.Waktu petang masa saya nak balik pun masih bersih.

ada pintu gerbang setiap tempat binatang
Setiap kumpulan binatang diasingkan dengan pintu2 yang unik.

Ada jalan sengaja dibuat ada air supaya binatang tak melintas.

akar pokok yang masih hidup
tempat monyet
unik
Banyak landskaps disini  menggunakan bahan buangan.

kawasan ni sejuk, ada rainbow
train
baca kat signboard tu
kawasan gajah
jadual pertunjukkan
kawasan ini boleh keluar dari kereta, didalamnya ada banyak lagi binatang2 dan burung2.Landskapnya cukup cantik.
 kedai sourvenir
tempat makan halal
dalam hutan
dalam restoren ada pokok 

Kami makan kat restoren ni ada bertingkat, makan sebelah atas sebab nak tengok pertunjukan gajah. Belalainya boleh capai restoren yang tak berdinding. Saya cuma boleh makan garlik bread sebab bila angin bertiup bau najis gajah membuatkan saya tak berselera.


taman mini
station penghabisan
pelakon tambahan hehehe....
kambing gurun

Di kawasan ni binatang akan datang ke kereta dan kita kena bagi makan kalau tak nanti tak boleh lalu. Jangan buka tingkap luas2 sebab kepala kereka akan masuk ramai2.

 
kawasan ni tak boleh buka tingkap, ramai penjaga ada dalam kereta safari memerhati dari jauh.

tengok yang melekap tu, bulu sampai tak nampak muka
Boleh bergambar dengan harimau ni tapi kena beli tiket.


binatang kat sini sihat dan gemok2 mungkin sebab banyak makanan.
cantik dan bersih kulitnya

bayar tol... baru boleh lalu




Ada banyak lagi binatang2 lain (dah tak larat banyak sangat gambar) hehehe.....yang tak ada kat taman ni cuma reptiles. Apa pun saya cukup berpuas hati datang ke Taman Safari ini, insyaAllah kalau ada rezeki dan masa saya akan pergi ke tempat ni lagi, tenang dan yaman rasanya.