Wednesday, February 08, 2017

Over Spending.

Assalamualaikum...

Semoga semua rakan2 blogger berada dalam keadaan baik2. Agak lama tidak mengupdate blog sibuk dengan macam2 hal termasuk berulang alik ke hospital followup dan buat physio.

Tengah tengok2 instagram ternampaklah sibongsu saya punya insta. Rasa nak marah tapi bila fikirkan balik apa yang saya nak semua dia tunaikan. Setiap kali peperiksaan tidak pernah menghampakan. Result selalu excellent. Hati tetap berkata2 kenapalah nak membazir dizaman kegawatan ini. Haisss...lantaklah seberapa banyak dia nak beli makeup asalkan dia tidak berhutang. Semua perbelanjaan baba dia yang beri termasuk pemberian kakak dan abang dia.

Kalau nak ikutkan seorang pelajar tak sepatutnya berbelanja sebegitu mewah lainlah klau ayah Tan Sri ke Dato Sri. Orang yang bekerja pun belum tentu mampu membeli sebegitu banyak alat2 makeup. Katanya minat tapi biarlah berkhemah. Ini tidak bila terasa nak terus aje beli atau order. Entahlah nak marah2 sangat pun susah sudah terlalu dimanjakan.

 Barang yg sampai hari ini masih dlm envelope.

Ini hanya sebahagian tak muat nak dimasukkan dlm beg tu.




8 comments:

Acik Erna said...

Minat dia kan zai.

saniah ibrahim said...

Wah banyaknya...memang dia minat lah tu kak zai.

Kakzakie Purvit said...

Kalau dah kata anak dara KakZai
Apa lagi dah ada bantuan sana-sini memanglah mampu:)

Nieda ramly said...

rezeki adik bungsu

Sweetie said...

Orang kalau dah minat memang payah kita nak 'kalahkan' kak Zai.

Normala Saad said...

Semoga sihat Zai. Ragam anak dara mcm tu la...

hainom OKje said...

Untunglah jadi anak bongsu ye KZ, ada kakak ada abang boleh sponsor.
Ohhh... dia minat mekap ye KZ. Brand pulak bukan calang calang ye KZ. Senanglah KZ nak tumpang hihi...

Nour Adieb said...

wow, banyaknya