Monday, February 13, 2017

Kerenah sibongsu

Assalamualaikum...

Melihat aksi2nya yg nakal tapi menghiburkan hilang rasa marah. Terasa rindu pulak. Mulalah bergayut kat talipon. Sempat juga bagi tazkirah kena ingatkan walaupun dia tahu dan ingat. Exam around the corner dik jgn main2 lagi. Simple aje jawabnya no worries mom in syaa Allah i give you many stars. Entahlah Anak2 zaman sekarang tak macam saya dulu2 takut sangat nak cakap main2 dengan mak.

Inilah sibongsu saya walau kita marah macamana pun dia tak pernah rasa sedih ke merajuk ke atau apa2 saja. Malah dia akan meminta2 lagi adalah.  Dia memang anak kesayangan my hubby tak pernah ditegur jauh sekali dimarah walau apa pun kesalahan yang dilakukan. Hubby kata adik dah besar dia tahu apa yang baik untuk dia. Sangat bertentangan dengan saya sebab saya tak suka hubby terlalu memanjakan dia. Walau dia anak bongsu tapi tak semestinya dia terlalu dimanjakan takut nanti dia tidak boleh berdikari. Mudah2an adik akan menjadi anak solehah berjaya didunia dan diakhirat.





Gambar semasa di Cotton Castle Pamukkale,  Turkey.



9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Anak manja adik ni..
Biar manja dgn abah sendiri tak apa kita tengok pun senang hati KakZai.

Norhayati Mohd Isa said...

Banyak keletahnya ye Kakzai..
Macam anak dara sulong saya..
Saya yg selalu geram hihihi...
Salji ke tu kakzai..

Acik Erna said...

Anak bongsu zai..anak bongsu acik sedang bercuti panjang menunggu tawaran untuk sambung degree selepas tamat diploma..tak sedar masa berlalu kan zai..rasa kecik je lagi

saniah ibrahim said...

Comel aje adek tu bergambar bagai gaya ..
Biasalah anak bongsu kak zai...manja dah tentunya.

paridah said...

ANAK BONGSU ZAI YG KELETAH N MANJA MENGHIBUR HATI

Sweetie said...

Selalunya si bongsu memang manja dan 'mengada-ngada' sikit kak Zai... sebab dia tahu perhatian selalu diberikan pada dia.

Normala Saad said...

Anak bongsu memanglah...mcm2 ragam...

NEKCIK said...

Saya jugak anak bongsu..so sila jangan jelez..arwah bapak akan kata ..inilah penawar..inilah racun..he..he
Tapi alhamdulilah xdelah nak bagi racun..he. He

tiga lalat said...

wahh anak abah lettew.w,., hehe2