Tuesday, June 03, 2014

Multi Purpose Non Stick Cooker...new series

Salam...

Semalam saya ada tulis tentang multi purpose non stick cooker yang saya beli di Rantau Panjang, Kelantan. Pan ini adalah keluaran terbaharu, agak besar manakala yang sebelumnya agak nipis sedikit hanya untuk memanggang tapi yang ini boleh mengukus. Harga dia saya dapat RM225.00.
Saya minta maaf sebab ambik gambar kotak aje belum sempat nak mengeluarkan dari kotak lagi.
Inilah rupa pan yang saya ceritakan semalam. Harap Acik Erna dan Bunda puas hati ya.





Sebelum ini saya teringin nak membeli actifry, nampak mudah untuk digunakan. Saya mencari brand Tefal, agak lama juga saya mencari yang banyak brand Philips. Masa saya pergi ke One Utama Shopping Komplek nampak promoter buat promosi. Harganya RM999.00. Saya minat sangat sebab  warna hitam, warna yang saya cari. 

Kata hubby nak tengok harga kat Australia dulu sebab dua hari lagi saya sudah nak terbang. Memang betul harganya empat ratus lebih sikit saja jauh lebih murah berbanding disini. Cuma ada perbezaan sedikit kat sini ada bakul disediakan untuk mengukus tapi di Australia tidak ada.

Sayangnya masa itu yang ada cuma warna putih, kalau nak warna hitam kena tunggu seminggu lagi. Memang tak ada rezeki sebab ke esokkan harinya saya sudah nak balik ke Malaysia.

Gambar actifry ambik dari google.

Actifry

Function lebih kurang cuma yang diatas guna stove dan yang dibawah guna letrik.


4 comments:

Acik Erna said...

Terima kasih zai..varu acik tau rupnya macam mana..pernah nampak tapi tak tau nama

IndaMarya said...

Zai, lpas ni di dapur saja la nmpaknya.acara memasak msti best punya..

Kakzakie Purvit said...

Kalau dapat yg bawah tu bestlah Kak Zai. Kita ni org perempuan memang suka barangan dapur macam ini walau kadang gunanya bukan selalu pun kan..

ummiross said...

Waa alat masak-memasak ni memang best, bersemangat nak memasak nati ni Kakzai.