Wednesday, November 27, 2013

Lega..................

Salam...

Lega, puas hati dan yang paling penting bersyukur sangat2 kepada Allah swt kerana memberikan kesihatan yang baik buat anak bongsu saya sepanjang menghadapi peperiksaan SPM. Hari ini adalah hari dan kertas terakhir buatnya, subjek Biology. Paper 3 akan berakhir pukul 3.30 petang nanti. Semoga segalanya dipermudahkan dan semoga adik dapat menjawab semua soalan dengan baik, In Shaa Allah. Amin.

Sebagai ibu saya amat bersyukur dengan usaha yang adik telah lakukan. Berjaga sampai lewat malam, bangun dinihari, mengejar cikgu untuk mendapatkan sumber diluar waktu pelajaran dan juga sanggup belajar ke masjid untuk mencari ketenangan. Mengapa ke masjid? sedangkan dirumah juga tenang tidak ada sesiapa melainkan saya dan my hubby. Kata adik disana jiwanya lebih tenang untuk menghafal dan kalau sampai waktu boleh solat berjemaah dan berdoa dengan kusyuk. Syukur pada Mu ya Allah kerana memberikan anak yang tahu mengatur masa pembelajarannya.

Selain dari usaha adik kami sekeluarga juga membantu dengan solat hajat dan doa2. Semoga apa yang telah dilakukan sebelum ini diberkati Allah swt dan jika selepas ini apa saja keputusan yang adik dapat kami semua redho.



siti syalini ashley

Dari anak pertama sampailah anak yang bongsu saya lebih suka menyediakan bekal untuk anak2 untuk dibawa ke sekolah. Wang saku juga disediakan kalau anak2 teringin membeli makanan yang dijual dikantin. Saya lebih suka makanan yang dimakan anak diwaktu pagi makanan yang saya masak sendiri, air tangan saya sendiri. Kalau dulu masa abang dan kakak sekolah saya sanggup bangun awal untuk menyediakan makanan berat seperti nasi lemak dan sebagainya tapi tidak dengan adik. Dia lebih suka dibekalkan dengan roti tapi dipelbagaikan konon macam makanan yang terdapat di Subway. 

Mulai tahun hadapan saya tidak lagi menjadi supir, tidak lagi menyediakan bekal untuk adik ke sekolah dan tidak ada lagi sibuk2 untuk membeli dan menyediakan pakaian dan peralatan sekolah. Semuanya sudah tamat dan kalau diberikan rezeki dan dengan izinNya adik akan ke tahap pembelajaran ke fasa baru...iaitu sebagai mahasiswi (berangan), In Shaa Allah.


Kepada sesiapa saja yang anaknya masih lagi dalam peperiksaan didoakan semoga dipermudahkan dan juga mendapat kejayaan yang cemerlang. Amin.



12 comments:

Acik Erna said...

amiiin..alhamdulillah adik dan mamanya dah lega..saya ada lagi 3 hari baru nak lega zai.
anak2 sekarang memmang tak perlu disuruh..kemahuan sendiri dan berusaha sendiri kan zai..saya mula2 tengok usaha anak masa dia balik bercuti terharu sungguh..sedih..sanggup tidur lambat..bangun awal untuk solat hajat sebelum memulakan ulangkaji..sedih sangat rasanya melihat kesungguhan anak untuk berjaya.sebagai ibubapa..kita lakukan juga usaha kita dan doa kita untuk anak2 kan zai.apa pun keputusan nya kita terima dengan redha..sebab anak2 dah melakukan yang terbaik

Irfa said...

comelnya anak sis
moga berjaya dapat result yg cemerlang..

Kakzakie said...

Apalah yg lebih membahagiakan selain melihat kejayaan anak-anak Kak Zai.. itulah harapan kita kan Kak Zai..

Sue @ Nenie said...

Salam..alhamdulillah...aminnnnn

Nieda said...

bijak anak kak zai mengatur masa.semoga adik berjaya.

JunAina said...

Alhamdulillah... moga kejayaan akan sentiasa bersama dia. Anak2 zaman sekrang lebih terbuka minda mereka.

IndaMarya said...

muka budak baik.insyaAllah berjaya

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear Kak Zai..:)

Alhamdulillah..anak akak mmg anak yang solehah ..berusaha gigihnya dia..
InsyaAllah..berjaya nanti!:)

» NAJA « said...

semoga anak puan berjaya dunia akhirat..insyaAllah...

Cikda said...

salam kak zai.. maniiiisssnya wajah adikk.. yelah cikda pun dapat rasa kelegaan yg dirasai.
Mudah2an adik dapat keputusan yang cemerlang. Amin

Selamt bercuti adikk..dan mamanya lah kan...

MulutPayau said...

Semoga kejayaan mengiringi setiap langkah adik...

ummiross said...

Alhamdulillah...memang lega kan Kakzai, moga Allah menganugerahkannya dengan kejayaan cemerlang.