Wednesday, December 04, 2013

Minat Buku atau Penulisnya.

Salam...

Apa khabar rakan2 semua? Harap2 semuanya sihat. Cuti sekolah sudah bermula tentu ramai dikalangan rakan2 yang pergi bercuti. Kalau pergi ke Pantai Timur agak membimbangkan sebab sekarang banyak kawasan telah dilanda banjir. Harap2 sesiapa yang tinggal disana atau yang bercuti lebih berhati2.

.................................


Masa berkemas bilik Mimi terjumpa sebuah buku kepunyaannya yang agak lama sudah dibeli tapi belum sempat dibaca. Penulisnya siapa lagi kalau bukan Faisal Tehrani. Mimi terlalu minat dan banyak buku2 beliau yang diperolehinya. Kebetulan saya sudah kehabisan buku untuk dibaca, apa lagi baca sajalah tanpa minta izin dari tuannya.




Walaupun dirumah ada banyak buku hasil tulisan Faisal Tehrani tapi saya jarang membacanya sebab bagi saya bahasa yang digunakan agak unik. Hanya ada sebuah buku beliau yang ceritanya memang saya ingat sampai sekarang. Buku yang saya maksudkan 'Tunggu Teduh Dulu''. Kalau sesiapa yang punya kekasih atau berkahwin dengan lelaki yang lebih muda akan tersenyum sebab panggilan yang diberikan buat lelaki itu adalah betik muda. Sesiapa yang berminat eloklah mencari, recomended.
 




6 comments:

Acik Erna said...

saya tengok pemnulis dulu..baru isi kandungan zai..

IndaMarya said...

sejak2 berumur banyak ni saya lebih suka autobiography.masa muda2 dulu memang kaki baca novel romance by Denise Robins.

ummiross said...

seronok juga isi masa dengan membaca ni kan Kakzai...

Nieda ramly said...

seronok membacan diwaktu senggang....kalau baca novel , blog pun jarang2 buka hingga buku selesai dibaca.

sal said...

klu ceritanya menarik..maka cepatlah habis buku cerita yg dibaca...bangun tengah2 malam..subuh2 semata2 nak sudahkn n excited membaca..itulah zaman msa muda2 saya, hehe...

MulutPayau said...

kadang2 beli buku tapi tak terbaca pun gara2 minat ngan penulisnya..hihi..