Friday, November 23, 2012

Desa Dairy Farm

Salam...

Sambungan...

Satu lagi tempat menarik yang wajib dilawati iaitu Desa Dairy Farm, Ianya terletak tidak jauh dari Kundasang. Pemandangan disini  sangat luas dan cantik dan disini terdapat banyak lembu diternak untuk pembuatan susu. Kalau dilihat dari kaca mata ianya seolah2 berada di New Zealand, tersangatlah cantik. Tiket untuk masuk ke sini cuma rm3 sahaja dan boleh berlama2 dan juga boleh membeli susu yang telah diprocess.

Disini juga kalau sesiapa ingin menyusukan lembu dikenakan rm1.50 dan kalau nak beri makan rumput pula cuma rm1.00 sahaja. Susu fresh juga dijual disini dengan harga mengikut kadar berat. Saya hanya membeli susu yang kotaknya bersaiz kecil untuk diminum sebab kalau beli kotak besar takut tak habis dan basi.


 Desa Dairy Farm

padang dipenuhi dengan lembu






sedapnya dia minum

sebuah bilik untuk memproses susu

good...

bunga dihadapan sebuah rumah


Banyak bunga2 yang berkembangan disekitarnya tapi saya cuma ambik gambar yang ini saja sebab terlalu cantik dan unik.

Bersambung....

14 comments:

Irfa said...

gambarnya cantik..mcm kat oversea
hehe

azi said...

salam kak zai..
semua gambar saya suka, tapi paling suka gambar nombor 2 tu....pasangan bahagiaaaa...:)

p/s cantiknya pemandangan dia..macam kat luar negeri aja..

Zaitun said...

Irfa

Terasa macam kat New Zealand sebab padang dengan ternakan.

Zaitun said...

azi

Salam azi...Sangat cantik tapi kak Zai tak punya camera yang canggih.Gambar tu orangnya dah veteren (orang lama) hehehe...

Acik Erna said...

assalam zai..memang cantik2 gambar yang kongsikan disni..suka tengok

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...tempat tu macam kat luar negara kan...

saniah said...

Cantik nya...ishh mmg rasa nk pegi lg lah... :-)
Romantik betul lah pasangan ni....heheee

:: CIKVIVA :: said...

salam..

wah!! mcam kat NZ je..mesti sejuk sejuk berangin kan..

Kakzakie Purvit said...

Luas betul padang dia Kak Zai. Anak dara Kak Zai berani pulak nak susukan lembu hihi...

Kak Zai macam kakak bila nampak bunga cepat aje kamera nak snap.

Zaitun said...

saniah

Mungkin sekarang ada perbezaan sedikit dari saniah pergi ke Sabah dulu.Kak Zai suka pemandangan dia...cantik dan nyaman.

Zaitun said...

Cik Viva

Salam...terima kasih sudi singgah.

Cuaca disana memang sejuk tambah pulak masa tu hari hujan bertambah sejuk lagi.

Zaitun said...

Kakzakie

Ladangnya memang luas,banyak lembu.Yang cantiknya semua lembu berwarna hitam putih.

Kalau tengok bunga tak ubah seperti musim bunga kat luar negara mungkin sebab cuaca disana agaknya.

azieazah said...

Comelnya lembu lembu tu Kak Zai. Rasa nak susukan juga la.

Rupanya ada ladang lembu yang luas lagi cantik di sana ya.

khadijah nas said...

Masa pergi baru baru ni tepat pukul 3 so lembu lembu semua dalam kandang, buka je pintu terus dia beratur sendiri utk proses memerah susu. Bila nak tangkap gambar berlatarkan ladang rumput dipenuhi lembu memang tak dapat la... Ladang tanpa lembu la jawapnya...