Seperti biasa my hubby takkan nak parking kat Sogo kononya susah nak masuk dan keluar makanya tempat biasalah iaitu parking yang terletak dibelakang panggung Collesium. Dah parking kat situ kenalah menapak agak jauh juga tapi ada untungnya saya akan melalui kedai2 yang berderet di sepanjang jalan dan kedai yang wajib saya singgah ialah kedai buku Pustaka Mukmin. Dah lama saya nak mendapatkan buku tulisan Roza ni tapi selalu kehabisan.
Saya beli 3 buah sebab siadik nak bagi 2 orang cikgu kesayangannya terpaksalah keluar duit lebih sikit sebab nak jaga hati anak, lagi pun dia nak bagi kat cikgu yang banyak mencurahkan ilmu apa salahnya bukannya mahal sangat. Lepas tu jalan lagi ternampak pula Gullatis rasa nak singgah tapi siadik melarang, selamat duit dalam handbeg.
Sampai kat Sogo punyalah ramai orang mana taknya tengah sale. Maka orang yang tak sedar diri ni pun berbelanjalah dia dengan gembiranya dan yang bestnya si tukang bayar sentiasa ada kat kaunter. Kalau nak beli barang kat Sogo ni kena tengah sale kalau tak harganya mahal sebab kebanyakkan barangan dia branded. Dah penat mencari dan membeli kami pun pergi ke food court untuk minum2 lepastu solat asar.
Habis solat kami ke Campbell pula sebab siadik nak mencari kamera yang murah2, dia nak gunakan duit hari raya yang dah lama disimpan. Cari punya cari jumpalah yang pekenan dihati. Dah masing2 dapat habuan kami pun balik tapi sebelum sampai kami ke Pj dulu untuk menjamu selera, dah kenyang terus balik rumah. Sebelum tidur sempat lagi menonton tv tapi tak lama sebab masing2 kepenatan.Zzzzzzzz
sedang kusyuk mendengar taklimat
20 comments:
lumayan betul la hasil rondaan kak zai semalam...
tengah aim sebuah kamera juga ni, kamera lama dah kurang power...
salam zai..pernah juga ke sogo masa sale..aduhai..tak sanggup masa beratur nak bayar..ramai sangat orang..
Memang berbaloi nampaknya.
Saya sendiri dah lama jugak tak pegi Sogo dan sekitarnya. Memang kalu parking kat Colesium, tu jalan slow2 tengok itu ini, tahu-tahu sampai Chowkit. hehehehehe
ibuintan
Kalau nak beli kak Zai rasa elok masa ni sebab banyak promosi.
kak Erna
W'salam Erna... masa nak membayar memang tersangatlah panjang kena beratur.
azieazah
Itulah untungnya kalau banyak berjalan,luas pandangan hehehe....
buku itu baru dibaca separuh jalan !!!
sonata anak kancil
Kak Zai dah baca sampai bab durian.kisah buku ni ada persamaan dengan kehidupan kak Zai masa kecik,yang geli hati bab naik basikal tu...
salam zai..dah lama cm tak ke sogo.sejak dok Putrajaya ni hai..bercinta nak ke kl..jauh rasanya.
Pustaka mukmin tu mesti singgah jika ke jalan tar:)
salam zai.. dah pindah rumah rupanya. Patut lama tak nampak.. tak buat kenduri ke hiii...
cikmanggis
W'salam...Kalau dari Putrajaya memang agak jauh tapi kalau nak pergi keluar awal pagi orang tak ramai lagi.
kakpah
W'salam...kenduri?...hahaha...
dah lm sungguh sy ni x membuka buku...lately jadik malas sesangat
sekom.
dah bgun tido??hihihi...bz selalu, maka ari ni ada ms dtg bertandang di umah baru kk Zai...kk Zai penah g beljr kat UK ke??wah...bkn calang2 org ni...
Salam Kak Zai,
eh..background sama ngan bloglist saya..
kak, tukarlah comment setting ni ke window pop-up. takleh komen kalau di ofis.
lumayannyerrr.. ehehe
Mak Su
Mungkin sebab sibuk diofis lepas tu bila balik rumah penat dengan kerja2 rumah pula.
anie,Nagoya
Salam...eh salah tu... kak Zai tak pernah belajar kat Uk, anak kak Zai yang belajar n bekerja disana lepas tu dia kahwin pula dengan orang sana terus menetap kat Uk.
azrina
W'salam...nanti kak Zai cuba tukar.
en_me
Hehehe.....seronok dapat macam2.
Post a Comment