Wednesday, September 07, 2016

Mencari Sofa.

Assalamualaikum...

Nak cerita pasal anak lelaki mencari sofa untuk rumah barunya.

Setiap Sabtu dan Ahad keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai. Ikea dah pergi 3 kali tapi masih belum buat keputusan. Saya cadangkan cari di Fella Design. Sejak dulu saya memang suka membeli sofa disitu. Saya memang minat dengan reka bentuk dan corak cution Fella Design. Anak pulak lebih minat pada yang modern dari fabrik.

Sudah ada yang perkenan di Ikea tapi tak boleh tukar kain yang dia suka. Menjelajahlah saya hubby bersama dia suami isteri. Alhamdulillah akhirnya jumpa yang perkenan dihati disebuah kedai perabut di PJ. Taukeh kedai pun sanggup mengikut kehendak kain sofa yang dia minat. Disebabkan banyak sangat yang perlu diubah suai ianya terpaksa mengambil masa 3 minggu untuk siap. Tengoklah nanti macamana kejadiannya.

Anak lelaki saya yang ini kalau nak beli apa pun mesti nak cadangan dari mama dia. Nasib baik dapat menantu yang tak kisah. Sebenarnya sofa ini adalah hadiah dari saya untuk rumah barunya. Manakala hubby pula hadiahkan aircond. Untung anak2 sekarang saya dulu semua beli sendiri tak ada siapa pun yang sponser.



9 comments:

paridah said...

WAH DAH JUMPA SOFA YG BERKENAN DI HATI MESTI CANTIK SGT N SESUA SBG PERHIASAN KEGUNAAN RUANG TAMU.

Kakzakie Purvit said...

Akhirnya jumpa juga yg berkenan di hati.
Mak-ayah kita dulu tak berduit banyak KakZai

Warisan Petani said...

Beruntungnya anak2 kita sekarang ye.
Kita dulu semua cari sendiri.

Nieda ramly said...

Seronok nak masuk rumah baru

Normala Saad said...

Teringat pula zaman saya pindah rumah dulu..lesung batu..pinggan periuk serba satu..cadar..arwah mak bagi serba sikit..paling tak lupa pokok bunga pun bawa mai dari kampung sebab mak tak suka laman saya kosong dan botak...

Qhaifa Nur said...

Setelah puas mencari, jumpa akhirnya...
Bestnya dpt hadiah dr famili

NEKCIK said...

Untong mak pak mampu kan...iyalah rezeki depa

hainom OKje said...

Wahhhh Kak Zai, saya pulak yg tak sabar nak tengok sofa anak Kak Zai tu. Macamana lah agaknya...sure elegent kan....
Yelah kan Kak Zai....bertuah anak anak zaman sekarang ni, alah anak sendiri bukan anak orang hihi

Raihanah Ahmad said...

cantik2 la kak zai, seronok lagi sbb orang bagi