Thursday, July 17, 2014

Unik, Sedap dan Murah.

Salam...

Dari Kelantan menyusuri jalan pantai ke Kuala Terengganu. Singgah di batu 6 untuk mencari juadah untuk berbuka puasa. Meriah dan banyak sekali kuih muih dan ada sesetengahnya saya tak pernah tahu dan rasa. Sememangnya Pantai Timur kaya dengan makanan yang agak unik bagi saya.

 
Klik dalam kereta aje

Ada beberapa jenis kuih yang saya beli untuk dirasa ternyata memang sedap. Kalau di KL saya hanya tahu ketupat palas hanya direbus tapi disini agak berbeza. Setelah direbus ketupat itu akan digoreng semula untuk menyedapkan lagi rasanya. Satu lagi kuih namanya kuih ulat bulu. Agak geli bunyinya tapi ianya sedap bila dimakan. Begitu juga dengan sup kaki lembu, rasa dia ada pedas, masam dan manis. Memang sedap.

Berbagai kuih muih
Harga kuih muih sangat murah
Kuih ulut bulu

Tak sempat nak ambik gambar kuih banyak2.

Kalau sesiapa pergi ke Terengganu bolehlah singgah disini sebab pasar ini bukan hanya berniaga di bulan ramadhan tapi dihari2 biasa juga. Walaupun saya selalu pergi ke Terengganu tapi baru ini saya tahu tempat ini setelah diberitahu oleh seorang kawan hubby.

P/s : Saya diluar daerah mengikut hubby.




6 comments:

Acik Erna said...

Kuih ulat bulu memang sedap zai..pernah pi pasar tani di kelantan..dan beli kuih tu..teringat2 sampai kini

Nieda ramly said...

emak saya suka ketupat goreng terengganu yg garing dan manis . makan pagi2 sebagai sarapan.

cikmanggis said...

Enjoy yourself Zai.
Jln jln cari makan

kakyon said...

Wah..enjoy dpt mknan sedap ye Zai. Tetingin nk cuba kueh ulat bulu tu.nntilah bila kesana harus akak mencarinya..

Kakzakie said...

Kakak rasa meamng kalau nak rasa kuih sedap-sedap pergilah pantai timur. Sebab itu kakak suka jenjalan di sana Kak Zai...

Kuih ulat bulu kakak pun tak pernah rasalah kak zai.

BUNDA a.k.a KN said...

Wah! jalan2 sambil jamu mata...Salam Ramadhan..