Thursday, February 06, 2014

Kerinduan....

Salam...

Sudah dekat 3 minggu adik tinggal di UK, perasaan rindu sudah mula menggamit dijiwa saya. Rindu pada wajahnya, rindu pada suaranya, rindu pada gelak tawanya, rindu pada mengada2nya, rindu pada bebelan saya padanya malahan rindu segala2 yang ada pada adik. Anak bongsu sememangnya ada kelebihan tambahan pula dia lahir selepas kakak berumur 7 tahun. Kelahirannya membuatkan kami sekeluarga sangat bahagia .

Walau setiap hari saya berhubung dengannya tapi hati ini kadang2 terasa sayu dan mudah sangat air mata ini mengalir. Sebelum pemergiannya ke UK kami bersarapan bersama, berborak bersama macam2 cerita. Saya dijadikan pendengar setia walaupun kadang2 ceritanya agak membosankan. Adik suka bersungut bila saya mula membebel, menegur sikapnya yang susah sangat makan nasi. Kalau diajak makan nasi punyalah banyak alasan tapi kalau kata nak breakfast di McD atau Old Town White coffee laju aje.

Adik bercerita banyak yang dia pelajari selama tinggal disana. Belajar membuat kek, membuat gravy/ black pepper sos, buat salad, menjahit/mengait dan yang paling terbaru dia akan mengikuti class bahasa Inggeris. Katanya class dia hanya ada 2 kali dalam satu minggu. Adik juga rajin ke masjid kebetulan pula rumah anak tidak jauh dari masjid membuatkan adik mudah untuk berjemaah. Ramai teman baru yang dikenalinya disana.

Adik berbeza dengan adik beradik yang lain, dia seorang yang ceria, peramah membuatkan ramai diantara keluarga dan rakan2 suka dan lebih sayang pada dia. Adik juga senang bersama sesiapa saja termasuk dengan orang yang lebih dewasa dan dia pandai membawa diri. Semoga adik dapat menimba sebanyak ilmu yang boleh dan dapat menafaatkannya untuk diamalkan bila balik nanti.

Kongsi sedikit gambar adik...









p/s:  dapat berita ayah mertua abang saya baru saja menghembuskan nafas terakhir. AlFatihah.


4 comments:

Nieda Ramly said...

kak zai , jgn sedih2 adik gembira di sana. yg penting sambil beruti dia dpt belajar benda2 baru

ummiross said...

Rindu ye kak Zai, macam tulah kita sebagai ibu kan, dalam hati nak anak belajar berdikari, tapi bila jauh rindu pula hari-hari.

Seronok dengar cerita adik disana, dapat menimba pelbagai pengalaman dan ilmu, bertuah adik.

ummiross said...

Oh ye..salam takziah juga Kak Zai, moga rohnya dicucuri rahmat. Al fatihah.

Kakzakie Purvit said...

Adik seronok dapat tambah ilmu baru utk jadi pelangkap sebagai wanita. Mama kat sini pulak rindu - aduhai. Sabar Kak Zai. Dah jadi mama memang macam itukan. Kalau boleh kita nak anak selalu ada depan mata kita.

ps: Takziah dah alfatihah buat allahyarham..