Tuesday, February 04, 2014

Pilihan Tempat Makan

Salam...

Kalau sesiapa teringin nak makan nasi dagang paling sedap yang pernah saya makan ada di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Gerainya betul2 berhadapan dengan Pantai. Pagi2 lagi orang sudah setia menungu dan sanggup beratur panjang untuk makan nasi dagang disini walau pun ada terdapat digerai lain yang berhampiran.


inilah dia tempat nasi dagang paling sedap


Satu lagi tempat makan yang sedap berdekatan dengan Masjid Terapung dekat trafik light. Kalau sesiapa menginap di Prinz Hotel atau TER (Terengganu Equestrian Resort) dekat sangat dengan tempat makan yang saya maksudkan. Nama kedainya restoren norliza kalau tak silap. Berbagai jenis makanan ada dijual disini yang boleh dikatakan sedap2. Yang paling membuat saya teruja saya menjumpai sambal nasi lemak disini yang sama ada direstoren (lupa nama kedainya) yang terletak diSection 3, Shah Alam. Tak tahulah kalau tokey yang ada di Shah Alam adalah kaum kerabat yang sama. Saya terlupa nak ambil gambar kedai makannya.

Satu lagi Restoren Ulam Cikgu di Kelantan terletak dalam kampung kraftangan dan berdekatan dengan pintu gerbang Sultan Ismail Putra. Bermacam2 jenis lauk pauk, ulam dan sayur rebus ada direstoren ini. Sambalnya sudah tentulah budu. Saya suka makan ayam goreng kampung yang ada disini sedap sangat.


Gambar restoren ulam cikgu adalah ihsan dari google







Restoren kat bawah ini saya kurang puas hati sebab harganya yang terlampau mahal bagi sayalah. Semangkuk mee berharga RM16.50 untuk 2 orang makan. Rasanya taklah sedap sangat macam mee bandung aje ada sedikit telur, ayam dan 6 ekor udang yang agak besarlah.



ada beberapa cawangan

 
Inilah mee setelah dibahagi 2 


Sesiapa yang rasa tak kisah dengan harga yang sebegitu bolehlah mencuba.
 
.

6 comments:

Nieda ramly said...

restoren kampung cikgu tu dah pernah dengar... beratur lauk pauknya

Nieda ramly said...

restoren kampung cikgu tu dah pernah dengar... beratur lauk pauknya

Kakzakie said...

Kakak rasalah Kak Zai nasi dagang dan nasi kerabu di sana mana-mana pun sedaplah. Dah memang origin makanan ini di sana...

Tengoklah punya banyak side dishnya...

makchaq said...

Banyaknya ulam... sampai berderet2... padan la namanya kedai ulam..

ummiross said...

Waa makan2 kat terengganu ye Kak zai, insyaAllah balik Terengganu ummi nak singgah juga,cuma kadang2 balik sekejap, tak sempat nak jalan2 sangat.

Irfa said...

pnh ke batu buruk terengganu
kami makan sotong celup tepung
ntah bila nak pegi lg, nnt sy ke kedai kak pah kalau ke sana lg
hihi