Saturday, December 21, 2013

Tahniah buat Azalea.

Salam buat semua rakan2....

Terima kasih buat ummiross, Kakzakie, MulutPayau dan Acik Erna atas ucapan dan doa untuk Mimi. Semoga segala doa menjadi kenyataan dan diberkati Allah swt.


Dapat berita gembira dari adik lelaki saya , anak bongsunya mendapat 7A 1B dalam PMR yang diumumkan semalam. Alhamdulillah dan tahniah buat Azalea Mariah. Walau sibuk dipadang kuda masih boleh mendapat keputusan yang agak cemerlang. Setiap minggu dan kadang2 dihari persekolahan terpaksa menjalani latihan berkuda.

Sejak memasuki sukan berkuda sudah banyak kali menang dalam pertandingan. Bukan hanya pingat yang diperolehi tapi duit pun banyak juga. Semoga satu hari nanti dia menjadi seorang penunggang kuda yang berjaya dan terkenal. Minat sejak kecil dan bukan itu saja Azalea seorang yang agak unik. Tanpa ada memasuki kelas muzik dia juga boleh memainkan alat2 muzik terutamanya piano. Berlatih menggunakan Youtube dia boleh menghasilkan muzik yang bagus. Itulah kelebihan cucu bongsu ayah yang seorang ini.


  dalam The Star

Azalea

sebahagian dari pingat yang diperolehi dalam pertandingan.


Tahniah juga buat yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR semalam dan buat yang tidak berapa cemerlang jangan bersedih. SPM menanti anda, berusahalah dari sekarang untuk mendapat keputusan yang lebih baik.




11 comments:

NEKCIK said...

Tumpang gembira dgn kjayaan Azalea..alhamdulilah semuga minatnya dapat mngukir nama di persada dunia..insyaallah

Nieda Ramly said...

Tahniah juga dari saya .
semoga terus berjaya hendaknya.

MulutPayau said...

Tahniah Azalea..

ummiross said...

Waa..bestnya, sukan berkuda. Tahniah buat Azalea & family, cemerlang dalam banyak bidang..

Acik Erna said...

Tahniah Azalea dan keluarganya

Kasih Salina said...

tahniah..hebatnya anak akak..semoga terus kekal dengan prestasinya dan cita2 nya berjaya nanti..

Kakzakie Purvit said...

Tidak ramai yg menceburi sukan berkuda ni Kak Zai. Apa pun tahniah buat anakanda Azalea...

azieazah said...

Salam Kak Zai. Lama betul saya tak menyinggah di sini. Maaf ya

Harap belum terlewat untuk saya wish tahniah kepada Mimi dan juga Azalea.

Tumpang gumbira!

sal said...

tahniah tumpang gembira...moga terus berjya..amin

Nur-nba said...

Tahniah buat Azalea..

Unknown said...

kuda yang sangat hebat terimakasih Kami tunggu Lawatan baliknya di maklumat kesihatan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik dan Obat Asam Urat info -> Cara Pemesanan Jelly Gamat Gold G