Thursday, April 18, 2013

Rezeki Pagi...

Salam...

Kakzakie...kalau teringin nak tanam pokok bunga kertas boleh aje tanam kat pasu tak payah ada laman besar. Kalau rajin mencantas lagi kelihatan cantik dan banyak bunga. Kak Zai pun pernah tengok bunga kertas yang macam JunAina cakap, dalam satu pasu ada banyak warna. Terima kasih buat IndahMarya sebab bagi petua, In shaa Allah akan dipraktikkan. Ada juga bunga kertas putih yang kak Zai tanam tapi belum berbunga nanti kalau berbunga boleh tunjuk kat Nieda. Saniah...rajin2lah bubuh baja...cantik tau kalau pokok tu berbunga lagi pula kalau banyak warna. ...pB... mungkin kot anak kita satu sekolah. Walau apa pun terima kasih buat yang sudi singgah.

...............

Pagi tadi petik buah ciku yang ditanam kat luar pagar rumah. Dapatlah beberapa biji cukuplah untuk merasa. Sebelum ini pun sudah pernah dipetik. Masa tanam pokok tu ada juga yang mempertikaikan tapi buat tak tahu aje lama2 pokok membesar dan berbuah. Saya tak pasti kenapa pokok ciku tak boleh ditanam didepan rumah. Setakat ini tak ada pulak benda ganjil yang berlaku. Buat saya tak ada pantang larang tak tahulah bagi sesetengah orang.

Saya suka makan buah ciku, rasa dia macam ada pasir2 sikit tapi ada juga orang yang tak suka. Kalau jumpa kat mana2 tentu saya singgah untuk membelinya. Pernah pergi ke pasar tani tak ingat daerah mana tapi kat Taiping jumpa buah ciku terus pegang dan rasa kalau buahnya sudah lembut. Kalau boleh nak beli terus kupas dan makan. Belum sempat nak pegang buah kedua sudah dimarah orang yang menjual. Rasa malu terus tinggalkan tempat itu. Nasib baik yang empunya cina kalau orang kita nak juga jawab.

Sebelum ini ada pokok mangga dan jambu air yang berwarna hijau saya tanam didepan rumah. Pokok jambu hubby tebang sebab mengeluarkan buah yang ada ulat manakala pokok mangga tumbang dipukul angin. Pertama kali tumbang hubby tegakkan semula, berbuah beberapa kali tapi kali kedua tumbang sebab buahnya terlalu lebat langsung tak boleh diselamatkan. Bila tengok pokok mangga jiran berbuah teringin nak tanam semula.

Inilah buah ciku yang saya petik pagi tadi...



 


9 comments:

makchaq said...

Makchaq suka ciku, tapi kalau beli susah nak dapat yang sedap..

Kata mak mertua makchaq kena petik yang belum masak (tua) lepas tu kikis2/gosok habuk (ke apa yg kat kulit dia tu) sampai licin sebelum peram, baru dia masak elok.. Nak cuba pun tak dak pokok ciku..

Acik Erna said...

assalam zai..sama la kita suka buah ciku..sedap dan manis..dirumah saya sorang je makan..anak2 tak suka sebab rasa yang berpasir tu..ciku subang je kurang sikit rasa berpasir...kalau ciku jantung memang kuat rasa berpasirnya..tapi kalau ciku dari vietnam yang besar2 tu..halus je..sedap dan manis..

Kakzakie said...

Kak Zai ni memang jenis tangan sejuk pun ye jugak macam bapak kakak tanam apa pun menjadi. Dulu rumah kg kakak ada tanam tapi ayam dok suka tidur situ lama-lama tebang tak mahu tahi dia bersepah... sekarang ada lagi tapi tak lebat macam pokok yg besar dulu. Ciku kalau dah buah tak akan berhenti Kak Zai...

JunAina said...

Suami Aina tanam 2 pokok ciku tapi dua2 tak berbuah daun bukan main lebat, naik meninggi ja. Sedihnya...

IndaMarya said...

Dear Zai, tengok buah ciku u ni nmpak jenis besar dan manis, macam yg kita beli kat RNR tu. kalau buah ciku zman dulu dikampung kecik2 ja.pokok ciku saya baru setakat dada saya.mudah2an hjg tahun depan berbuah.boleh kita kongsi gambaq di blog.selamat tunggu buah ciku masak..boleh bayangkan macmmana manisnya...hmmmm.

Nieda ramly said...

besar2 buah ciku akak zai. mesti manis rasanya.

Anak2 saya tak kenal buah ciku. masa kat vietnam hari tu bila dijamu dgn ciku tak tahu buah apa.
mungkin maknya tak beli atau susah jumpa sekarang ni.

MulutPayau said...

saya suka buah ciku....dulu rumah mak ada, berbuah dgn lebat..tapi skrang dah ditebang.,..kalau nak makan kena beli jer lah...

saniah said...

Buah ciku org kmpg saya panggil buah sawa :)

Ingat lg dulu masa kecik2 klau nmpak awrah ayah bawak balik buah sawa mesti nak menyorok ( selalu mmg tak berjaya laa ) arwah akan suruh saya masukkan dkm besen air pastu berus dgn berus lembut bg hilang getah dan pasir kat luar buah...then ayah akan peram..tutup kotak buah dengsn guni...
Setiap hari kami akan selak guni tu nk cari buah yg dah masak/lembut...,,,manis...sedap bila dah masak kaaann :))
Kenangan....now anak2 sy tak tahu pun mcmana rupa buah sawa/ciku ni......kesian diaorg kaann

lady lavender said...

Best nya ada pokok ciku sendiri. Depan rumah pulak tu. Fevret saya jugak ni k.zai.

P/s: saya pun biasa akan pegang & picit dulu sebelum beli.